Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Parut Demam Campak Chicken Pox Hilang Dan Tidak Malu Lagi Keluar Rumah

with 1 comment

Wah! Sukanya parut chicken pox dah hilang


Semalam ketika saya berjalan-jalan di sebuah hypermarket saya telah terjumpa dengan rakan lama zaman belajar di universiti dulu. Memang dah rezeki kami untuk berjumpa. Walaupun sekejap dapatlah juga bertanya khabar dan melepaskan rindu. Agak lama juga kami tidak berjumpa iaitu lebih kurang 4 tahun.




"Eh, apasal muka ko ada parut-parut hitam ni? Bukan ke muka ko ini dulu licin berseri macam kulit bayi? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya saya bertubi-tubi kehairanan. Kawan saya ini kalau nak tahu  memang sangat menitip beratkan penjagaan kulit wajah. Tak hairanlah muka dia dulu tidak ada garisan halus atau lubang-lubang jerawat.

"Nak buat macam mana dah besar panjang ini baru nak merasa kena demam campak chicken pox. Baru sahaja sembuh 2 minggu ini. Sekarang ini nak pergi kerja pun malu, terpaksa tepek mekap tebal nak cover parut-parut ni. Ko ada cara atau petua ke nak hilangkan parut demam campak chicken pox ni? Sedih betul bila tengok muka kat cermin." Jawab kawan  saya dengan sedih.




Tidak susah nak hilangkan parut demam campak chicken pox ini. Sudah ramai yang kembali bersemangat keluar pergi bekerja setelah mengamalkan Vitamin E Shaklee. Segala parut chicken pox yang menjengkelkan itu telah lenyap sama sekali. Tak percaya? Jom kita lihat gambar di bawah ini


Yang ini testimoni paling baru. Seorang kenalan saya kena chicken pox pada bulan Jun sebelum puasa hari tu.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Merawat tisu-tisu kulit dari dalam kulit. Parut chicken pox atau jerawat dan jeragat dapat dihilangkan
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
  • Anti Oksidan

Keistimewaan Vitamin E  Complex Shaklee:


  • Cuba tengok pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol - tanda "d" bermakna ianya semulajadi, tanda "dl" adalah tanda ianya vitamin e sintetik/buatan. Kenapa perlu semulajadi? Kerana kadar penyerapannya adalah lebih baik sekurangnya 2 kali ganda berbanding vitamin E buatan. Dengan itu ianya lebih jimat dari segi kos jika kita membeli vitamin E semulajadi.
  • Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • Sekarang vitamin E telah diperbaharui dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT , 20 kali lebih berkuasa dari vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari vitamin C.
Ini baru bab parut chicken pox dan jeragat hilang dari wajah. Kalau nak wajah lebih cantik berseri, glowing-glowing, tona kulit sekata, kulit wajah halus mulus dan anjal boleh amalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee. Memang tidak hairan kenapa set kecantikan kulit Shaklee ini popular dan laris, tengok sahajalah testimoni di atas tu. Baru amalkan vitamin E dah dapat wajah macam tu. Belum rasa yang lain lagi! Hahaha. Bestkan? 

Jom saya belanja uols kisah seorang isteri yang susah hati. Kenapa? Sebab dia dah jadi wanita paling tak cantik di mata suami dia kerana chicken pox. Kesian kan? Tapi apa yang menyebabkan kedukaan dia hilang? Jom kita tonton kisah kegembiraannya di bawah ini


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.



Cukup-cukup sudah. Saya cerita banyak pun tak guna kalau uols masih lagi tidak melakukan anjakan paradigma untuk mendapatkan kulit wajah cantik berseri bebas jerawat, jeragat dan parut bagai. Wajah kita cantik pun bukan untuk siapa pon. Untuk kita juga. Menambah keyakinan diri kita. Menambat hati suami daripada pandang gadis lain. Betul tak? Lagipun kita dituntut supaya jagalah anugerah Allah kepada kita ini sebaik-baiknya.

Lantas dengan itu bolehlah dapatkan Vitamin E serta set kecantikan kulit Shaklee dengan mudah dan pantas hanya klik gambar di bawah ini


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Tips Menyusu di Tempat Awam Dan Khalayak Ramai

with 0 Comment

Tak perlu malu lagi



Jika dulu ibu menyusu anak dengan susu ibu masih lagi dibelenggu perasaan malu untuk menyusukan anak di tempat awam dan khalayak ramai. Selalunya ibu kelam kabut dan gelisah mencari lokasi paling selamat ketika si kecil menangis mahu menyusu. Akibatnya ibu dan bayi menjadi tidak selesa kerana terpaksa 'mencuri-curi' menyusukan anak ketika di luar rumah.






Namun kini situasi tersebut semakin berkurangan ekoran kebanyakan ibu menyusu sudah semakin berkeyakinan dan bangga untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun di tempat awam. Apa pun ibu masih tetap menjaga maruah diri tanpa perlu menunjukkan apa yang tidak sepatutnya kepada khalayak walaupun sedang menyusukan bayi. Dengan pelbagai kemudahan aksesori menyusu yang dicipta khusus untuk ibu tugas menyusukan anak di tempat awam menjadi semakin mudah tanpa masalah.

Bagi ibu baru yang masih kekok, jadikan tips ini sebagai pembakar semangat untuk kita terus menyusukan susu ibu di mana-mana pada bila-bila masa.

1. Yakin diri

Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak ramai. Fikirkan bahawa kita mahu memberikan yang terbaik kepada bayi kita.

2. Fokus

Kita harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3. Lokasi

Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4. Pakaian khusus

Sarungkan pakaian penyusuan dan gunakan poncho atau kain pendakap ketika menyususkan bayi.

5. Bantuan

Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketiga boleh menjadi 'dinding' sementara saat penyusuan berjalan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu sekiranya tempat tersebut tidak menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk ibu dan anak.

Sumber : PaMa



Saya berpengalaman menyusukan 2 orang anak saya sehingga 2 tahun.

Kepada ibu breastfeed yang sedang mencari Milk Booster, saya cadangkan set supplement di bawah ini. Jemput klik link ini:

Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat

Jom saya belanja video kisah ibu panik bila susu ibu merudum


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Set Bersalin Shaklee Membuatkan Saya Berpantang Dengan Sihat, Ceria Dan Gembira

with 0 Comment

Indahnya pengalaman berpantang!


Orang perempuan ni kalau bab mengandung memang tak kisah walaupun tahu bersalin tu memang amat sakit. Itu yang menghairankan, nak juga mengandung dan melahirkan zuriat untuk suami. Sebenarnya itulah kelebihan dan keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kaum hawa. Betapa bersyukurnya menjadi seorang perempuan kerana kita dapat merasai nikmat kejadian pembentukan manusia secara langsung. Betul tak?



Mengandung seronok, bersalin pun ok cuma... Cuma bab berpantang sahaja ramai wanita yang bersungut. Tempoh berpantang adalah satu fasa yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan disiplin yang tinggi. Kalau silap gaya tak kena cara boleh jadi murung dan gila meroyan. Jadi macam mana nak berpantang dengan sihat, ceria dan gembira? Jom saya kongsikan pengalaman saya dengan uols dalam entri ini.

Saya sudah 3 kali mengamalkan set bersalin Shaklee. 2 kali ketika berpantang anak kedua dan ketiga saya. Sekali ketika saya keguguran pada April 2013. Untuk makluman saya baru sahaja melahirkan zuriat ketiga pada 24 Jun 2014 yang lalu. Saya juga pernah mencuba produk lain ketika melahirkan anak sulung saya pada tahun 2008. Tapi setelah berjumpa dan mengamalkan set bersalin Shaklee ini, ternyata perbezaannya amat ketara. Fasa berpantang saya rasa seronok, ceria dan gembira selalu. Susah saya nak gambarkan.


Kenapa perlu berpantang dengan Set Bersalin Shaklee?


Vita- Lea with iron formula
  • Ibu yang sedang berpantang digalakkan mengambil vita-lea sebab semasa berpantang banyak makanan yang kita tidak boleh makan. Jadi kita akan kekurangan tenaga.
  • Ibu bersalin banyak kehilangan darah selepas bersalin dan perlu ambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk menggantikan semula darah yang hilang.
  • Mengandungi zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
  • Kalau nak breastfeed baby,pengambilan zat besi adalah sangat penting.
  • Vita-lea tak boleh diambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan keberkesanan penyerapan zat besi oleh badan.
B Complex
  • Membantu menstabilkan hormon badan kita
  • Jika kurang B complex,  ibu dalam pantang boleh mengalami gangguan emosi.
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
  • Menukarkan makanan kepada tenaga
Zinc Complex
  • Ibu yang tidak boleh makan ikan haruan atau pati ikan haruan boleh mengambil zinc complex sebagai pengganti ikan haruan.
  • Galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan.
  • Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
  • Ibu yang bersalin secara ceasarean mesti ambil zinc untuk mempercepatkan luka jahitan cepat sembuh
  • Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu akan membantu anak yang disusukan membesar dgn baik.
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
Vitamin C
  • Berkonsepkan pelepasan masa.
  • Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan 
    memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara konsisten.
  • Vitamin c sangat diperlukan dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
  • Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin
Set bersalin Shaklee ini memang sudah terbaik. Ibu bersalin pasti sihat dan ceria. Tapi masih belum gembira lagi ni.  Jangan risau. Kalau nak gembira kenalah add on esp dan ostematrix sekali.


Energizing Soy Protein
  • Memberi tenaga kepada ibu bersalin berpantang
  • Membekalkan protein yang dapat membaiki sel kulit rosak dan menghasilkan sel kulit baru. Wajah jadi berseri dan tidak pucat lesi
  • Strecthmark di perut dapat dihilangkan dengan cepat.
  • Menggalakkan penghasilan susu badan. Ibu menyusu perlu amalkan esp

Ostematrix
  • Ostematrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium secukupnya untuk ibu berpantang.
  • Dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • Cepat memulihkan rasa lenguh-lenguh kaki, tangan dan badan. Elak berlaku kaki kejang dan sakit pinggang
  • Juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
  • Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin mudah ditelan.
  • Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang


Set Bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin. Jangan risau Set Bersalin Shaklee boleh diamalkan sekalipun bayi mengalami kuning atau joudis. Ia membantu ibu tenang, elak bentan dan meroyan.

Jika ibu hamil yang sedang tercari-cari supplement utk berpantang, saya dengan berbesar hati mencadangkan uols untuk berpantang dengan set bersalin Shaklee. Pasti keseronokan berpantang menjadi milik kita. Saya jamin 200%. Tak percaya? Jom baca testimoni di bawah ini:

Testimoni Set Bersalin Shaklee #1


Testimoni Set Bersalin Shaklee #2


Testimoni Set Bersalin Shaklee #3


Testimoni Set Bersalin Shaklee #4


Bestkan berpantang dengan set bersalin Shaklee? Apa lagi yang uols mahu, semua ada dalam set ini. Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan fasa berpantang kita jadi murung, sedih, kecewa dan tidak gembira. Kita berhak menikmati fasa berpantang dengan sihat, ceria dan gembira. Jangan menzalimi diri sendiri. Jom klik pada gambar di bawah untuk pembelian mudah dan pantas.


ATAU


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mendoakan Pengantin "Semoga Bahagia Dan Ramai Anak" ?

with 4 comments

Selamat pengantin baru!




Ketika Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tetamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
“Semoga bahagia dan ramai anak”

Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”

“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’”

Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini.  

Hukumnya Makruh

Para ulama menerangkan bahawa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak pula haram kerana dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, ramai anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang. Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” bukanlah doa yang tepat.

Doa yang lebih baik dan barakah

Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan ramai anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki ramai anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepatutya benar,belum tentu menjadi kenyataan bagi setiap orang.

Sebagaimana fasa kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua perkara,

  • Perkara yang manis
  • Perkara yang pahit 
Kadang kala kita mengalami perkara yang kita inginkan dan perkara yang tidak kita inginkan. Ada perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, dan ada juga perkara yang merunsingkan kita. Jadi kita doakan perkahwinan itu sentiasa ada barakah. Inilah yang  lebih baik daripada kita doakan “bahagia dan ramai anak.”

Jadi kita patut mendoakan pengantin muslim sentiasa mendapatkan keberkatan baik dalam setiap perkara yang mereka akan hadapi nanti. Contohnya saat mereka diluaskan rezeki oleh Allah, mereka berada dalam keberkatan dengan sikap syukur dan banyak bersedekah dan infaq. Ketika mereka berada dalam kegawatan masalah, mereka juga berada dalam keberkatan dengan sikap sabar dan iffah-nya.

Ada suami isteri yang bahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru.  Kita mengharapkan mereka memperolehi banyak kebaikan, kebahagiaan dan hidup harmoni. 

Jom kita tengok video ini. Pasangan suami isteri ini menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya. Betul orang cakap setiap kesulitan pasti ada rahmatnya. Apa kisahnya? Jom kita tengok video ini! 


Perlu diingat tak semua pasangan suami isteri memiliki anak yang banyak. Allah pun tidak pernah berjanji kepada kita bahawa berkahwin mesti dikurniakan anak. Jadi amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW itu untuk mendoakan kebahagian pengantin baru.


Setiap pasangan pengantin baru jangan lupa klik link di bawah ini:

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan

Set Kesuburan Suami Isteri Bantu Cepat Hamil



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Elak Tragedi Bayi Mati Kerana Tali Pusat Berulat Berulang

with 1 comment

Jangan ambil mudah penjagaan tali pusat bayi!


Semalam saya ada terbaca artikel di facebook mengenai bayi mati kerana tali pusat berulat. Beristihgfar panjang saya sambil mengurut dada ni. Tanpa disedari menitis air mata saya ke bumi. Pelbagai perasaan menjelma. Memang saya rasa sedih, kesian, ngeri, marah, kesal dan sebagainya. Bagaimana ia boleh terjadi sehingga menyebabkan kematian? Kenapa ibunya ambil sikap sambil lewa tentang penjagaan tali pusat bayi? Siapa patut dipersalahkan? Adoooiii...  Bertenang dan tarik nafas panjang-panjang untuk saya meneruskan coretan di entri ini.


Mohon kita ambil pengajaran dengan tragedi yang menimpa bayi berkenaan. Jangan ada lagi tragedi seperti ini berulang di negara kita. Setiap ibu bapa perlu ada ilmu tentang penjagaan tali pusat bayi. Kepada yang baru bergelar ibu bapa pasti rasa kekok dan cuak nak uruskan bayi yang belum tanggal tali pusat. Jangan risau! Setiap pengalaman baru itu adalah detik indah yang perlu dilalui dengan tenang dan bahagia. Chewaaah!

Secara normalnya tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu.. siapa yg dah ada anak mesti ada pengalaman ini. Jom kita baca tips penjagaan tali pusat ini sehingga habis.


Aspek yang penting sekali adalah memastikan tahap kebersihan untuk mencuci tali pusat di tahap maksima! Pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bersih dan kering. Sentiasa cuci menggunakan air bersih dan sabun. Kebiasaanya nurse akan memberi panduan kepada kita untuk membersihkan tali pusat menggunakan ubat khas. Terbaru WHO mengatakan bahawa membersihkan pangkal tali pusat ini cukup sekadar menggunakan air bersih dengan sabun, kemudian dikeringkan pada udara suhu bilik.


Kelengkapan wajib diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi. 


  • Bekas air
  • Bebola kapas
  • Alkohol swap
  • Putik kapas
  • Kain barut bayi
  • Lampin pakai buang
1.  Kebersihan mesti dijaga sebab bayi masih kecil dan sistem pertahanan badan bayi masih belum kuat. Jadi sebelum pegang bayi kita yang comel dan gebu tu, cuci dan basuh tangan kita dengan air bersih.
2.  Sebelum ubat pusat disapu pada pusat bayi kita, pastikan pusat bayi dah dilap kering-kering.
3. Kemudian  ambil kapas, tuangkan spirit atau alcohol yang dibekalkan oleh hospital tu ke atas kapas dan tak perlu banyak-banyak  sampai lencun kapas.  Cukup dengan tekap-tekapkan kapas tu hingga spirit / alkoholnya melekat di kapas. Kemudian perlahan-lahan sapukan kapas tadi ke bahagian pusat yang masih bertali  dan keliling pusat  termasuk  di kawasan yang berlipat (jika ada)
4.  Dah selesai sapu di pangkal pusat, sapu pula di bahagian hujung pusat yang dah di klip tu. Sapu dengan berhati-hati dan lembut untuk elakkan berlaku pendarahan dipangkal tali pusat tu.
5. Selain dari kapas, kita juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi.  Jika sekiranya hujung tali pusat  terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Tujuannya untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi kita.
6. Lepas selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat untuk mengelakkan bayi kita rasa tak selesa. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.
7.  Sama juga bila pakaikan lampin pakai buang pada bayi. Sebaiknya gunakan lampin 'new born' kerana ia ada lekuk di bahagian depan agar pusat bayi yang masih belum tanggal berada di luar dan tidak ditutup oleh lampin. Cara ini amat membantu memastikan tali pusat sentiasa dalam keadaan kering dan sekali gus mengelakkan sebarang jangkitan di bahagian tersebut.
8. Pastikan tali pusat bayi (terutama bagaian tunggul yang melekat dipusat bayi)  tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi.  Jika kawasan pusat menjadi lembab, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria di bahagian pusat.  Tali pusat bayi sebenarnya lebih cepat sembuh jika ia sentiasa dalam keadaan  kering.
Tunggul tali pusat bayi kita akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada juga bayi yang ambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal.
Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi kita
Setelah tali pusat bayi kita gugur, tunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk memastikan sekeliling pusat bayi kita pulih sepenuhnya.  Kita mungkin ternampak sedikit darah di lampin bayi. Ini adalah normal.  Kadangkala kawasan pusat itu mengambil lebih masa untuk pulih, dan cebisan daging berketul akan muncul di tempat luka. Jangan risau, ia tidak merbahaya dan ketulan ini akan hilang dalam sedikit masa. 

Bagaimana nak tahu tali pusat bayi dijangkiti?

Kita perlu sentiasa pantau dan perhatikan tali pusat bayi kita. Jangan ambil mudah sahaja kerana jangkitan kuman boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi kita.

Antara tanda-tanda jangkitan ialah:

  1. Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
  2. Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
  3. Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
  4. Bayi diserang deman panas
  5. Bayi kelihatan lesu
  6. Bayi tak ada selera  untuk minum susu atau menyusui susu ibu
Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.
Jika anda masih tercari-cari supplement untuk bersalin dan berpantang, saya cadangkan anda berpantanglah dengan set bersalin berpantang Shaklee. Pasti tempoh berpantang anda akan sihat, ceria dan gembira selalu. Jom klik link di bawah

Set Bersalin/Berpantang Shaklee



Jom saya belanja uols dengan video ini. Video ini mungkin boleh membantu ibu yang melahirkan anak pramatang. Apa kisah yang boleh mendapat pengajaran. Selamt menonton!


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?