Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label sakit gigi. Show all posts
Showing posts with label sakit gigi. Show all posts

Apakah Kepentingan CoQ Health Plus Shaklee Untuk Diri Kita

with 0 Comment

Jaga kesihatan kita dari usia muda


Salam Bahagia semua pembaca blog Superb Vitamin. Entri yang nak saya kongsikan kali ini sedikit serius. Taklah serius sangat. Kena baca sampai habis dulu. Semoga hari ini kalian dapat pertambahan ilmu baru iaitu Kepentingan CoQ10 dalam badan kita.

Apa Itu CoQ10?
Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.


Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya. 





Simptom kekurangan CoQ10:

  • Kegagalan jantung kongesif
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin
  • Stroke
  • Kekurangan tenaga
  • Lemah system imunisasi
  • Cardiac Arrhythmias
  • Gingivitis

Sebenarnya dalam badan kita menghasilkan CoQ10 sendiri tetapi akan semakin berkurangan dengan peningkatan umur. Lagipun agak sukar untuk mendapatkan CoQ10 secukupnya daripada diet harian kita. Tindakan alternatif adalah amalan pemakanan COQHealth Plus Shaklee.

Apakah kepentingan CoQ Health Plus Shaklee untuk diri kita?



Selain daripada untuk kesihatan jantung COQHealth  juga bagus untuk diabetes, kanser, kesihatan gigi, kesihatan mental, pengurangan berat badan, kesuburan untuk lelaki dan cholesterol drug.

1. Kesihatan Jantung:

  • Berperanan untuk merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah atherosclerosis (arteri tersumbat)
  • Mengurangkan kekerapan angina episodes dan menguatkan otot jantung.
  • Meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mengalami kegaglan jantung kongesif
  • Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi

2. Untuk Kanser:

Doktor menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan berperanan untuk menyokong kesihatan pesakita yang menjalani kimoterapi.


3. Untuk Diabetes:

Co-Q10 membantu untuk memperkayakan pengeluaran insulin.

4. Untuk kesihatan gigi:

Digunakan untuk membantu merawat symptom muscular dystrophy dan penyakit gusi.
 

5. Kesihatan Mental:

Kajian menunjukkan ada perubahan yang baik bagi pesakit Parkinson yang menggunakan supplemen CoQ10.


6. Untuk Pengurangan Berat:

Kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis yang Co-Q10 membantu untuk turunka berat badan. Kajian menunjukkan kira-kira berkurangan 50% apabila pesakit obesity menggunakan Coenzyme Q10 dalam tubuh badan. 


7. Kesuburan Lelaki:

CoQ10 membantu untuk meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar pensenyawaan.


8. Untuk Ubat Kolestrol (cholesterol drug):

CoQ10 boleh membantu melindungi kesan sampingan pengambilan ubat seperti beta blockers dan antipsychotics. Tetapi pengambilan lebihan drugs boleh mengganggu sintesis Coenzyme Q10. 

Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Jangan tunggu sakit baru nak amalkan supplement atau vitamin. Bila dah sakit kenalah jumpa doktor. Ingat!!! Jagalah kesihatan kita dari usia muda. Jaga pemakanan kita. Lakukan gaya hidup sihat. Rajin bersenam dan bersukan. Dengan izin Allah kita akan dapat menikmati sepanjang hayat hidup kita dengan lebih bermakna. Insyallah.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Marhalah Kehamilan Saya: Sakit Gigi Ibu Mengandung

with 1 comment
Episod ketiga

Mood saya minggu lepas memang rasa nak marah ku tahan-tahan. Kacau bilau ribut taufan! Orang kata sakit gigi ni boleh menyebabkan kita terganggu emosi. Silap-silap boleh makan penampar kalau tersilap cakap dengan pesakit gigi. Pantang orang silap siket memang siapla orang tu kena marah... heheheheh. Memang mengandung kali ini sangat-sangat memberi cabaran dan dugaan kepada saya. Ya Allah, janganlah Kau beri ujian yang berat-berat kepada ku. Ya Allah, sembuhkanlah sakit gigi ibu mengandung ini. Permudahkanlah urusan kehamilanku ini Ya Allah.



Sampai suatu ketika saya memang dah tak tahan menanggung sakitnya. Rasa nak cabut jer gigi ni. Tapi bolehkah ibu mengandung dicabut giginya. Tidak mudaratkah kepada bayi dalam kandungannya. Pelbagai persoalan menerawang di kepala sambil emosi tidak stabil dek kerana menahan kesakitan. Lantas saya mendapatkan nasihat dan info daripada Doktor Anitawati iaitu doktor gigi yang mempunyai klinik pergigian di Subang Perdana.

Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?
Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 

  • Perubahan hormon
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
  • Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.


Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

masalah ini.

Rawatan gigi


  • Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x.
  • Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 
  • Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi melegakan kesakitan gigi, saya telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Cuma kali ini saya terpaksa mengubah cara makannya. Setiap 6 jam saya akan menelan 4 biji tablet bagi melegakan kesakitan gigi ini. Alhamdulillah kerana sakit gigi tersebut beransur berkurangan. Kerja yang tergendala kembali dapat dilaksanakan. Kalau tak memang tak jadi apa. Asyik melepek atas tilam menahan kesakitan. Nak balas sms/whatsapp dari customer pun tak berdaya.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?