Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Marhalah Kehamilan Saya: Sakit Gigi Ibu Mengandung

with 1 comment
Episod ketiga

Mood saya minggu lepas memang rasa nak marah ku tahan-tahan. Kacau bilau ribut taufan! Orang kata sakit gigi ni boleh menyebabkan kita terganggu emosi. Silap-silap boleh makan penampar kalau tersilap cakap dengan pesakit gigi. Pantang orang silap siket memang siapla orang tu kena marah... heheheheh. Memang mengandung kali ini sangat-sangat memberi cabaran dan dugaan kepada saya. Ya Allah, janganlah Kau beri ujian yang berat-berat kepada ku. Ya Allah, sembuhkanlah sakit gigi ibu mengandung ini. Permudahkanlah urusan kehamilanku ini Ya Allah.



Sampai suatu ketika saya memang dah tak tahan menanggung sakitnya. Rasa nak cabut jer gigi ni. Tapi bolehkah ibu mengandung dicabut giginya. Tidak mudaratkah kepada bayi dalam kandungannya. Pelbagai persoalan menerawang di kepala sambil emosi tidak stabil dek kerana menahan kesakitan. Lantas saya mendapatkan nasihat dan info daripada Doktor Anitawati iaitu doktor gigi yang mempunyai klinik pergigian di Subang Perdana.

Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?
Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 

  • Perubahan hormon
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
  • Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.
  • Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.


Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

masalah ini.

Rawatan gigi


  • Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x.
  • Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 
  • Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi melegakan kesakitan gigi, saya telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.

Ostematrix menyediakan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
Cuma kali ini saya terpaksa mengubah cara makannya. Setiap 6 jam saya akan menelan 4 biji tablet bagi melegakan kesakitan gigi ini. Alhamdulillah kerana sakit gigi tersebut beransur berkurangan. Kerja yang tergendala kembali dapat dilaksanakan. Kalau tak memang tak jadi apa. Asyik melepek atas tilam menahan kesakitan. Nak balas sms/whatsapp dari customer pun tak berdaya.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

1 comment:


  1. Info yang menarik mengenai petua rawatan sakit gigi semasa mengandung. Sebaik-baiknya, kesihatan gigi kita dijaga dengan baik bagi mengelak berlakunya gejala sakit gigi ini.

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?