Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label rahim jatuh. Show all posts
Showing posts with label rahim jatuh. Show all posts

Wanita Yang Nak Hamil Perlu Elak Punca Yang Menyebabkan Rahim Jatuh

with 3 comments

Ramai wanita tidak sedar rahim mereka jatuh

Ramai yang tidak tahu bahawa rahim jatuh boleh menyebabkan sukar untuk hamil. Ramai juga wanita yang tidak menyedari rahim peranakan mereka jatuh. Wanita yang nak hamil perlu elak punca yang menyebabkan rahim jatuh. Tapi benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil? Jeng... jeng... Jom baca entri ini sampai habis untuk mengetahui jawapannya.


Tanpa kita sedari ada banyak aktiviti yang kita lakukan boleh menyebabkan rahim jatuh. Mari kita ambil tahu apakah punca rahim jatuh?

Punca rahim jatuh

Jatuh terhentak dengan kuat

Kemalangan yang kecil pun akan menyebabkan rahim jatuh jika punggung anda terhentak. Saya sendiri tak sedar kedudukan rahim saya jatuh, sehingga saya berurut untuk menghilangkan kelesuan badan. Kata makcik tu rahim saya jatuh, dan dia urut untuk betulkan semula rahim saya. Bila difikirkan, saya cuma pernah jatuh sekali sahaja disebabkan lantai licin.


 

Angkat benda yang berat

Mengangkat benda berat boleh menyebabkan peranakan kita jatuh. Oleh itu, elakkan mengangkat benda berat. Contoh benda berat? Alihkan meja, angkat beg baju, alihkan mesin basuh, dan sebagainya.


Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin

Jika ibu bersalin baru melahirkan atau keguguran, pastikan kita berpantang dengan betul bagi mengelakkan bentan, sakit-sakit badan & rahim jatuh. Set Berpantang Shaklee adalah teman terbaik untuk ibu bersalin semasa berpantang.


Tolak benda dengan kaki terutama sekali menggunakan ibu jari

Satu lagi punca peranakan jatuh yang ramai wanita tak tahu ialah menolak benda dengan hujung kaki iaitu ibu jari kaki. Awas! Jangan sesekali buat macam tu kalau sayangkan peranakan kita.


Seks terlalu ganas

Jika wanita mempunyai masalah rahim lemah semasa mengandung, selepas bersalin atau disebabkan keguguran, seks yang terlalu ganas boleh menjadi punca rahim jatuh. Para suami kena faham keadaan isteri masing-masiing. Perlu pandai mainkan peranan dan jangan nak sedap sahaja.


Pergerakan yang lasak

Aktiviti lasak seperti menunggang kuda atau  menunggang jet ski boleh menjadi punca rahim jatuh. Atlit wanita memang terdedah gejala rahim jatuh.




Bagaimana nak tahu sama ada peranakan kita jatuh? 

Kita boleh lakukan pemeriksaan sendiri. Senang sahaja caranya.
  1. Baring lurus dan jangan gunakan bantal.
  2. Sapu minyak gamat / minyak serai /minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
  3. Gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
  4. Mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
  5. Urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
  6. Bernafas seperti biasa. Cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
  7. Kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil, sah peranakan kita dah jatuh

Kesan akibat peranakan jatuh boleh baca kisah ni, klik link di bawah
Rahim Jatuh Akibat Tidak Berpantang selepas Bersalin

Rawatan Untuk Rahim Jatuh

  • Kebiasaannya, mak bidan akan urut dan naikkan balik rahim kepada kedudukan asal.
  • Selain itu boleh amalkan senaman kagel tu. Cara ini pon boleh membantu. 
  • Tapi sebaiknya buat urutan sengkang rahim dulu dari mak bidan...
  • Selepas itu boleh amalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP) berfungsi untuk menguatkan sel-sel otot rahim supaya otot rahim menjadi kuat semula. ESP yang kaya dengan protein akan menjadi makanan utama sel-sel dalam tubuh badan kita. Apabila sel dalam otot rahim mendapat makanan yang berkualiti, ia menjadikan otot rahim menjadi kuat dan berfungsi dengan baik.

Alfalfa Complex adalah herba yang dipanggil kacip fatimah moden. Pengambilan Alfalfa dengan dos dan aturan makan yang betul akan menjadikan rahim kita kuat. Insyallah membantu menaikkan rahim ke kedudukan yang asal.

Set Menaikkan Rahim Shaklee ini terdiri daripada vitamin semulajadi yang selamat dan sesuai untuk semua wanita, termasuk ibu mengandung. Insyallah dengan mengamalkan set ini secara konsisten akan dapat membantu menaikkan peranakan yang jatuh dan menguatkan rahim sekaligus mengelakkan  rahim kita jatuh lagi.

*perhatian: kepada yang mengalami rahim jatuh kronik atau dah teruk, sila dapatkan nasihat dengan doktor pakar dengan segera.

Benarkah rahim jatuh akan menyebabkan kesukaran hamil?

Ya! Rahim jatuh boleh menjadi punca kita susah untuk mengandung. Kedudukan rahim yang lari dari tempat asal akan menyebabkan persenyawaan sukar untuk berlaku. Sebab tu ibu yang baru bersalin biasanya akan berurut sengkak rahim untuk membetulkan semula kedudukan rahim supaya tiada masalah untuk mengandung semula.



Dari segi perubatan moden, kedudukan rahim yang berubah dari tempat asal boleh menjejaskan kesuburan. Kedudukan yang berubah itu termasuklah rahim jatuh atau  rahim terbalik.

Jika anda sedang berusaha untuk mengandung dan mengalami rahim yang lemah atau jatuh silalah mengamalkan Set Menaikkan Rahim Shaklee. Kalau ada bajet lebih boleh amalkan sekali dengan Set Kesuburan Shaklee. Usaha itu tangga kejayaan. Kita ikhtiar dulu dan jangan sesekali berputus asa tentang zuriat. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah yang Maha Pemurah.


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya




Rahim Jatuh Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin

with 4 comments

Itulah tak nak berpantang, kononnya hidup cara moden


Hidup di zaman modenlah katakan, mana perlu pantang-pantang selepas bersalin ini. Manusia sudah pergi ke bulan, dunia sudah maju ke hadapan, peralatan gajet canggih manggih, cakap sahaja sakit apa pasti ada ubatnya. Lantaran itulah yang menyebabkan sahabat saya ini mengalami gejala rahim jatuh selepas bersalin kerana memandang remeh fasa berpantang selepas bersalin. Senang cakaplah  kawan saya ni tak berpantang langsung! Nauzubillah! Jangan kita mencontohi dia. Modenlah sangat!


Berpantang selepas bersalin sangat sinonim dengan masyarakat melayu turun temurun. Tempoh normal berpantang ialah 44 hari sahaja tetapi ada yang berpantang selama 100 hari. Bukan kaum melayu sahaja ada tempoh berpantang ini, kaum cina turut mempunyai amalan berpantang mereka sendiri. Tetapi generasi muda zaman moden sekarang ni ramai yang dah tak amalkan berpantang selepas bersalin. Lapuk ketinggalan zaman atau pun dah tak releven dakwa mereka.

Yang lama kita hormati. Yang lama kita kasihi. Yang baru takkan wujud jika tiada yang lama. Jadi jangan mentah-mentah ketepikan amalan berpantang selepas bersalin ini. Ada sebabnya mengapa kena berpantang. Sekarang memang tak nampak kebaikannya. Percayalah dah tua nanti baru kita rasainya kebaikan berpantang. Semasa berpantang mak-mak kita akan suruh kita jaga makan, berurut, bertungku, berpilis, berbengkung, makan jamu dan minum air akar kayu. Itu semua ada kebaikan dan sebabnya.

Rahim Jatuh Akibat Tidak Berpantang Selepas Bersalin
Bertungku memang best awesome!
Berpantang ini sebenarnya adalah masa untuk  ibu bersalin 'recovery'. Proses kehamilan dan melahirkan banyak menggunakan kudrat si ibu. Dengan berpantang tenaga dapat dikembalikan malahan memberi masa kepada luka-luka dalaman sembuh sepenuhnya dan juga luka luaran. Hayatilah 'tempoh bertenang' ini, badan kita perlu relaks setelah penat bekerja. Oleh itu itu ibu berpantang kena jaga makan minum segala bagai. 


Salah satu perkara yang saya suka semasa berpantang adalah bertungku. Bila bertungku terasa selesa perut dan hilang lenguh-lenguh badan. Tujuan bertungku adalah untuk melancarkan peraliran darah dan memecahkan darah beku yang masih ada di dalam rahim, mengecutkan rahim dan membuang angin. 

Menu berpantang orang Perak : Nasi Lemuni 

Menu berpantang: Nasi putih ikan kering
Semasa berpantang semuanya kena panas, makan makanan yang panas, mandi air panas, bertungku, pilis, pakai stokin dan baju panas semuanya bertujuan untuk memastikan badan kita sentiasa panas bagi mengelakkan angin masuk. Kenapa bahaya sangat kalau angin masuk ni? Sebab bila badan berangin, ibu akan tidak selesa kemudian emosi mula terganggu dan perkara yang paling nak dielakkan adalah “meroyan” tapi orang teluk intan panggil “baby blues”, hahahaha.  Ada yang terkena meroyan yang teruk sampai lupa diri sampai perlu dirawat kerana itulah orang tua kita selalu berpesan dalam pantang jangan suka nangis. Pastikan kita sentiasa bertenang, ceria dan gembira. 

Kesan buruk jika wanita tidak berpantang selepas bersalin


Rahim Jatuh atau Prolapse


Prolapse Rahim ialah keadaan rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat proses kehamilan dan kelahiran. Akibat itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.  Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat

  • Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
  • Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar dari saluran dan permukaan faraj, keadaan ini digelar "tombong”.


Gangguan Kencing

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah buang air kecil seperti:

  • kerap membuang air kecil
  • sakit ketika nak buang air kecil
  • kencing yang tidak dapat dikawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat (Stress Incontincence).

Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan  ibadah seperti solat.

Gangguan Hubungan Kelamin


Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle telah menyebabkan kekuatan cengkaman atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks berkurangan. Suami pula pasti merungut kurang berpuas hati kerana kenikmatan seks tidak lagi menyeronokkan. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita

Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan

Dalam kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.


Tips elak rahim jatuh selepas bersalin


  1. Pastikan berpantang dengan cara yang betul.
  2. Ibu berpantang perlu makan makanan yang berkhasiat supaya proses penyembuhan selepas bersalin berjalan lancar. 
  3. Amalkan set berpantang yang terbaik dan betul. Ibu berpantang bukan nak sihat luaran sahaja (nak kurus), bahkan sihat bahagian dalaman juga penting.
  4. Set Berpantang Terbaik yang lengkap dengan khasiat semulajadi menjadi pilihan kebanyakan ibu selepas bersalin. Antara kebaikan set berpantang Shaklee ialah dapat membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim.
  5. Air dan fiber yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Ostematix kalsium membantu mengatasi masalah sembelit. Awas! sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada masalah rahim jatuh.
  6. Lakukan senaman pelvis 2 minggu selepas bersalin.
  7. Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.


Jika nak pakai lama rahim tu, jagalah ia sebaik yang mungkin. Mesti ingat, rahim adalah lambang kewanitaan. Ia aset berharga kepada setiap wanita. Justeru itu ibu bersalin wajib berpantang dengan cara yang betul. Lagi best jika ibu bersalin ini mengamalkan Set berpantang Shaklee. Jom berpantang dengan Shaklee!


Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya



Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?