Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

with 2 comments

Boleh baca tapi jangan percaya 100%



Hahahaha, entri kali ini santai sedikit. Asyik nak buat entri serius jer. Kali ini saya nak kita relaks-relaks minda sambil baca apakah tanda-tanda seorang isteri hamil anak perempuan. Hasil dari pengalaman saya dan juga cakap-cakap orang lama maka dapat disimpulkan tanda-tanda yang menentukan jantina bayi berdasarkan keadaan isteri mengandung. Jom baca dan saya sangat seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog saya kali ini.

set ibu hamil cergas


Ingat ya! Jangan percaya 100%. Mungkin ada benar atau secara kebetulan. Jadi janganlah meroyan dan meraban teben jika keluar nanti bukan jantina bayi yang kita idamkan.

Tanda-tanda isteri hamil anak perempuan

  • Isteri mengalami morning sickness yang agak teruk. Adakalanya berterusan sehingga kelahiran
  • Degupan jantung bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Ibu hamil merasakan beban berat pada pinggul
  • Payudara kiri lebih besar dari kanan
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia semakin bulat.
  • Perut ibu hamil nampak “tinggi”.
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kiri
  • Isteri yang mengandung suka makanan manis dan sukakan buah-buahan
  • Jadi lebih cerewet ketika hamil
  • Ibu mengandung jadi lebih moody dari kebiasaan
Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan
Bayi perempuan


Tanda-tanda isteri hamil anak lelaki

  • Isteri tidak mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Ada sesetengahnya tidak mengalami apa-apa alahan langsung.
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
  • Ibu hamil sukakan makanan yang masam dan masin
  • Ibu hamil juga selalu sakit kepala
  • Lihatlah perut isteri, adakah ia memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
  • Perut ibu mengandung nampak “rendah”
  • Ibu hamil suka tidur mengiring ke kanan
  • Wajah isteri kelihatan lebih berseri ketika hamil
  • Hidung ibu hamil tampak lebih mekar
set ibu hamil cergas
Bayi Lelaki

Jadi macam mana? Para suami yang isteri mengandung pergilah ulik-ulik isteri anda tu. Adakah dia sedang mengandung baby girl or boy? Hahahahahah

Tapi kalau nak lebih tepat, pergilah buat scan. Apapun ini semua rezeki Allah. Tak kisah lelaki ke perempuan tapi yang penting bayi dan ibu sihat walafiat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.

Oh ya! Lupa saya nak beritahu. Kepada ibu-ibu yang sedang hamil pastikan marhalah kehamilan uols kali ini berlaku dengan perasaan yang ceria, gembira dan sihat. Tiru macam saya. Semasa saya mengandung diri saya sihat, bayi dalam kandungan pun sihat dan rasa ceria sahaja. Nak tahu apa yang saya amalkan? Jeng... jeng.. jeng...

Inilah yang saya amalkan. Set Ibu Hamil Cergas

Tanda-Tanda Isteri Anda Hamil Anak Perempuan

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

10 Punca Suami Isteri Tidak Subur Yang Mesti Kita Tahu

with 1 comment

Pengikat Kasih Penyambung Keturunan



Kehamilan sering dikaitkan dengan kesuburan. Untuk hamil setiap pasangan suami isteri perlu subur. Suami perlu menghasilkan sperma yang berkualiti manakala isteri pula menghasilkan ovum untuk disenyawakan oleh sperma  tadi.


Menurut Doktor Salwana Mohyiddin Pakar Sakit Puan Hospital Tanah Merah Kelantan, Isteri dan suami perlu jelas bahawa dalam 100 pasangan mandul, 30 adalah faktor isteri, 30 adalah faktor suami, 30 adalah faktor kombinasi suami dan isteri, manakala 10 lagi adalah normal bagi keduanya yang dipanggil "unexplained infertility" ataupun mandul tanpa penjelasan. 

Sudah lumrah setiap pasangan yang berkahwin pasti berhasrat memiliki cahaya mata. Namun tidak semua pasangan suami isteri itu bertuah. Ini semua rezeki Allah. Tapi apabila setiap pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih lagi belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan zuriat, pasti ada yang tidak kena. Setiap masalah pasti ada puncanya. Apakah punca belum dapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin? Jom kita baca 10 punca suami isteri tidak subur di bawah.



Menurut Dr Khairiah Seman daripada Pusat Bersalin Barakah, terdapat empat kategori penyebab mengapa seseorang wanita atau isteri lambat hamil. Antaranya ialah, masalah isteri, masalah suami, masalah kedua-duanya dan yang terakhir kedua-duanya normal namun belum diberi rezeki untuk mempunyai zuriat.


Bagi wanita, isu kesuburan banyak dipengaruhi oleh ketidak seimbangan hormon dalam badan yang boleh menjejaskan proses ovulasi. Berikut adalah masalah-masalah yang menjadi faktor mengapa anda sukar untuk hamil.


  1. Kerosakan pada tiub fallopio yang akan menghalang persenyawaan antara sperma dan telur. Tiub fallopio yang rosok adalah disebabkan keradangan serta ibu yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim.
  2. Berlakunya endometriosis. Ia terjadi apabila sel-sel yang biasanya tumbuh dalam rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim wanita.
  3. Sperma akan gagal mencapai telur jika ada perubahan pada uterus atau serviks. Jika kedua-dua organ ini mempunyai parut disebabkan oleh pembedahan, ia akan menghalang sperma bergerak untuk mencari ovum wanita.
  4. Wanita yang mempunyai kelainan ataupun kecacatan pada sistem pembiakan juga sukar untuk hamil. Sistem pembiakan seperti rahim, tiub fallopio, rahim yang bermasalah menjadi faktor utama mengapa seseorang wanita itu tidak boleh hamil.
  5. Faktor usia juga antara penyebab wanita sukar ataupun lambat hamil. Wanita berusia 35 tahun ke atas mempunyai peluang yang lebih tipis untuk hamil jika dibandingkan dengan mereka dalam lingkungan usia sihat wanita iaitu 20 hingga 30 tahun.
  6. Emosi yang tertekan ataupun stress juga akan membantutkan usaha anda untuk mendapatkan zuriat.
  7. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil alkohol, merokok dan kafein yang tinggi akan mempengaruhi ketidaksuburan wanita.
  8. Masalah gagal untuk mendapatkan cahaya mata bukan hanya berpunca daripada golongan hawa sahaja. Dalam beberapa kes, lelaki juga dipercayai menjadi punca mengapa rumahtangga mereka tidak dikurniakan zuriat.
  9. Antara faktornya ialah lelaki juga boleh menjadi tidak subur disebabkan masalah hormon. Gangguan pada hormon sering berlaku kepada mereka yang mengambil steroid dalam jangka masa panjang yang menyebabkan testosterone tidak dapat dihasilkan hingga testis mengecut.
  10. Masalah sperma adalah masalah utama ketidaksuburan golongan adam. Ologospermia, bilangan sperma kurang daripada 20 juta sperma setiap meliliter air mani dan tidak berkualiti adalah perkara lazim terjadi yang mengurangkan peluang pasangannya untuk hamil.

Apa yang penting di sini ialah setiap pasangan jangan cepat berputus asa untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya dianugerahkan cahaya mata pengikat kasih sayang. Ada juga pasangan mendapat anak setelah lebih 10 tahun berkahwin, ada 8 tahun, 5 tahun dan sebagainya.

Ingat! Yang penting berusaha dan jangan berputus asa. Jom berikhtiar dengan set kesuburan di bawah ini:





Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee 

♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019-2249556 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Rahsia Tidur Berbantalkan Lengan Suami

with 0 Comment

Saya suka tidur berbantalkan lengan suami saya!


Bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.


Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.



Jadi para isteri, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak dinafikan isteri akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang.


Ianya tanda bahawa bau phero suami kita sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon kita (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya). 

Ini fakta yang mesti suami isteri tahu

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.


Peringatan penting untuk suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cube ye



10 cara untuk suami pamerkan rasa cinta pada isteri


  1. Berikan Isteri Rasa Selamat, elakkan diri menjadi agresif. 
  2. Ucapkan "Assalamualaikum" ketika pulang ke rumah, Ia akan menghalang 
  3. syaitan masuk ke dalam rumah kita.
  4. Sabda Rasulullah SAW : Wanita itu ibarat kayu bengkok yang rapuh, jika kita berkasar dengan nya ia akan patah. Jika kita biarkannya, ia tidak akan terus membengkok. Maka didiklah isteri dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
  5. Apabila ingin menegur isteri, lakukan di tempat privisi dan tenang. Jangan sekali-kali menegur isteri dihadapan orang lain atau di tempat awam. Ia akan melukakan hati dan menjatuhka maruahnya.
  6. Sentiasa berlembut hati kepada isteri kita. Ia akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada kita.
  7. Sentiasa didik di sebelah isteri, sentuh atau peluk badannya, ia akan membuatkan hatinya tenang.
  8. Elakkan marah, caranya dengan sentiasa berwuduk. Maksud hadis, jika kamu marah pergilah berwuduk, jika belum reda, duduk, jika belum reda berbaring.
  9. Sentiasa kemas dan wangi kerana wanita sukakan kebersihan.
  10. Jangan bersikap keras dan kasar, ia akan merosakkan hubungan kita dan isteri. Sentiasa mendengar luahan dan kata-kata isteri. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri tercinta.
Jom kita tonton video 2 minit ini.  Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo


Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.

10 Perkara Yang Isteri Kena Tahu Apa Yang Suami Mahu

with 0 Comment

Bacaan untuk 18 SX sahaja


Sekiranya ditanya kepada semua suami, apa perkara yang mereka nak isteri mereka tahu tetapi sangat susah untuk diluahkan, pasti bermacam-macam perkara yang akan dibualkan.
Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami kita atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat mahu isterinya tahu perkara tersebut. Jadi isteri kenalah tahu apa yang suami mahu.


1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"
Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki.Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya,dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal "ada masalah ke?"Jawapan : "tak ada apa-apa lah", tetapi sebenarnya "ada".
2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur,selalu abang yang mula dulu!".
Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langlah pertama untuk aksi pada malam tersebut.Jarang sekali isteri yang memulakannya. Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
3."Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
Tunjukkan 'kenakalan" kepada suami. Pasti suami suka


4."Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
Kebanyakan lelaki tidak suka sekiranya dipersoalkan cara dia berpakaian. Biarkan dia menentukan imej nya asalkan tidak menyalahi adat dan hukum agama.
5."Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
Lelaki sangat berbangga kalau ada isterinya mengepit tangannya ketika berjalan-jalan.Dalam hati suami akan berkata"tengoklah wahai orang ramai,ni lah isteri aku,tengok dia sangat sayangkan aku".
6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?".
Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri. Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan kita berdua beredar dari tempat tersebut.
7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"
Tunjukkan sifat kemanjaan kita sebagai isteri dengan cara diatas. Suami kita akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.

8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"
Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata"bang, mintak tolong basuhkan bilik air!" berbanding "bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih,  saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!" 
9."Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"
Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, "abang sayang saya tak?" suami jawab "sayangggg",kemudian tanya lagi"betul ni sayang?"suami jawab lagi " betul ,abang sayang" kemudian tanya lagi"betul ? aahh, tipulah!".suami nak jawab apa lagi?
10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."
Boleh dikatakan semua lelaki tak suka dibebel, walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi janganlah menggunakan kata-kata kesat yang menjatuhkan maruahnya.

Jom kita tonton video pendek ini, kisah suami yang kebingungan. Dapatkah si isteri menyelesaikan masalahnya? Menarik untuk ditonton
Haid Tidak Teratur Buat Dia Emo Sokmo, Suami Pun Bingung from iReach HD on Vimeo.

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mendoakan Pengantin "Semoga Bahagia Dan Ramai Anak" ?

with 4 comments

Selamat pengantin baru!




Ketika Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tetamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
Semoga bahagia dan ramai anak”

Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”

“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’

Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini.  

Hukumnya Makruh

Para ulama menerangkan bahawa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak pula haram kerana dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, ramai anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang. Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” bukanlah doa yang tepat.

Doa yang lebih baik dan barakah

Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan ramai anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki ramai anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepatutya benar,belum tentu menjadi kenyataan bagi setiap orang.

Sebagaimana fasa kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua perkara,

  • Perkara yang manis
  • Perkara yang pahit 
Kadang kala kita mengalami perkara yang kita inginkan dan perkara yang tidak kita inginkan. Ada perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, dan ada juga perkara yang merunsingkan kita. Jadi kita doakan perkahwinan itu sentiasa ada barakah. Inilah yang  lebih baik daripada kita doakan “bahagia dan ramai anak.”

Jadi kita patut mendoakan pengantin muslim sentiasa mendapatkan keberkatan baik dalam setiap perkara yang mereka akan hadapi nanti. Contohnya saat mereka diluaskan rezeki oleh Allah, mereka berada dalam keberkatan dengan sikap syukur dan banyak bersedekah dan infaq. Ketika mereka berada dalam kegawatan masalah, mereka juga berada dalam keberkatan dengan sikap sabar dan iffah-nya.

Ada suami isteri yang bahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru.  Kita mengharapkan mereka memperolehi banyak kebaikan, kebahagiaan dan hidup harmoni. 

Jom kita tengok video ini. Pasangan suami isteri ini menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya. Betul orang cakap setiap kesulitan pasti ada rahmatnya. Apa kisahnya? Jom kita tengok video ini! 


Perlu diingat tak semua pasangan suami isteri memiliki anak yang banyak. Allah pun tidak pernah berjanji kepada kita bahawa berkahwin mesti dikurniakan anak. Jadi amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW itu untuk mendoakan kebahagian pengantin baru.


Setiap pasangan pengantin baru jangan lupa klik link di bawah ini:

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan

Set Kesuburan Suami Isteri Bantu Cepat Hamil



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?