Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Marhalah Kehamilan Saya: Ibu Mengandung di Trimester Kedua

with 0 Comment
Episod keempat

Salam semua mommy preggy. Semoga uols semua sihat walafiat. Alhamdulillah hari ini saya dapat menyambung segmen Marhalah Kehamilan Saya. Sudah lama terpendam-pendam dalam hati. Akhirnya dapat juga menukilkan sesuatu untuk dikongsikan bersama. 

hamil pada trimester kedua


Sekarang usia kehamilan saya sudah masuk ke trimester kedua. Memasuki bulan keempat mengandung, rasa mual,loya dan muntah yang sebelum ini terjadi sudah tidak terjadi lagi. Boleh dikatakan mengandung pada trimester kedua ini adalah saat paling bahagia buat ibu hamil. Morning Sickness yang sering dialami sudah lenyap begitu sahaja.Tenaga bertambah dan keadaan hamil mulai terasa tenang dan nyaman.

Rutin harian saya berjalan lancar. Tidak lagi tergendala akibat mabuk dan pening-pening. Semua tugasan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tahap hormon pada peringkat ini telah pun stabil, oleh itu saya dapat tidur dengan lebih selesa. Uterus (rahim) ibu mengandung pada masa ini juga telah naik ke atas dan tidak lagi menekan pundi kencing. Ini bermakna, kuranglah membuang air pada waktu malam. 

Sudah boleh mengukir senyum selalu. Sebelum ini mood asyik nak marah tak semena-mena sering menghantui saya. Ada saja yang tak kena. Orang lama kata ini terjadi sebab pembawakan budak. Huhuhuhu. Namun begitu ibu mengandung di trimester kedua tetap akan merasai pelbagai kejadian dan perubahan pada diri. Jangan panik dan bimbang. Hanya kita kaum hawa sahaja yang mampu menikmati keajaiban ciptaan Allah ini. Kita perlu melaluinya dengan penuh penghayatan dan rasa kesyukuran yang tinggi kerana kita bakal melahirkan umat Muhammad SAW tidak lama lagi.

Marhalah Kehamilan Saya


Ibu Mengandung di trimester kedua akan mengalami:

  • Perut yang semakin membesar.  Perkembangan janin yang membesar telah membuat saiz perut ibu hamil kian membesar bagi mengimbangi pertambahan ukuran dan berat rahim. Setiap bulan berat ibu hamil akan bertambah sekitar 2kg
  • Badan sering lelah dan pening. Pembuluh darah akan melebar kerana perubahan hormon dan menyebabkan jantung bekerja keras menyalurkan darah lebih banyak untuk mengisinya. Apabila tubuh kurang cergas dan letih, jantung menjadi tidak stabil dan darah tidak dapat disalurkan secukupnya yang akan mengakibatkan pening kepala. Ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak berdiri atau duduk statik terlalu lama. Cuba lakukan sedikit pergerakan bagi mengelakkan darah tidak sampai ke otak.
  • Buah dada yang membesar. Kelenjar susu yang semakin membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progesteron membuat payudara ibu hamil tampak membesar, berat payudara yang bertambah ini menyumbangkan lebih kurang 1/2 kg untuk berat badan, yang akan menambah 2 kali ukuran cup bra yang sedang ibu hamil pakai sekarang
  • Pergerakan pada bahagian bawah perut. Pergerakan ini diperlukan untuk memperkuat rahim ibu mengandung semasa tempoh mengandungkan si comel. Tidak ada waktu yang tepat bila pergerakan ini terjadi. Ia tidak menyebabkan rasa sakit. Kalau ada rasa pelik dan pergerakan yang luar biasa sila hubungi doktor dengan segera.
  • Perubahan warna kulit. Dengan meningkatnya peredaran darah dalam tubuh, ibu mengandung akan berasa lebih sihat. Perubahan warna kulit akan berlaku terutama pada sekitar puting susu (areola). Warnanya menjadi lebih gelap daripada sebelumnya. Kulit wajah ibu mengandung akan menjadi lebih cantik dan berseri-seri.
  • Kejang pada kaki. Tekanan dari rahim kepada pembuluh darah utama menuju kaki membuat darah mengalir kembali ke arah kaki. Ini akan menyebabkan kejang.
  • Perut kembung dan sakit. Pada trimester kedua kehamilan proses pencernaan menjadi agak lambat dari kebiasaannya. Apa yang bagusnya ia dapat  membuatkan segala nutrisi diserap secara lebih maksimum. Yang tak bestnya ibu hamil akan rasa tidak selesa pada perut dan menyebabkan kembung. Untuk atasi masalah ini disarankan ibu mengandung lebih kerap makan. Jangan makan terlalu banyak. Makan dengan kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Makanlah makanan yang mengandungi banyak serat dan jangan lupa untuk minum banyak air. 
  • Nafas menjadi lebih pendek. Paru-paru pada ibu hamil bertindak dengan lebih cepat selari dengan pergerakan otot jantung untuk membekalkan oksigen yang lebih banyak. Ini akan menyebabkan tugasan paru-paru meningkat dan nafas menjadi lebih pendek. 
  • Masalah membuang air kecil. Perubahan hormon akan membuat pembuangan air kecil kadang kala tidak lancar.  Sementara rahim yang semakin membesar akan memberi tekanan kepada pundi kencing. Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak menahan kencing dan menjaga kebersihan vagina untuk mengelakkan bakteria masuk ke liang vagina.
Mengandung di trimester kedua memang mengasyikkan. Saya sedang enjoy melayan fasa mengandung di trimester kedua ini. Hanya kaum wanita sahaja yang dapat menikmati pergerakan menakjubkan ciptaan Allah di dalam rahimnya. Orang lelaki boleh? Orang lelaki hadoo? Huhuhuhu.

Insyallah kita berjumpa lagi di episod lain. Semoga apa yang saya kongsikan di entri ini bermanfaat untuk kita semua.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?