Hari ini saya ingin mengajak anda berkongsi mengenai keperluan nutrisi dan vitamin kepada wanita. Wanita adalah mahkluk Allah yang istimewa. Kenapa?
Wanita pasti melalui 3 peringkat ini iaitu wanita solo atau belum hamil, wanita hamil dan wanita selepas bersalin. Bestkan menjadi wanita. Kaum Adam jangan jeles dengan wanita sebab Allah memberi nikmat merasai proses pembentukan manusia di dalam rahim wanita.
Secara lazimnya wanita selalu berfikir mengenai keperluan nutrisi dan vitamin tatkala mereka disahkan hamil. Sudah menjadi naluri ibu untuk mengasihi anaknya walaupun anak itu belum lahir atau masih di dalam kandungannya. Maka tidak hairanlah ramai wanita berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak yang dikandungnya dengan melengkapkan keperluan nutrisi dan vitamin terhadap diri mereka.
Apa sudah jadi apabila sudah bersalin?
Kebanyakan wanita mengabaikan keperluan nutrisi dan vitamin selepas bersalin. Tak kiralah sama ada wanita itu menyusu atau tidak menyusukan anak mereka. Ramai yang tidak tahu keperluan nutrisi dan vitamin untuk wanita hamil dan wanita menyusu berbeza. Untuk ibu yang menyusu mereka memerlukan vitamin tambahan bukan sahaja untuk diri si ibu tetapi penting untuk anak mereka sekali.
Mari kita lihat carta pemakanan di bawah.
Jadi sekarang macam mana? Masih lagi dengan stigma Ibu hamil memerlukan lebih vitamin daripada ibu menyusu? Ibu menyusu perlu melakukan anjakan paradigma dalam cara pengambilan makanan supaya kekal sihat dan bertenaga. Mari kita ubah cara permakanan kita. Mari Kita semak cara pengambilan makanan kita. Adakah mencukupi atau sebaliknya.
Ibu-ibu boleh mendapatkan penerangan mengenai set vitamin:
Vitamin Ibu Menyusu
Vitamin Ibu Hamil
Vitamin Penjagaan Kesihatan Wanita
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment