Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Program Soal Wanita (tv Alhijrah) Dakwa Tidak Boleh Menyusu Lebih Dari 2 Tahun?

with 0 Comment
Ini jawapan dari  Syed Shahridzan (Senior Exec, TV Al Hijrah)

Berhubung isu penyusuan lebih dari 2 tahun. Hari tu timbul isu sbb dalam program Soal Wanita (tv Alhijrah) cakap tak boleh menyusu lebih dari 2 tahun, sedangkan ramai yg buat extended breastfeeding nie. Sebenarnya
 dah byk penjelasan psl ni. Nak senang faham, takde tempoh minimum atau maksimum dlm penyusuan, TAPI yang PALING IDEAL atau OPTIMUM adalah 2 TAHUN PENUH. Moga jelas.







Ini JAWAPAN DARI Syed Shahridzan, Senior Exec, TV AlHijrah. Credit to fathinz @nur fathinatul huda. 


Assalamu'alaikum wrbt....

Para penonton Soal Wanita yang dirahmati Allah,

Izinkan saya perkenalkan diri, saya seperti nama yg tertera pada FB, merupakan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan merangkap individu yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju kandungan rancangan TV AH mengikut etika "Shariah Compliance".

Saya dimaklumkan oleh Puan Penerbit 'Soal Wanita' tentang salah faham dan sedikit kekecohan yang berlaku dalam ‘thread’ ini. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan pendirian TV AH terutamanya pihak penerbitan 'soal wanita' terhadap isu ini.

Saya telah meneliti kenyataan salah seorang hos Soal Wanita iaitu Puan Noor Layla mengenai hukum penyusuan anak melebihi umur dua tahun samaada di dalam rancangan soal wanita atau ‘thread’ ini BUKANLAH pendirian atau pegangan TV AH, di mana kenyataannya seoalah-olah Islam telah menetapkan tempoh susuan bagi bayi adalah tidak boleh melebihi dua tahun.

Saya secara peribadi melihat hujah yang digunakan, disimpulkan secara literal tanpa merujuk kepada ahli-ahli tafsir al-Quran dan fatwa ulama yg muktabar. 

Untuk pengetahuan para penonton yang budiman sekelian, ayat suci tersebut tidak memberi maksud penghadan tempoh maksimun bagi penyusuan anak, malah al-Quran menjelaskan tempoh yang paling paling sesuai dan ideal untuk kebaikan bayi. 

Tafsiran sebegini dinyatakan oleh kumpulan ulama-ulama al-Azhar di dalam kitab tafsir ‘Tafsir al-Muntakhab fi Tafsir al-Quran al-Karim’ dalam mentafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah:
وعلى الأمهات أن يقمن بإرضاع أولادهن مدة عامين تامين مراعاة لمصلحة الطفل
“Para ibu hendaklah menyusu anaknya selama dua tahun yang lengkap untuk menjaga kemaslahatan bayi”.

Jelas sekali pentafsiran dari para ulama al-Azhar sama sekali tidak menyatakan bahawa ayat suci tersebut menghadkan tempoh penyusuan anak.

Tafsiran ini disokong oleh, al-Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya ‘Tafsir al-Quran al-Karim’:
هذا إرشاد من الله تعالى للوالدات أن يرضعن أولادهن كمال الرضاعة ، وهي سنتان
‘Ini adalah petunjuk Allah SWT supaya para ibu menyusukan anak-anak mereka dengan penyusuan yang sempurna iaitu tempoh dua tahun’.

Pentafsiran Ibnu Kathir jelas tidak menzahirkan bahawa tempoh dua tahun bukanlah tempoh maksimum untuk penyusuan bayi, ia hanyalah tempoh yang paling ideal.

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).
Apakah hukum menyuskan anak lebih dari dua tahun?


Menurut Imam al-Qurtubi di dalam karangan agungnya iaitu al-Jami’ li Ahkam al-Quran:
والزيادة على الحولين أو النقصان إنما يكون عند عدم الإضرار بالمولود وعند رضا الوالدين
‘Penyusuan yang kurang dari dua tahun atau lebih bergantung kepada situasi yang tidak memudaratkan bayi dan bergantung kepada kerelaan kedua ibu bapa’.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah berkata di dalam kitab Tuhfatul Maudud fi Ahkam al-Maulud:
ويجوز أن تستمر الأم في إرضاعه بعد الحولين إلى نصف الحول الثالث أو أكثره
‘Seseorang ibu boleh terus menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun kepada 2 tahun kepada setengah daripada tahun ke tiga atau lebih dari itu.’

Menurut fatwa kerajaan Arab Saudi:
إذا علم أن الرضاعة حق للرضيع ومصلحته ، وأنه لا يجوز فطامه قبل السنتين إذا أضر به ، فإنه يجوز للأم أن تستمر على إرضاع ولدها بعد السنتين إذا كان لمصلحته ودفع الضرر عنه
‘Jika diketahui bahawa penyusuan ibu itu adalah hak bayi dan kebaikannya, maka tidak sepatutnya bayi disusukan kurang daripada dua tahun, dibolehkan seseorang ibu menyusukan anaknya lebih daripada dua tahun jika ia mendatangkan kebaikan dan menolak kemudaratan.’

Sheikh Dr. Wahbah az-Zuhaili seorang pakar fiqh perbandingan yang tersohor di dunia melakar pendapatnya di dalam ‘al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu’:
فإن استمر الرضاع بعد الحولين لضعف الطفل ، فلا مانع منه للحاجة
‘Jika penyusuan bayi berterusan lebih dari dua tahun disebabkan keadaan bayi yang lemah(kurang sihat), maka ia tidak menjadi halangan atas keperluan hajat’.

Berdasarkan kenyataan dan fatwa yang diterbitkan oleh para ulama tradisi dan moden, maka jelaslah bahawa hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah HARUS dan tidak dihukum sebagai HARAM atau melanggar hukum syarak. Manakala ayat-ayat suci yang menyentuh tempoh penyusuan iaitu dua tahun, bukanlah bermakna tempoh maksimun seseorang ibu menyusukan anaknya, malah ia memberi maksud tempoh yang ideal untuk kebaikan si anak.

Wallahu A'lam.





Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana,
   Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, 
Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :))

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?