Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Soalan Popular Ketika Hamil

with 0 Comment

Apa perasaan anda tatkala disahkan hamil?


Sebaik disahkan hamil, kebiasaannya anda akan diselubungi 1001 persoalan tentang suka duka kehamilan. Bersama Dr.Mohamad Rafi dari Hospital UMRA, Shah Alam untuk mendapatkan jawapannya.  

Mama:
Benarkah vitamin ibu mengandung seperti Obimin boleh menyebabkan kandungan besar sekali gus menyukarkan kelahiran?
Dr. Rafi:
Tidak sesekali. Vitamin ibu mengandung bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu bukannya untuk membesarkan bayi. Sekiranya ibu kurang darah dan kelihatan pucat, pendarahan sewaktu kelahiran mungkin boleh berlaku dan ia membahayakan. Bayi yang besar banyak bergantung kepada baka atau adakalanya ibu menghidap diabetes.

Mama:
Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap hB tetap rendah?
Dr. Rafi:
Biasanya kalau ibu nampak terlalu pucat sebelum bersalin, doktor akan memasukkan darah. Ini terpaksa dilakukan jika tahap hB tetap rendah walaupun sudah ambil supplemen dan makanan yang boleh menambahkan darah.

Mama:
Bolehkah bersalin normal jika sebelum itu pernah melahirkan secara caesarean?
Dr. Rafi:
Boleh sekiranya ibu hanya pernah sekali melalui kelahiran caesarean. Jika sudah dua kali caesarean, memang tidak dibenarkan langsung. Kebanyakan kelahiran normal berjaya selepas caesarean berjaya bergantung kepada sebab ibu perlu melalui kelahiran caesarean sebelum ini. Mungkin tulang punggung sempit, peluang untuk bayi keluar susah. Jika uri bawah atau masalah songsang boleh berjaya tetapi ada risiko tertentu. Kalau mahu cuba bersalin normal, perlu diketahui dalam 200 wanita, seorang daripada berisiko mengalami pecah rahim.

Mama:
Apakah teknik meneran yang betul?
Dr. Rafi:
Cara setiap wanita meneran adalah berbeza. Apa yang paling, ibu perlu meneran seperti hendak membuang air besar. Ramai yang meneran sehingga muka merah. Apatah lagi kalau menjerit. Ibu tidak boleh meneran. Itu salah! Setiap kali meneran, kepala perlu menunduk sedikit. Tarik nafas dan tahan nafas seperti hendak membuang air besar.

Mama:
Benarkah banyak berjalan sebelum melahirkan akan memudahkan proses bersalin?
Dr. Rafi:
Ya dan tidak. Banyak berjalan sebenarnya dapat merangsang otot menjadi lebih kuat. Jika hanya berbaring tanpa melakukan aktiviti fizikal, ia menyukarkan proses kelahiran kerana otot lemah. Selain berjalan, aktiviti fizikal yang biasa dilakukan setiap hari sudah memadai. Yang penting, jangan melakukan aktiviti yang boleh mencederakan diri sendiri.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui kontraksi yang sebenar?
Dr. Rafi:
Kontraksi biasanya sakit dan akan bertambah kekerapannya. Manakala kontraksi palsu tidak sakit dan kekerapannya sama atau stabil. Doktor dapat mengesan kontraksi dengan menggunakan mesin CTG atau melalui ujian faraj. Jika ibu sakit dan tidak senang hati, lebih selamat jumpa doktor daripada buat keputusan sendiri.

Mama:
Bolehkah demam panas yang dialami ibu memberi kesan kepada bayi yang dikandung?
Dr. Rafi:
Jika demam terlalu panas, adakalanya boleh menjejaskan bayi tetapi biasanya tidak memberi masalah besar.

Mama:
Bagaimana caranya untuk mengetahui ubat yang diambil ketika mengalami demam, batuk, selesema atau sakit ringan yang lain selamat dan tidak menjejaskan bayi?
Dr. Rafi:
Kebanyakan ubat selamat (99 %). Jika ibu demam dan tidak mahu makan ubat, ia lebih memudaratkan  daripada makan ubat untuk meredakan demam. Demikian juga halnya dengan ubat batuk dan selesema. Malah, kebanyakan antibiotik selamat. Hanya ada sebilangan kecil sahaja tidak boleh dimakan oleh ibu hamil. 

Mama:
Sewaktu hamil, terasa sakit di bahagian tertentu tetapi apabila berjumpa doktor pakar, beliau mengatakan tiada apa-apa. Apa cara untuk mengetahui kesakitan yang dialami serius atau sebaliknya?
Dr. Rafi:
Kebanyakan doktor hanya risau dengan sakit yang diadu ibu akibat kontraksi pra matang dan kencing kotor. Kedua-duanya adalah sakit yang paling kerap ditemui. Selebihnya ialah sakit yang disebabkan oleh batu karang, apendiks dan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kehamilan. Ada juga yang mengadu sakit belakang. Ini disebabkan oleh tulang belakang menjadi bengkok kerana pembesaran rahim. Ligamen yang menegang juga boleh menyebabkan sakit. Biasanya sakit sebegini tidak merbahaya tetapi ada baiknya jika dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu.  

Mama:
Bolehkah mengambil supplemen herba dan hemopati selain daripada ubat yang dibekalkan doktor?
Dr. Rafi:
Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sesetengah ubat herba dan hemopati boleh membahayakan ibu. Ini kerana ada bukti yang menunjukkan ada kesan buruk selepas pengambilan ubat herba dan hemopati tertentu.

Mama:
Kebanyakan makanan perlu diambil secara sederhana. Bagaimana untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sudah lebih daripada mencukupi terutamanya kopi, minuman berkarbonat dan makanan yang boleh mendatangkan mudarat kalau diambil berlebihan?
Dr. Rafi:
Setiap makanan memang perlu diambil secara sederhana. Sesetengah makanan seperti sayur-sayuran jika diambil berlebihan, tidak akan mendatangkan masalah. Apa yang menjadi masalah ialah jika ibu menghidap diabetes dan menambah terlalu banyak karbohidrat dan manisan, ia boleh menjejaskan kesihatan diri dan bayi.  Ada kajian yang membuktikan jika ibu mengambil kopi lebih daripada sembilan gelas sehari sepanjang sembilan bulan kehamilan boleh memudaratkan. Namun, jarang sekali ibu mengandung minum kopi dalam jumlah sebegini banyak setiap hari sepanjang hamil. Jadi, jika diambil dalam jumlah yang sedikit, tiada apa-apa masalah. Apa yang penting ialah bersederhana.
           
Mama:
Benarkah dengan minum air soya kulit anak cerah dan jika minum air kopi anak akan berkulit gelap. Apa kaitan pemakanan dengan warna kulit anak?
Dr. Rafi:
Cerah atau gelap anak itu bergantung kepada bakanya. Tiada ubat atau makanan yang boleh buat bayi yang dikandung cerah atau gelap.

Mama:
Berapa banyak kalori yang perlu ditambah sepanjang hamil terutamanya di awal kehamilan. Apa panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung?
Dr. Rafi:
Waktu mengandung jangan makan untuk “berdua”. Elak daripada menambah terlalu banyak berat badan. Kenaikan berat badan perlu ikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Jika kenaikan terlalu banyak, akan ada masalah seperti ibu mungkin menghidap diabetes. Ibu juga mungkin susah meneran kerana ruang untuk bayi keluar kurang.
Jadi, ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.

Mama:
Benarkah morning sickness hanya berlaku di waktu pagi sahaja. Dan mengapa tidak semua wanita mengalaminya?
Dr. Rafi:
Morning sickness adalah alahan yang disebabkan oleh hormon ibu mengandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.

Mama:
Apa kaitan kalsium dengan kekejangan terutamanya di akhir kehamilan?
Dr. Rafi:
Fungsi kalsium dalam mengatasi kekejangan tidak dapat dibuktikan 100 % tetapi kebanyakan ibu yang mengalami kekejangan akan bertambah baik setelah mengambil suuplemen kalsium yang mencukupi.

Mama:
Betulkah sewaktu mengandung tidak boleh cabut gigi?
Dr. Rafi:
Sebagai doktor, saya galakkan setiap wanita kerap periksa gigi dan jika ada apa-apa masalah sebaiknya masalah itu diatasi sebelum mengandung tetapi jika kebetulan sudah mengandung, ada baiknya cabut gigi berkenaan segera daripada menunggu sehingga hampir waktu bersalin. Ditegaskan! Tiada apa-apa masalah jika ibu mengandung mencabut giginya sewaktu hamil.

Mama:
Apakah yang menyebabkan bayi menghidap jaundis selepas kelahiran?
Dr. Rafi:
Penyebab jaundis tidak dapat dipastikan 100%. Namun, jamu dipercayai dapat memburukkan lagi jaundis. Bagi ibu yang memiliki anak menghidap jaundis selepas lahir dinasihatkan agar tidak memberikan susu kambing bagi menurunkan paras jaundis. Ini kerana susu lembu yang sudah diproses untuk bayi pun tidak digalakkan untuk diberi kepada bayi, ini kan pula susu kambing segar. Bayi mungkin boleh dapat alahan yang teruk dan ususnya berbelit. Masa kini ramai bayi terkena jaundis berbanding dahulu. Ini mungkin disebabkan oleh pencemaran alam dan makanan yang banyak tercemar dengan bahan kimia. 
kredit: pama.karangkraft.com
mommy2 n mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana berkenaan set kehamilan shaklee boleh pm saya yek! saya sedia berkongsi pengalaman kehamilan saya bersama anda!
mommy2 n mommy to be yg nak dptkan tips2, nasihat, cara, bagaimana nak breastfeeding, buat stok ebm, vitamin untuk milk booster dan berkongsi pengalaman dengan saya boleh pm saya....jangan2 malu nak pm saya yek.... saya sedia membantu... mmg saya suka sgt bila lihat kawan2 ramai terbuka niat nak menyusukan bayi sendiri... susu ibu hak mutlak anak kita! :)


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


Why Omega Guard Shaklee is THE BEST Fish Oils!

with 0 Comment

This is why, Omega Guard Shaklee is THE BEST fish oils!





Ia adalah minyak ikan TULEN..bergred farmaseutikal..dan dihasilkn drpd ikan salmon..bukan hatinya ok..ada beza di situ dgn kualitinya.

Apa manfaat Omega Guard??


Antaranya:

1- ia membantu mengawal paras kolesterol dalam darah

2- membantu pengecutan otot mereka2 yg mengalami buasir

3- membantu mengatasi masalah asma dikalangan kanak2 kerana ia membantu menggalakkan kesihatan peparu

4- kombinasi Omega dan meal shakes baik untuk anak2 yg ada masalah asma, selsema dan batuk berkahak

5- baik utk perkembangan saraf, mata dan otak bayi

6- membantu meningkatkan memori dan kesihatan saraf serta mata

7- membantu meningkatkan paras hormon Leptin dlm tubuh, so membantu mereka yg ingin kurus

8- untuk kesihatan kuku, kulit dan rambut

Banyak lagi ......ni baru 8..





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL

Set Kesuburan Shaklee Pilihan Anda

with 0 Comment

Dalam entry yang lepas saya ada kongsikan tentang tips cepat hamil dengan GLA. Lalu, apakah makan GLA Complex saja untuk kesuburan?

Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Set Kesuburan Shaklee ini membantu dalam kesuburan.


Set kesuburan shaklee untuk wanita mengandungi vitalea, B Complex, Vita-C, alfalfa dan GLA Complex, manakala untuk lelaki mengandungi Vita Lea, B complex, Vita C dan Zinc Complex.

Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang2 kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrien, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.

Vitamin B Complex penting terutama untuk mereka yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi asid folik yang diperlukan di awal kehamilan bagi mengelakkan bayi mengalami spina bifida. Vita C pula untuk pembinaan dan pemulihan sel.

Alfalfa untuk wanita membantu dalam hal2 organ kewanitaan dan menyelesaikan masalah seperti keputihan dan sebagainya.

Vitamin/produk yang memainkan peranan dalam kesuburan ini adalah GLA Complex untuk wanita dan Zinc Complex untuk suami. Bagaimana kedua2 ini berfungsi?

GLA Complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’ yang antaa kebaikannya ialah memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup dalam tiub falipio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.

Gabungan nutrien di atas memberikan ada harapan untuk menimang cahaya mata.. Jangan lupa berdoa pada Tuhan agar dikurniakan anak. Yang penting, harus jangan berhenti berusaha & berharap pada-Nya.
kredit: vitaminsemulajadi.com

Puan2 yang mahukan tips cepat hamil boleh hubungi saya… Tips & bantuan cepat hamil percuma untuk setiap pembelian set kesuburan Shaklee dari SuperbVitamin. Hubungi saya sekarang untuk pesanan!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Tips Cepat Hamil Dengan GLA Complex

with 2 comments

Khasiat GLA Complex

Ramai pasangan sama ada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.



Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Macamana nak periksa ni boleh hubungi saya – maznifaeza@gmail.com. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur. :) 
kredit: vitaminsemulajadi.com

Puan2 yang mahukan tips cepat hamill dengan GLA Complex boleh hubungi saya… Tips & bantuan cepat hamil percuma untuk setiap pembelian GLA dari SuperbVitamin. Hubungi saya sekarang untuk pesanan!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee?

with 0 Comment

Produk Shaklee ok atau ko?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.



Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 


A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 


A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab 

  • Sakit kepala yang melampau. Tekanan darah tinggi. Petanda menyahtoksin.
  • Demam, tidak cukup rehat. Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan.
  • Cirit-birit, meningkatkan pergerakan  usus, najis berbau, air kencing berbau. Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.
  • Kembung perut. Sistem penghadaman yang lemah
  • Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir. Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan.
  • Penghasilan lendir seperti selsema, kahak. Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin.
  • Pendarahan Hidung. Mungkin petanda bagi kekurangan darah.
  • Rasa sakit pada otot dan sendi.  Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit.
  • Peningkatan rasa sakit di sebahagian. Mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah.
  • Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif. Sistem saraf yang lemah.
  • Kitaran haid yang tidak menentu. Hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
  • Perubahan waktu kitaran haid. Kegatalan 
  • pada alat sulit, penghasilan lendiran yang 
  • banyak
  • Lapar, Pening. Tekanan darah rendah, anaemia
  • Loya, sembelit, tersedu. Sistem hadaman yang lemah, masalah hati.
  • Edema (membengkak). Masalah buah pinggang.
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Kajian Saintifik Mengenai Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-quran

with 1 comment

Bukti Kebenaran Al-quran 

  • “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
  • Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
  • Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
  • kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
  • Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Islam menggalakkan penyusuan susu ibu

  • Menyusu bayi juga baik untuk ibu, antaranya ialah:
- Penyusuan akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

- Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
- Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.

- Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”

Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”


Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

Duktus Tersumbat (Blocked Duct)

with 0 Comment

Apa itu duktus tersumbat?
Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal. 
Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 
Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 

Apa punca duktus tersumbat?
"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 
Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan. Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar. Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa: 

  1. Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  2. Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  3. Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  4. Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  5. Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  6. Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.
Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.


Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?
Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.


Bolehkah saya terus menyusu?
Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.
Rujukan dan salinan: babyCenter.com

Pengambilan Lecithin @ Vitamin E membantu untuk mereka yang menghadapi masalah blocked duct ini. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :))



Lecithin Sangat Bagus Untuk Ibu Menyusu

with 0 Comment

Kenapa Lecithin sangat bagus dan perlu untuk ibu menyusu?
Tahukah ibu-ibu apakah kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
  •  Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
  • Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
  • Ia membantu ibu mengatasi masalah  lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
  • Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi .
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.
Mari kita kenali lebih dekat apa itu Lecithin.
-Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) – yang  membantu badan menyerap nutrien larut
 lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
-Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
-Untuk commercial didapati dari telor, jagung & kacang soya
-Fat Emulsifier – Metabolisma lemak 
-Asid linoleik (essential fatty acid) – amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh
 menghasilkannya sendiri dan  ia perlu diambil melalui diet harian
-Kolin – satu komponen neurotransmitter
-Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
-Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :))

10 Soalan Popular Mengenai ESP Shaklee

with 0 Comment

Soalan yang sering ditanya mengenai ESP:-
1. Apa itu ESP?
Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.
2. ESP dengan Alfalfa mana paling bagus untuk susu ibu?
Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kedua-duanya bagus untuk ibu dan kesannya adalah mengikut individu masing-masing. Juga ikut budget. Alfalfa lebih murah berbanding ESP. Yang penting, kekerapan penyusuan harus setiap 3-4 jam dan sehingga payudara dikosongkan, barulah peningkatan susu berkesan.

Kebaikan ESP shaklee

3. Berapa harga ESP?
Harga ESP bagi semenanjung ialah RM150 manakala bagi Sabah Sarawak ialah RM155.
(Sila hubungi saya utk mendapatkan harga istimewa). Utk bulan Oktober 2012, dapatkan ESP pada harga promosi
4. Berapa lama tahan harga satu canister ESP?
Dengan pengambilan 3 sudu sehari, ESP boleh bertahan sehingga 1 bulan setengah.
5. Siapa yang tidak boleh ambil ESP?
Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan.
Sesuai untuk semua:
1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
2. Wanita yang ingin menguruskan badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.. no more heavy breakfast.
3. Ibu-ibu yang menyusu: Membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
4. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
5. Wanita yang mementingkan penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri..WOW!
dan lelaki, wanita, tua, muda, ibu mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, ibu berpantang, yg berdiet, nk tambah tenaga pon boleh minum ESP…anda, saya, kamu dan dia yg sihat dan ingin kekal sihat..InshaAllah.

6. Apa rasa ESP?
ESP Shaklee berperasa mild soya. Sekiranya anda tidak mnyukai rasa soya, ada pelbagai resepi lain ESP yg boleh dicuba:http://superbvitamin.blogspot.com/2012/10/pelbagai-resipi-cara-bancuh-esp.html
7. Jika order hari ni, bila boleh terima?
InsyaAllah penghantaran mengambil masa 1-2 hari bekerja bergantung kpd kawasan.
8. Jika dah amik alfalfa masih perlu ESP ke?
Boleh mengambil kedua-duanya jika berkemampuan. Alfalfa dan protein mengandungi banyak kebaikkan lain lagi yang berbeza.
9. Apa kebaikkan lain ESP?
  • Membantu pembentukan sel baru.
  • Baik untuk individu yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
  • Bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit dan rambut.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak jadi boleh share dengan anak yang setahun ke atas dan seisi keluarga.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Nak tahu lagi? kena pm saya lah....:)

10. Bagaimana nak order ESP?
Anda cuma perlu hubungi saya dan saya akan uruskan pesanan anda dengan kadar segera
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Section U5 Shah Alam, Kg Melayu Subang, Subang Perdana, Subang 2 Bestari, Bukit Subang, Denai Alam, Kota Damansara, Sungai Buloh, Ara Damansara, Bandar Utama Damansara dan Tmn Tun Dr Ismail KL

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE page fb ini utk info       
   terkini dan promosi :))


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?