Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Susu Ibu + Suplemen VS Susu Formula, Mana Lebih Jimat?

with 0 Comment
Mana Lebih Jimat?

Hai mommy-mommy yg Awesome! Hari ini saya nak kongsi siket pengalaman saya tentang breastfeed. 
Almaklumlah masa mula-mula nak breastfeed anak kedua saya ni telah mendapat tentangan dari suami saya.Tapi kini tidak lagi...:)  anak saya dah nak masuk 11 bulan dah ni. Saya masih fully breastfeeding baby saya Ilmuna Izzahra.


Banyak kebaikan bila saya amalkan susu ibu untuk bayi saya. Selain Islam menggalakannya ia juga dapat menjimatkan wang dan ekonomi keluarga. Itu yang membuat suami saya tersenyum. Katanya lebih baik beli vitamin Shaklee untuk saya dari beli susu formula. 

Ada ibu yang menganggap set breastfeeding Shaklee mahal... xmampu nak beli.. Ada yang lebih rela top up / berikan anak susu formula berbanding berusaha mencari alternatif menambah susu. Jom kita kira sendiri mana yang lebih jimat, sbb ramai yang sangat concern tentang DUIT kan ;)

JOM BUAT KIRA-KIRA - Cost comparison:

SUSU FORMULA: 
Average 1 tin RM30 - RM50 (yang mahal RM100+ 1 tin)
Sebulan 3-4 tin susu = RM150 - RM200 (average)
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM3600 - RM4800* (untuk susu formula sahaja)

SET BREASTFEEDING SHAKLEE (basic)
Vitamin C + B complex + Vitalea + Alfalfa.
1 set = 4-6 bulan
Average sebulan hanya RM60** 
Sehingga umur 2 tahun, anda perlu habiskan sebanyak = RM1440 sahaja

Tengok..berapa penjimatan yang anda telah buat.. Anda jimat average RM2160- RM3360 ;)

Jika anda perlu membuat stok EBM, untuk membeli pam, storage, bag, chiller dll average RM600* sahaja..

RM1440 + RM600 = RM2000~ sahaja untuk 2 tahun ;)
Jika anda membeli Medela Freestyle sekalipun, anda masih JIMAT dan pastinya boleh digunakan untuk anak-anak yang ke-2, 3, 4,5 kan??? ;D

Itu baru perbandingan kos untuk persediaan penyusuan susu ibu & suplemen vs susu formula.. belum lagi compare tentang khasiat, bonding antara ibu dan anak, nilai kasih sayang, antibodi dalam susu ibu dll ;)

Bonus pengambilan Vitamin Set Breastfeeding Shaklee:
# Ibu dan bayi mendapat kesihatan yang optimum

# Mencukupkan keperluan nutrisi ibu menyusu
# Susu meriah
# Bayi cepat kenyang dan membesar
# Kulit wajah lebih licin dan berseri
# Badan lebih cergas
# Tiada stress
# Ibu dan bayi jarang demam/ selsema / jatuh sakit
# Suami makin sayang ;)

Pilihan di tangan anda.. Nak berusaha FIGHT untuk penyusuan penuh susu ibu atau nak bagi bayi anda susu formula?! Paling kurang kita dah berusaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita.. usaha ambil suplemen, usaha tambah ilmu, gunakan teknik penyusuan yang betul... Tapi hasilnya, kita serahkan kepada Allah ;)



Untuk info terkini sila LIKE page FB: www.facebook.com/superbvitamin
Untuk info, konsultasi dan order boleh pm saya di superbvitamin@gmail.com atau sms/call 016-5199271

Nota: Suplemen atau Vitamin membantu menambah susu ibu dengan syarat prinsip asas penyusuan supply vs demand dipatuhi.. Pam susu 2-3 jam sekali. :)

4 Fakta Perlu Anda tahu Mengenai VITELEA

with 0 Comment

Vitalea Shaklee

Bila sebut pasal multivitamin, saya akan cadangkan VITALEA ini khas untuk anda...jom baca apa yang anda perlu tahu tentang multivitamin hebat ini...

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
 
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.

Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
4 Perbezaan Shaklee
1. Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
2. Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru.
3. Kualiti yang luar biasa
  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
4. Mengandungi nutrisi penting untuk tubuh badan
 
Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
 
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
 
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
 
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
 
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
 
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
 
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet

Dan vitalea sangat sesuai untuk sesiapa sahaja. Tak kiralah golongan pelajar, golongan yg bekerja, warga tua dan sebagainya. Untuk kanak-kanak, Shaklee ada menyediakan Vitalea For Children.

Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FB Page superb vitamin. Untuk membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS/CALL 016-5199271 atau email ke maznifaeza@gmail.com.

Set A (Set Optimum) Shaklee

with 0 Comment

Set A Shaklee

Khasiat Set A (Set Optimum) Shaklee terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri dari:
  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B Complex
  • Vita-C
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.

Siapa yang boleh mengambil set ini?

  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.
Untuk info lanjut dan konsultasi sila pm saya di maznifaeza@gmail.com atau sms/call           016-5199271 :)

Membentuk Sendi Sihat Bersama Joint Health Tablet

with 0 Comment
Adakah anda ingin kekal sihat dan bebas bergerak?


Joint Health Tablet menyokong kesihatan sendi berpanjangan. Ia mengandungi ekstrak unik Boswellia, ekstrak jagung dan nutrien penting yang lain termasuk Zink, Tembaga (Copper), Mangan, dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, JHT adalah formula sayur-sayuran 100%


Bagaimana ia berkesan?

1) Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia : Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.


2) Bertindak sebagai kusyen
Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan

3) Memelihara tisu penyambung yang sihat

Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Siapa yang memerlukan?

Sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan dewasa yang ingin mengekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak. Terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda daripada bergerak aktif, pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada and penghidap sakit sendi  atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.


Sila hubungi saya:

email: maznifaeza@gmail.com
sms/call: 016-5199271
fb: www.facebook.com/superbvitamin
blog: superbvitamin.blogspot.com

kredit to semuasihatselalu

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. Please consult your Doctor for any illness you faced
. 

Kenapa Asid folik sangat diperlukan oleh preggy mommies?

with 0 Comment
Apakah asid folik? 


Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. 


Kenapakah saya perlukan asid folik? 

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik? 

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 kubis brussels;
  • kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.


Sila maklum:

Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah. Vitamin Shaklee pilihan terbaik adalah B complex   





Cara Menyimpan Stok Susu EBM

with 0 Comment
Istimewa untuk ibu yang menyusukan anak sahaja


Sebelum kelahiran anak kedua saya pada Ogos tahun lalu, saya memang berniat untuk breastfeed bayi saya sehingga umur 2 tahun atau lebih. Hati saya mula rungsing bila mengenangkan di mana nak simpan stok EBM tu. Memandangkan di rumah saya hanya ada peti ais 1 pintu sahaja, saya telah meminta suami untuk membeli peti ais yang besar iaitu 2 pintu. Pada mulanya suami saya membantah tetapi bila diterangkan nawaitu suci saya, terus dia bersetuju. Malah kami sama-sama mencari info dan artikel bagaimana cara terbaik menyimpan stok EBM. 
Entry saya hari ini ingin berkongsi pengalaman dan cara saya menyimpan stok susu EBM saya. Selamat membaca! :)

  1) Susu fresh baru perah (Suhu bilik) 
Suhu 25c - 37c  - 4 jam
Suhu 15c - 25c  - 8 jam

Slimming Set Shaklee Untuk Pengurusan Berat Badan

with 0 Comment
Siapa mahu kurus?


Salam buat pengunjung setia blog kesihatan Superb Vitamin
Didoakan anda semua sihat,gembira,ceria dan bahagia..Hari ini saya memilih satu rangkaian produk Shaklee lagi yang mendapat sambutan hangat sekarang ini..kerana ramai yang PM dan email saya  tentang masalah Perut Menggeleber & Tubuh Gemuk dan memang ada dikalangan mereka yang mahu mencuba agen pencegah kegemukkan dari dalam dan luar tubuh badan ini...jeng..jeng..jeng..inilah rangkaian slimming produk yang saya nak anda semua cuba..Yang paling  utama Produk ini Halal, selamat dan paling best sangat berkesan tau.


Cadangan Superb Vitamin


Ala untuk Ibu menyusu tak ada ker?..Jangan Risau untuk Ibu menyusu dan ingin tampil langsing pun ada..Haaa ini dia.

Gejala Muntah Makanan Untuk Kurus

with 0 Comment

Sengaja muntah makanan

MEMILIKI bentuk badan cantik dan langsing seperti Victoria Beckham, Jennifer Aniston, Kate Moss dan Paris Hilton sering menjadi idaman wanita di seluruh dunia. Tidak hairan kaum Hawa sanggup melakukan apa saja bagi memastikan impian mereka tercapai.
Ada yang sanggup membelanjakan banyak wang semata-mata mahu mendapat bentuk badan idaman, tidak kurang juga ada yang tidak kesah diri mereka ‘sakit’ asal cita-cita tercapai.
Tabiat pemakanan tidak sihat seperti makan terlalu banyak pada satu-satu waktu dan diikuti dengan usaha membuangkan apa dimakan, sama ada memuntahkan semula atau menggunakan ubat bagi membuang makanan dengan kadar cepat, sering dilakukan pesakit yang terlalu obses terhadap bentuk badan atau bulimia. Apa itu bulimia? Jom kita baca....

Set Penyusuan Mana yang Sesuai?

with 0 Comment

Set-set penyusuan Shaklee

Alhamdulillah set penyusuan Shaklee mendapat sambutan ramai khususnya para ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan tetapi ramai juga ibu yg mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna turut mengambil set ini. 

Berikut adalah set-set penyusuan Shaklee;
Jom kita baca! :)

Berikan Yang Terbaik Untuk Kandungan Anda

with 0 Comment
Mahu baby dalam perut jadi Genius?

Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi. Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

Adakah Vitamin Penting Ketika Hamil?

with 0 Comment
Set penuh kehamilan


Salah satu saat terindah dalam hidup wanita adalah ketika sedang mengandung. Tak kiralah sedang mengandung anak pertama atau yg seterusnya. Memang setiap saat adalah memori yang paling manis untuk dikenang.
Dan satu perkara yang sinonim dengan waktu mengandung adalah pengambilan vitamin bagi membantu tubuh ibu bersedia utk pembesaran bayi didalam kandungan. Dalam pada ibu begitu berhati-hati tentang food intake nya, si ibu patut juga mengambil tahu tentang vitamin apa yg BOLEH dan TAK BOLEH diambil ketika sedang mengandung. Apakah vitamin itu? Jom kita lihat....

Set EU-Four Pack

with 0 Comment
Kepentingan setiap vitamin dalam Set EU-Four pack


Hari ini inbox email saya bertubi-tubi masuk. Ramai yang bertanyakan yang mana satu paling baik set B yang ada Alfalfa atau Set Eu-Four Pack?"

Jawab saya jujurnya, Eu-Four Pack lebih baik dan ianya selamat untuk ibu dan anak. Ini kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan 1000mg kalsium setiap hari dan ini telah lengkap dalam Eu-Four Pack.

Dengan Eu-Four Pack, ibu yang menyusu tidak perlu risau jika mereka mengandung dan mahu meneruskan penyusuan kerana ia selamat untuk bayi juga. Jika set B, alfalfa tidak sesuai dimakan oleh ibu yang menyusu dan waktu yang sama mengandung kerana berisiko untuk keguguran.

Tun Dr Mahathir Pun Makan Vitamin Shaklee

with 0 Comment

5 rahsia kekal sihat cara Tun Dr. Mahathir

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 85 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

Vitamin Cinta

with 0 Comment

Hangatkan kembali keintiman suami isteri dengan Vitamin E


Seperti yang kita sedia maklum, Vitamin E sudah sinonim dengan kecantikkan kulit. Di sebalik kecantikkan kulit, Vitamin E juga turut dikenali sebagai Vitamin Sex . Membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah "dingin selepas bersalin" ).

Berusia Namun Tampak Lebih Muda dan Anggun

with 0 Comment
Shaklee Collagen Powder dapat melambatkan proses penuaan anda


Tua adalah fitrah manusia.
Semua orang akan jadi tua... kecantikan yang diberikan ALLAH pasti akan pudar satu hari nanti...
Kita tidak dapat menahannya...tapi kita boleh melambatkan proses tersebut.
Rasanya... semua orang ingin sentiasa dilihat cantik dan muda.




Pernahkah anda tertanya tanya apakah "the BEST beauty product of all ?"
  • Botox ke ?
  • Cosmetic Creame ke ? Estee Lauder, SK II, Lancome ??
  • Plastic Surgery ke ? 
Sudah lama ditunggu. Akhirnya  alhamdulillah produk terbaru Shaklee sudah dilancarkan dan berada dipasaran pada 9 Jun yg lalu... Selongkarlah rahsia kesempurnaan kesihatan kulit anda dengan PRODUK BARU SHAKLEE COLLAGEN POWDER!


Cergas & Bertenaga Walaupun Berpuasa!

with 0 Comment
Mesti dah ramai yang start ganti puasa ataupun yang mengambil kesempatan menambah amal ibadat dengan berpuasa sunat semperna bulan Rejab dan Sya'ban kan? Alhamdulillah, semoga ibadah anda diterimaNya. Amalan berpuasa baik untuk kesihatan seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, namun penting untuk kita memastikan badan kita sihat untuk menjalankan ibadah ini tambahan pula saya masih menyusukan anak saya. Saya amalkan pengambilan suppliment untuk memastikan saya kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Saya kongsikan disini polar pemakanan saya ketika berpuasa.


BERSAHUR

1. Meal Shake/Protein – membekalkan tenaga kepada tubuh di samping itu ia mengenyangkan
2. Performance Drink– mengekalkan cecair di dalam badan dan membantu mencegah penghidratan(prevent dehydration)
3. Vita-Lea – menentukan anda mendapat vitamin dan zat galian yang lengkap
4. Vitamin C – bertindak sebagai “pagar” penyakit/meningkatkan daya imunisasi badan untuk melawat penyakit
5. B-Complex – menukarkan makanan kepada tenaga, membantu proses metabolisma badan



BERBUKA

1. Performance Drink – mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah penghidratan(dehydration)
2. Energizing Soy Protein – memberi anda tenaga yang anda perlukan sambil merasa kenyang
3. Vita-Lea – memberikan anda vitamin lengkap yang badan perlu
4. B-Complex – berfungsi seperti “spark-plug” membakar makanan kepada tenaga
5. Vitamin C – melindungi anda daripada serangan penyakit
6. Lecithin – membantu pecah lemak dan proses penyerapan vitamin




SELEPAS TARAWIH ? SEBELUM TIDUR

1. Performance Drinkmengekalkan cecair di dalam badan dan membantu mencegah penghidratan(prevent dehydration) dan mengantikan air yang telah hilang,memberi tenaga karbohidrat yang badan perlukan dan juga daya ketahanan serta keseimbangan unik elektrolit (balance of electrolytes) untuk mencegah penghidratan(dehydration)
2. GLA – membantu sistem hormon badan berfungsi dengan baik
3. Lecithin – pemecah lemak



Diatas adalah apa yang saya amalkan ketika berpuasa, sebab saya selalu ambil kesempatan ketika berpuasa untuk menurunkan berat badan yelah kan nnt raya nak nampak slim dan vogue gitew! Tahun ni adalah tahun pertama saya berpuasa bersama SHAKLEE. Sangat teruja. Anda boleh plan sendiri polar pemakanan anda berdasarkan kebaikan2 suppliment diatas. Kita sama2 tengok hasilnya nanti ye.


Kredit: Aniszzddin


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya di maznifaeza@gmail.com | SMS/016-5199271 | add saya di FB Maznifaeza Mustaffa untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage SuperbVitamin untuk tips kesihatan/kecantikan.



*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Testimoni Set Triple M Shaklee

with 0 Comment

Perlukan milk booster?

Ramai ibu yang sangat berpuas hati dengan SET TRIPPLE M** ini. Alhamdulillah.

TIGA TESTIMONI untuk anda. Sekadar perkongsian.

Striving For Better Health

with 0 Comment
Terjumpa poster yang menarik ini di internet lalu saya postkan untuk pembaca tercinta blog ini. Sebagai peringatan kita semua tentang dunia kesihatan. 



Oh ye! Bulan ni adalah bulan Vitamin E, so, we will share loadss of infos on Vitamin E with you thru this blog, inshaALLAH.

Rahsia Ustaz Don Semasa Bayi

with 0 Comment

Gara-gara menyusukan Ustaz Don, ibunya berhenti kerja

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.
“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

Benarkah Set Penyusuan Shaklee tidak berkesan?

with 0 Comment

Set Penyusuan Shaklee tidak berkesan?


Sepanjang saya aktif dalam melibatkan diri dalam perniagaaan supplement ini. Pelbagai persoalan yang dihujani kepada saya. Ada yang gembira dengan perubahan yang berlaku dan ada juga yang kecewa dengan tiada perubahan yang berlaku.

Seperti yang saya selalu tekankan kepada ibu-ibu yang menyusu. Supplement ini adalah makanan tambahan yang membantu untuk menambahkan nutrien yang tidak mencukupi daripada pengambilan makanan harian. Keberkesananya juga bergantung kepada tahap kesihatan badan anda. Jika badan anda tidak cukup nutrien sebelum ini. Jadi tugas supplement ini adalah untuk top up semula mana-mana bahagian yang tidak mencukupi. Jadi kesannya akan lambat berbanding badan sesetengah individu yang sedia ada menjaga kesihatan sebelum ini. Muhasabah diri itu penting. Adakah anda menjaga kesihatan anda sebelum ini? Macam mana corak pemakanan anda, adakah seimbang atau sebaliknya? Semua itu memainkan peranan penting.

Mighty Triple Gem Untuk Lebih Tenaga Ketika Berpuasa

with 0 Comment
Lebih bertenaga di bulan Ramadhan dengan Shaklee
Bagi anda ibu-ibu menyusu, kadang2 rasa gusar nak berpuasa sebab takut tak tahan lapar dan takut production susu merudum kan??

Jangan Risau..ESP, Mealshake & PD boleh membantu anda..InsyaAllah dengan izin Allah, ibadah puasa anda akan berjalan lancar... 

Jom kita siapkan diri kita untuk ganti puasa sampai habis & sambut Bulan Ramadhan dengan hati terbuka....:-)

Vitamin Untuk Isteri Yang Sayang Suami

with 0 Comment

Hadiahkan suplement untuk suami
Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan.. Sayang suami?..
Jagalah kesihatan dan penampilan.
Bila isteri amalkan suplemen Shaklee, isteri makin cergas, ceria, berseri… Bagaimana dengan suami pula?
Suami juga harus sentiasa sihat, tampil bergaya,dan ‘perform’ kan ;)

Kolestrol Pembunuh Senyap.

with 0 Comment
Memerangi kolestrol bersama Shaklee


Ramai orang takut apabila memperkatakan mengenai kolesterol dan mula mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan paras kolesterol dalam badan. Namun begitu, tahukah anda perasaan takut mengenai kolesterol akan terus menghantui hidup anda seandainya anda masih tidak mampu mengamalkan cara hidup sihat?
Menurut Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nurul Farhanah Md Fozi, anda adalah apa yang anda makan dan tiada jalan pintas untuk mendapat kesihatan sempurna melainkan menerusi pemakanan seimbang dan menjalani kehidupan aktif.

Breastfeeding Mom perlu lebih nutrisi dan tenaga!

with 0 Comment
Jangan ambil mudah keperluan nutrisi dam vitamin untuk ibu yg menyusukan bayi.


Ramai yang fikir wanita mengandung memerlukan lebih nutrisi & tenaga daripada wanita biasa dan wanita yang menyusu anak. Sebenarnya anda silap!!



Anugerah Kepada Wanita

with 0 Comment

Kemuliaan ibu mengandung dalam Islam

Bertuah jadi wanita ni. Semua buat dapat pahala.. dan semestinya mengandung tu masa yg menyeronokkan bagi setiap ibu, tak kurang juga sangat mencabar bagi sesetengah ibu yang lain.Yang pastinya, semua yang Allah bagi ada ganjarannya. Dan sesungguhnya, bila kita tengok ganjarannya, rasa sangat sedikit ujian yang Allah bagi, berbanding ganjarannya yang sangat besar.. Subhanallah..


  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

Slimming Set Shaklee

with 1 comment
Detox, bakar dan protein

Secara asasnya, utk diet... Anda perlu 3 => DETOX + BAKAR LEMAK + PROTIEN



  • Kenapa kene detoks? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)

Nak Cepat Kurus?

with 0 Comment

3 prinsip asas untuk kurus
Apakah cara nak cepat kurus? Diet yang ketat? Hmm sayangnya itu bukan cara yang baik. Kerana ramai yang ‘salah diet’. Misalnya hanya makan buah saja, atau mengurangkan makan hingga kekurangan zat. Malah ada yang menjalani senaman keras sehingga mencederakan diri sendiri.
Jadi, bagaimanakah cara untuk kurus tanpa memudaratkan diri sendiri?
Pastikan anda mengikuti 3 prinsip asas ini:
3B
- bersih
- bina
- buang
Apakah yang diBERSIHkan, diBINA, dan diBUANG ini?

Vitamin Untuk Anak Tersayang

with 0 Comment
Mencari supplement untuk anak tersayang?


Risau anak makan tak seimbang, Tercari-cari supplemen untuk anak? mana yang sesuai/ mana yang bagus?


Risau anak selalu berulang ke klinik, kerap batuk, selsema, demam... 
Dari makan ubat lebih baik makan supplement. Sekurang-kurangnya anak akan bertambah sihat.

Saya pasti Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak2..
dapatkan mealshake, omegaguard dan juga vitamin C untuk anak anda hari ini



Jom kita lihat kebaikan produk ini satu persatu

Testimoni - Anak Susah Makan

with 0 Comment

Kini ibu-ibu tidak pening kepala lagi!

Ibu2 mesti pening kepala, risau kalau anak seorang yang picky eater..jangan risau anda boleh cuba dengan Meal Shake.


Mari kita lihat apa kata ibu-ibu yang telah mencuba mealshake:
FB Name: Azra Balqis Irdina
“bgus jugak mealshake nie ye..ank sy dlu x mo mkn..ble nk bg mkn msti nyorok blakang pintu..skrg lepas sy bg die mealshake..mkn mcm x ingt dunia..ble x bg mkn msti mrh..skrg sayur2 pon die mkn..dlu die paling benci kt sayur..gembira hati sy tgk die da berselera..pipi pon da berisi..”
FB Name: Zabrina Ar.
“Baru 2 hari bagi zara mealshake…selera makan dia bertambah..asyik nak nyam2 je…hehehe…”

FB Name: Haslina Hamat
“anak sy 5 thn sblm ni pun mmg xnak mkn ns..lepas amik mealshake , terus ada slera mkn.alhamdulillah..tp bdn xder la terus gemukss..ok la..slera mkn mbuak2 tu ada..siap kul 12 mlm minta ns lg…huhu..sahur pun bgn mkn ns..kuikuikui…thank to Nur Hidayu.”
FB Name: Lydzar Rusman
“Sambil-sambil saya bervitamin, saya beri juga anak-anak saya vits for kids. Vitalea, chewable vita-C, mealshake dan Omega guard. Saya suka sgt sbb since dorang makan mealshake, selera anak dah mula bertambah. Tak perlu dh saya kejar sane sini nk suapkan makan. Malah dorang boleh duduk dan makan sendiri..Alhamdulillah..”
FB Name: Rini Shariff.
“Anak saya mikail mmg susah sgt nak makan.sgt2 cerewet…nasi tu mmg tak makan la…badan mmg kurus sgt 6 tahun. so saya bancuh mealshake + susu dugro coklat bagi dia minum…alhamdulillah selera semakin ok..”
kredit to http://mumlovbabyshoppe.blogspot.com 
Anda mempunyai masalah yang sama dengan saya dan ibu-ibu ini? Apa kata anda cuba berikan anak anda Vanilla Meal Shake ini.. Rasa dan Aromanya yang lazat mampu membuka selera makan anak-anak anda.

Ops saya nak belanja uols dengan video ini. Kisah seorang ibu yang sangat gembira sejak mengamalkan mealshake Shaklee. Jom kita tonton!




Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?