Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Mengapa Rasulullah Melarang Kita Mendoakan Pengantin "Semoga Bahagia Dan Ramai Anak" ?

with 4 comments

Selamat pengantin baru!




Ketika Uqail bin Abu Thalib radhiyallahu ‘anhu menikah. Di tengah kebahagiaannya, ia merasakan kegundahan saat mendengar tetamu mendoakannya dengan mengucapkan
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
Semoga bahagia dan ramai anak”

Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”

“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’

Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini.  

Hukumnya Makruh

Para ulama menerangkan bahawa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak pula haram kerana dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, ramai anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang. Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” bukanlah doa yang tepat.

Doa yang lebih baik dan barakah

Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan ramai anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”

Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki ramai anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepatutya benar,belum tentu menjadi kenyataan bagi setiap orang.

Sebagaimana fasa kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua perkara,

  • Perkara yang manis
  • Perkara yang pahit 
Kadang kala kita mengalami perkara yang kita inginkan dan perkara yang tidak kita inginkan. Ada perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, dan ada juga perkara yang merunsingkan kita. Jadi kita doakan perkahwinan itu sentiasa ada barakah. Inilah yang  lebih baik daripada kita doakan “bahagia dan ramai anak.”

Jadi kita patut mendoakan pengantin muslim sentiasa mendapatkan keberkatan baik dalam setiap perkara yang mereka akan hadapi nanti. Contohnya saat mereka diluaskan rezeki oleh Allah, mereka berada dalam keberkatan dengan sikap syukur dan banyak bersedekah dan infaq. Ketika mereka berada dalam kegawatan masalah, mereka juga berada dalam keberkatan dengan sikap sabar dan iffah-nya.

Ada suami isteri yang bahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru.  Kita mengharapkan mereka memperolehi banyak kebaikan, kebahagiaan dan hidup harmoni. 

Jom kita tengok video ini. Pasangan suami isteri ini menghadapi sedikit kesulitan pada awalnya. Betul orang cakap setiap kesulitan pasti ada rahmatnya. Apa kisahnya? Jom kita tengok video ini! 


Perlu diingat tak semua pasangan suami isteri memiliki anak yang banyak. Allah pun tidak pernah berjanji kepada kita bahawa berkahwin mesti dikurniakan anak. Jadi amalkan doa yang diajar Rasulullah SAW itu untuk mendoakan kebahagian pengantin baru.


Setiap pasangan pengantin baru jangan lupa klik link di bawah ini:

Tips Mengetahui Tanda Awal Kehamilan

Set Kesuburan Suami Isteri Bantu Cepat Hamil



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.


4 comments:

  1. Membuka mata saya baca entry ni, terbaik lah, saya belajar dari kesalahan, mohon share ye entry ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear. tqvm krn sudi membaca entri ini. Yg mana yg baik tu dialu2kan share. :)

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian ni sis :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?