Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

10 Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Masuk Syurga

with 0 Comment

Siapa tak nak masuk syurga?


Masa kecil dulu selalu dengar carta pujaan 10 Nescafe di radio yang berkumandang saban Ahad setiap minggu. Bila menjengah alam remaja carta RIM kelolaan Afdlin Shauki selalu menjadi tumpuan di kaca televisyen setiap Ahad. Hari ini pelbagai carta top 10 diadakan. Kenapa manusia suka dengan carta?



Kaki bola pasti asyik dengan carta 10 gol tercantik BPL atau 10 gol tercantik Luiz Suarez di Liverpool. Remaja pula mungkin dengan carta 10 artis paling diminati atau pun 10 artis K-Pop paling digilai! Namun kita seakan terlupa dengan carta 10 sahabat Rasulullah saw yang dijamin masuk syurga. Siapakah 10 sahabat itu? Adakah kita tahu?

1. Abu Bakar al-Siddiq

Sahabat Rasulullah saw yang paling rapat dan akrab merangkap bapa mertua baginda. Sabda Rasulullah yang bermaksud, "Orang yang sanggup bekorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam islam." (Riwayat Muslim)

2. Umar al-Khattab

Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah saw. Juga merangkap bapa mertua baginda. Sebelum masuk Islam, seluruh penduduk Mekah merasa takut kepadanya. Umar memeluk islam setelah mendengar surah Thoha yang dibaca oleh adiknya. Beliau sangat keras dalam membela agama Allah.

Di zaman pemerintahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari timur hingga ke barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluknya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah, rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Uthman bin Affan

Sayangnya baginda kepada Uthman sehingga mengahwinkan dua orang puterinya dengan beliau. “Orang yang paling kasih sayang di antara umatku adalah Abu Bakar dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi)

Uthman adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan, pernah Uthman yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Uthmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Uthman merintis penulisan Al Qur’an dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar.


4. Ali bin Abu Talib

Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah saw. Biarpun masih muda, pemikiran Ali seperti  orang dewasa, tubuhnya perkasa dan bersemangat waja. Beliau tidak teragak-agak mengirbankan diri demi Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Ali, maksudnya, "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa. Tetapi tiada nabi selepasku." (Riwayat Muslim)

5. Talhah bin Ubaidillah

Seorang saudagar berjaya. Namun dia keluar dari comfort zone dengan memeluk Islam. Natijahnya badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. 
Talhah masuk islam pada awal datangnya Islam di Mekah. Turut serta dalam Perang Uhud dan peperangan setelahnya. Dia tidak turut dalam Perang Badar karena saat itu ia di Syam untuk berdagang. Tetapi Rasulullah saw memberikannya harta rampasan pPerang Badar dan menetapkannya sebagai ahli Badar. 

6. Zubair bin al-Awwam

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah saw daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah baginda. Selain itu beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar iaitu kakak Aisyah.

Kepahlawanan Zubair ibnul Awwam pertama terbukti dalam perang Badar ketika beliau berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Zubair ibnul Awwam berhasil menombak kedua matanya sehingga musuhnya tersungkur dan mati sekaligus membuatkan pasukan Quraisy ketakutan.

7. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Dalam perang Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firmanNya sebagaui pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya, " Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasulnya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Surah al-Mujadalah 58:22)

8. Saad bin Abi Waqqas

Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir melakukan mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati, "Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."

Allah berfirman, "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepadaKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15)

9. Sa'id bin Zaid

Adik ipar kepada Ummar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Rasulullah. Beliau masuk Islam pada awal kemunculan Islam di Mekah. 

Ramai orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar kerana Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan pemuarah.

10. Abdul Rahman bin 'Auf

Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya.
Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri baginda selepas kewafatan baginda.

kredit: Solusi isu no49



Terima kasih kerana sudi membaca carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Semoga menjadi inspirasi kepada semua muslim sejati. Kita hendak masuk syurga tetapi kita tidak tahu golongan yang telah berjaya mendapat tempat di sana. Ia menjadi motivasi kepada kita dengan moto hidup, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.




0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?