Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Siapa yang Sesuai Mengambil Nutriferon?

with 0 Comment

Salam ceria semua. Hari ini saya nak cerita tentang Nutriferon. Siapa yang sesuai mengambil Nutriferon? Jom kita baca.....


Setiap hari sepanjang masa (24 jam x 7 hari) tubuh kita sentiasa terdedah dengan ancaman dari jutaan mikroorganisma berbagai-bagai jenis sama ada ianya baik atau sebaliknya.Oleh sebab itu kita perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan ketahanan tubuh kita supaya tidak mudah diserang dan mengakibatkan demam atau jangkitan yang tidak diingini.

Shaklee Nutriferon ialah granules dari sumber tumbuh-tumbuhan,yang berfungsi menggalakkan INTERFERON untuk menyokong sistem imun kita.

Apa itu Interferon?




Sejenis protein yang dihasilkan badan untuk melindungi sel dari serangan VIRUS.
Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima pada tahun 1954. Setelah membuat selama 40 tahun, Dr. Kajima berjaya membangunkan Interferon semulajadi , satu-satunya di dunia iaitu Shaklee Nutriferon. Info lanjut mengenai Nutriferon sila klik di sini.


Kebaikan utama Nutriferon ialah:
  • Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
  • Melawan kanser dan tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang immunoglobulin melawan sel tumor dan kanser. Ia juga mengurangkan ketidakselesaan semasa dan selepas rawatan kimoterapi.
  • Melindungi dari influenza - termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza
  • Mengurangkan stress dan kelesuan
  • Melambatkan penuaan - formula Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag yang mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
  • Mengurangkan infeksi pesakit Hepatitis B & C
  • Mengurangkan masalah berkaitan Menopos
  • Mengurangkan PMS - terbukti secara klinikal mengurangkan simptom semasa haid, akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit pyudara, jerawat dan mood swing.




Siapa yang sesuai mengambil Nutriferon?

  • Mereka yang mengalami masalah alahan seperti resdung, asma dan selsema
  • Mereka yang ingin mengurangkan simptom kimoterapi
  • Pesakit Hepatitis B dan C
  • Wanita yang menopos
  • Wanita yang mengalami masalah PMS
  • Warga emas
  • Mereka yang selalu sibuk, kurang tidur dan stress
  • Mereka yang suka travel atau melancong ke luar negara

Nutriferon terbaik untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Boleh diambil seminggu sekali dan setiap hari jika perlu. Bagi individu yang sering sakit-sakit, demam-demam boleh cuba ambil nutriferon untuk kuatkan sistem imun badan anda. Sangat berbaloi..

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Perancagan Allah adalah yang Terbaik Untuk Kita. Allah Maha Mengetahui

with 0 Comment
Saya sudah cuba yang terbaik, tapi....

Salam ceria semua! Semoga anda sihat selalu. Tak mahu rungsing-rungsing dan murung selalu. Kena sentiasa positif dalam kehidupan. Yang berlalu biarkan ia pergi. Pandang ke hadapan sambil kenangan lalu dijadikan sebagai panduan.

Seminggu lebih saya tak updet blog. Saya hanya merancang. Saya sudah buat yang terbaik. Tapi perancangan Allah adalah terbaik buat kita. Ada hikmah yang tersembunyi tidak ketahui oleh kita. Apa yang penting kita perlu redha dan tabah serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi rahmat kepada kita.

customer keutamaan saya. Sedang packing vitamin walaupun masih di hospital

Oh ye, saya baru sahaja keguguran kandungan pada minggu lepas. Doktor kata no heart bip pada kandungan saya yang berusia 11 minggu. Terpaksalah buat DC. Kini saya terpaksa menjalani tempoh berpantang. Memang sedih bila berpantang tiada bayi di sisi. Apa pon saya mengambil pendekatan positif. Saya redha dan ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tapi takpe. Bisness Shaklee ini tetap diteruskan. Selagi ada kudrat dan hayat bissness ini dapat dijalankan 24 jam sehari 7 hari seminggu. Walaupun berpantang tangan tak berenti menggodek hp melayan customer. Segala urusan pos vitamin diuruskan oleh hubby saya. Jangan risau yek kenkawan. Kedai Superb Vitamin sentiasa dibuka.

Kalau nak order vitamin boleh hubungi saya seperti biasa yek. :)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

with 7 comments

Penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung adalah penting!


Salam ceria semua! Jangan murung-murung. Hari ini jom kita fikir yang baik sahaja. Oleh itu jemputlah baca nukilan entri saya kali ini. Saya nak berkongsi kebaikan Set Shampoo rambut untuk wanita yang bertudung. Best tak entri kali ni? 


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee


Jangan nak tipu saya! Siapa sini yang tak pernah menggaru kepala? Adakalanya kita kurang selesa apabila sering menggaru kepala yang gatal-gatal, berkelumumur, selain berminyak dan bercabang di hujung rambut. 

Wanita bertudung tidak mempunyai alasan untuk tidak menjaga rambut dengan membiarkan tidak terurus dan kusut masai. Walaupun tidak terdedah dengan pencemaran alam sekitar, wanita yang bertudunglah yang patut utamakan penjagaan rambut dalam tudungnya itu.

Pakai tudung tu wajib kerana aurat wanita. Apabila kita pakai tudung rambut dan kulit kepala terperap lama dalam tudung. Ini menyebabkan rambut tidak bernafas dan udara tidak dapat masuk dengan baik. Keadaan ini akan mengundang kulit kepala menjadi gatal dan berkelumumur, selain berminyak dan hujung rambut bercabang. Oleh itu kita mesti rajin mencuci rambut sekurang-kurangnya 2 kali sehari bagi mengelakkan kulit kepala kita lembap dan berminyak.

Perkara yang paling penting sekali untuk menjaga rambut ni adalah pemilihan shampoo yang sesuai. Jom kita baca kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee ini. Produk ini adalah bebas kimia dan selamat digunakan.


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


Kebaikan set penjagaan rambut ProSante Shaklee
Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung
Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
  6. ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Berikut adalah cadangan aturan penggunaan Set Penjagaan Rambut ProSante


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Mari kita baca apa kata mereka yang telah menggunakan Set Penjagaan Rambut ProSante ini


Testimoni set penjagaan rambut ProSante Shaklee


ProSante Shampoo Rambut Untuk Wanita yang Bertudung

Rambut adalah mahkota wanita. Maka jagalah rambut ini sebaik-baiknya. Wanita yang bertudung tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menjaga rambutnya. Boleh dapatkan ProSante Shampoo rambut untuk wanita yang bertudung. Nak rambut cantik tak?

Orang kata tak kenal maka tak cinta! Jom kita tonton video 2 minit ini. Kisah suami sangat takut dan bimbang bila melihat isterinya mengalami rambut gugur yang kronikk! Jom layaaaanz!


Rambut Gugur Merimaskan, Terutama Wanita Bertudung Ini... from iReach HD on Vimeo.



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini







Tingkatkan Sistem Imun Diri dengan Nutriferon Shaklee

with 0 Comment

Interferon semulajadi di dunia


Salam ceria semua! Agak bersawang blog saya ini lantaran kesibukan rutin harian bekerja, menjadi isteri, ibu dan preggy mommy. Tingkatkan sistem imun diri dengan nutriferon Shaklee

Hari ini saya nak sharing siket ilmu baru sempena dengan promosi April ini iaitu Nutriferon. Sebelum tu kita kenal dulu dengan interferon. Apakah interferon ni? Kalau tengok dlm wikipedia memang lengkap dan panjang lah. Jom baca ringkasannya..

Apa itu interferon
Interferon adalah sejenis hormon yang berfungsi sebagai perisai atau penting dalam pertahanan terhadap virus infection. Kiranya, bila badan kita ni diserang oleh virus2 , bakteria atau protozoa ke, Interferon ni lah memainkan peranan penting untuk melindungi sistem badan kita..kalau tanpa interferon ni badan akan selalu jatuh sakit. 

Senario dunia sekarang, setiap kali kita makan, bernafas, sentuh itu ini, kita terdedah dengan jutaan virus/bakteria jadi immune system memang kena kuat! Apabila banyak kuman dan bakteria menyerang kita pada suatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur, dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dll. sel-sel yang teroksida dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser sebagainya. Jadi kita kenalah tingkatkan sistem imun diri dengan nutriferon Shaklee.

Khasiat nutriferon shaklee

Apa pula Nutriferon?


Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakansatu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
4 Ekstrak tumbuhan dalam nutriferon
Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. 
Dia telah berjaya menetapkan bahawa extrak daripada 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflawor, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago; mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Apakah kepentingan setiap satu komponen yang ada ini? Jom kita baca

Khasiat nutriferon shaklee
1. biji labu – merangsang pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh. menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser

Khasiat nutriferon shaklee
2. biji plantago asiatica – mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun

Khasiat nutriferon shaklee
3. honeysuckle jepun – menentang pencerobohan virus dan kuman

Khasiat nutriferon shaklee
4. bunga safflower – menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman

Bila rasa tak sihat saya akan ambil sepeket nutriferon. Alhamdulillah, kalau saya atau anak-anak saya demam cuma sehari jer. Sembuh!
Sekarang ni bekalan nutriferon sentiasa ada di rumah. Bila tak sihat boleh ambil sahaja. Semasa sihat boleh ambil sepeket seminggu untuk kuatkan sistem imunisasi. Jom tingkatkan sistem imun diri dengan nutriferon Shaklee

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Sakit Sendi dan Lutut Saya Hilang dengan Vitamin Shaklee

with 9 comments

Set vitamin sakit sendi dan lutut terbaik!


Hari ini rindu saya terubat kerana dapat update blog saya. Rindu saya terhapus kerana dapat berkongsi sesuatu yang baik dengan pengunjung blog saya ni. Apa khabar semua? Semoga sihat dan dipermudahkan rezeki semua!

Saya nak kongsi kebaikan set xtravaganza vitamin sakit sendi dan lutut. Sebelum tu saya nak tanya apa itu sendi? Kena faham apa itu sendi dan peranannya.




Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit sendi ini? Senang sahaja. Amalkan tiga kaedah ini:


Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang... kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.



Ini testimoni kebaikan Advanced Joint Health





Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!

Sakit sendi dan lutut saya hilang dengan vitamin Shaklee : Advanced Joint Health tablet, Ostematrix dan Omegaguard. Jom dapatkannya cepat dan pantas denga klik gambar di bawah ini:



ATAU





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:


♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?