Boleh baca tapi jangan percaya 100%
Hahahaha, entri kali ini santai sedikit. Asyik nak buat entri serius jer. Kali ini saya nak kita relaks-relaks minda sambil baca apakah tanda-tanda seorang isteri hamil anak perempuan. Hasil dari pengalaman saya dan juga cakap-cakap orang lama maka dapat disimpulkan tanda-tanda yang menentukan jantina bayi berdasarkan keadaan isteri mengandung. Jom baca dan saya sangat seronok untuk berkongsi dengan pembaca blog saya kali ini.
Ingat ya! Jangan percaya 100%. Mungkin ada benar atau secara kebetulan. Jadi janganlah meroyan dan meraban teben jika keluar nanti bukan jantina bayi yang kita idamkan.
Tanda-tanda isteri hamil anak perempuan
- Isteri mengalami morning sickness yang agak teruk. Adakalanya berterusan sehingga kelahiran
- Degupan jantung bayi lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Ibu hamil merasakan beban berat pada pinggul
- Payudara kiri lebih besar dari kanan
- Lihatlah perut isteri, adakah ia semakin bulat.
- Perut ibu hamil nampak “tinggi”.
- Ibu hamil suka tidur mengiring ke kiri
- Isteri yang mengandung suka makanan manis dan sukakan buah-buahan
- Jadi lebih cerewet ketika hamil
- Ibu mengandung jadi lebih moody dari kebiasaan
Bayi perempuan |
Tanda-tanda isteri hamil anak lelaki
- Isteri tidak mengalami alahan atau morning sickness yang teruk. Ada sesetengahnya tidak mengalami apa-apa alahan langsung.
- Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
- Ibu hamil sukakan makanan yang masam dan masin
- Ibu hamil juga selalu sakit kepala
- Lihatlah perut isteri, adakah ia memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”
- Perut ibu mengandung nampak “rendah”
- Ibu hamil suka tidur mengiring ke kanan
- Wajah isteri kelihatan lebih berseri ketika hamil
- Hidung ibu hamil tampak lebih mekar
Bayi Lelaki |
Jadi macam mana? Para suami yang isteri mengandung pergilah ulik-ulik isteri anda tu. Adakah dia sedang mengandung baby girl or boy? Hahahahahah
Tapi kalau nak lebih tepat, pergilah buat scan. Apapun ini semua rezeki Allah. Tak kisah lelaki ke perempuan tapi yang penting bayi dan ibu sihat walafiat dan dipermudahkan urusan bersalin nanti.
Oh ya! Lupa saya nak beritahu. Kepada ibu-ibu yang sedang hamil pastikan marhalah kehamilan uols kali ini berlaku dengan perasaan yang ceria, gembira dan sihat. Tiru macam saya. Semasa saya mengandung diri saya sihat, bayi dalam kandungan pun sihat dan rasa ceria sahaja. Nak tahu apa yang saya amalkan? Jeng... jeng.. jeng...
Inilah yang saya amalkan. Set Ibu Hamil Cergas
♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 019-2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.