Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bayi Kita Diberi Makan?

with 0 Comment


Assalamualaikum dan salam ceria untuk pembaca blog Superb Vitamin. Sebelum baca entri ini pastikan uols tahu di mana setiap ahli keluarga kita berada. Almaklumlah Malaysia ini tetap aman walaupun saban waktu ada sahaja jenayah yang berlaku berhampiran rumah kita. Sayangilah keluarga kita! Kena alert! Malang tidak berbau.

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bayi Kita Diberi Makan?
Iman berusia 3 bulan
Hari ini saya nak berkongsi mengenai dilema yang sering berlaku kepada ibu terutamanya yang baru bergelar ibu. Percayalah hati ibu pasti sering bersuara, "Baby aku ni dah boleh diberi makan ke? Cepat sangat kelaparan." Tetiba kita teringat pula kata-kata jiran sebelah rumah Jenifer Lopez, "Saya beri anak saya makanan pejal ketika dia berusia 3 bulan. Okay jer. Takde masalah pun." Macam mana ni? Bilakah masa sesuai untuk bayi kita diberi makan?

Kementerian Kesihatan menyarankan supaya penyusuan susu ibu secara ekslusif sehingga bayi kita berusia enam bulan. Selepas enam bulan, susu ibu dikatakan tidak dapat memberikan bayi  nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi. Oleh itu sumber makanan lain diperlukan. Boleh beri  makanan kepada bayi umur 6 bulan secara beransur-ansur mengikut pertumbuhan bayi dan yang bersesuaian dengan perkembangan dan keupayaan bayi. Walaubagaimanapun penyusuan susu ibu tetap diteruskan kerana Islam menuntut ibu menyusukan bayi sehingga  berumur 2 tahun. 

Kenapa bayi tidak boleh makan sebelum berumur 6 bulan?

1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza)

Jangan biarkan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat-zat makanan yang masih belum sesuai untuknya.

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bayi Kita Diberi Makan?
Umur 6 bulan ke atas masa sesuai untuk bayi diberi makan

2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang

Pernah tak kita terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tetiba jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. 

3. Masalah Dalam Penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikirkanlah tentang masa depan bayi kita.

Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing bayi lelaki di bawah usia 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. 

Bilakah Masa Sesuai Untuk Bayi Kita Diberi Makan?

Jadi kesimpulannya janganlah kita meniru perbuatan jiran saya Puan Jenifer Lopez itu yang telah memberi makanan kepada bayi sebelum umur 6 bulan. Sayangilah masa depan bayi kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita 'cepat besar' dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan demi memastikan bayi kita membesar dengan sihat dan sempurna.

Apa kata kita baca pula link di bawah ini. Jemput klik




Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?