Oh! Andai masa boleh diputar ke belakang!
Kalau masa boleh diputar ke belakang pasti ramai yang nak kembali ke zaman kanak-kanak. Zaman yang penuh kegembiraan dan tiada sebarang tekanan. Celik sahaja mata dari tidur yang kita ingat ialah keseronokan bermain. Tapi tu zaman kita menjadi kanak-kanak. Zaman pantas berubah dan kini adakah kanak-kanak sekarang sangat menikmati zaman bermain mereka? Adakah mereka telah dibebani untuk mendapat kecemerlangan akademik bermula dari zaman tadika?
Saya tidak setuju dengan ibubapa yang mengongkong anak mereka bermain. Ada ibu bapa yang begitu obses melihat anak dia berjaya dalam akademik dengan 'memaksa' anak mereka belajar tanpa henti. Bayangkan umur 5 tahun sudah dimasukkan ke kelas tuisyen. Peluang anak bermain begitu terhad dan ada yang murung ekoran tidak berkesempatan meneroka alam bermain yang sepatutnya
Namun begitu aktiviti anak bermain ini hendaklah dikawal dan dipantau. Tidak bolehlah dibiarkan sepanjang hari bermain sahaja. Perlu disulami dengan aktiviti berfaedah seperti membaca buku dan membantu kita mengemas rumah. Dalam hal ini ibubapa perlu bijak mendidik anak mereka mengenai penggunaan masa yang sesuai untuk anak bermain.
Jom kita baca 9 kebaikan bermain untuk kanak-kanak
1. Bermain mendidik kanak-kanak tentang dunia persekitaran
Melalui bermain kanak-kanak dapat berinteraksi dengan dunia di sekeliling mereka. Mereka boleh meneliti, menemui, bereksperimentasi dengan teori, meneroka sebab dan kesan, mempelajari peranan kemasyarakatan dan nilai-nilai murni.Apabila mereka semakin mahir tentang dunia sekeliling, mereka juga semakin mahir dalam perkara-perkara lain yang membina keyakinan dan ketahanan diri untuk menghadapi dugaan di masa hadapan.
2. Bermain membina keyakinan diri
Kanak-kanak akan menggunakan tenaga mereka untuk bermain sesuatu yang mereka ketahui dan dapat lakukan dengan baik, kerana mereka percaya mereka boleh berjaya.
Aktiviti bermain berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Proses secara tidak langsung tadi meliputi pelbagai tahap pergerakan seperti meraih, menggenggam, berjalan, memegang, menjulur, menyentuh, menggigit, menjilat dan lain-lain lagi. Proses ini boleh digelar sebagai proses penerokaan melalui lima pancaindera.
3. Bermain memupuk kemahiran sosial
Tahukah anda apabila bayi bermain dengan objek-objek yang tidak mendatangkan bahaya, seperti mainan lembut, mereka dapat melatih kemahiran komunikasi mereka? Apabila mereka kian membesar, mereka akan bermain pula dengan kanak-kanak lain.
Bermain tanpa arahan orang dewasa membolehkan kanak-kanak mempelajari cara-cara untuk bekerja dalam kumpulan, untuk berkongsi, berunding, bersimpati, menyelesaikan konflik dan mempertahankan diri.
4. Bermain menjalin kemesraan antara ibu bapa dan anak-anak
“Segalanya bermula dari rumah” adalah ungkapan yang kita dengar untuk menggambarkan bahawa rumah merupakan tempat atau lokasi paling awal dan terbaik untuk mendedahkan kanak-kanak dengan perkara baru.
Interaksi yang berlaku ketika bermain memberitahu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka dan ini membantu untuk menjalin kemesraaan yang berkekalan. Selain itu ibubapa juga akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan anak mereka.
5. Bermain mengajar kanak-kanak cara untuk mengawal emosi
Biarpun adalah sukar bagi kanak-kanak untuk berhadapan dengan emosi yang negatif, namun begitu banyak faedah yang boleh diperolehi dengan menangani perasaan-perasaan tersebut. Contohnya, seorang kanak-kanak yang risau tentang lawatan ke doktor gigi boleh menangani perasaan takutnya melalui bermain dengan anak patung dan berpura-pura si anak patung pergi ke klinik gigi.
6. Bermain membantu memperkembangkan kemahiran bahasa
Perkataan-perkataan yang diulang semasa bermain boleh memperkembangkan kemahiran bahasa dan tatabahasa kanak-kanak. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kanak-kanak menjadi semakin berani dan tidak malu untuk berbual
7. Bermain menjana kreativiti dan imaginasi
Bermain membolehkan kanak-kanak untuk berpura-pura memegang pelbagai watak, seperti doktor, guru, jurutera dan juga raja!8. Bermain menbina tubuh yang aktif dan sihat
Bermain dengan bebas adalah cara yang baik untuk meningkatkan aktiviti fizikal kanak-kanak.
Ini dapat memastikan gaya hidup sihat dan mengelak obesiti kanak-kanak. Kanak-kanak berlari, mengejar. melompat, meniarap, merangkak, memanjat dan melangkah dan semua ini merupakan aktiviti fizikal yang mempertingkatkan stamina dan memperkembangkan otot-otot dan sensori motor mereka.
9. Bermain menggalakkan pencapaian akademik
Bermain terbukti membantu kanak-kanak menyesuaikan diri di sekolah dan memperbaiki kesediaan belajar, sikap dan kemahiran menyelesaikan masalah. Melalui kegiatan bermain kanak-kanak sebenarnya secara tidak langsung telah berupaya mengukuhkan lagi keterampilan, ketangkasan, imaginasi malah mampu pula menganalisis masalah. Otak mereka sentiasa aktif berfikir ketika bermain. Otak yang cerdas membantu meningkatkan kefahaman pembelajaran di sekolah.
Pastikan anak kita sentiasa sihat!
Namun begitu sebagai ibubapa kita kena memastikan kesihatan anak kita sentiasa sihat. Kalau tak sihat macam mana nak bermain kan? Almaklumlah kanak-kanak belum mempunyai sistem imuniti yang matang. Mereka terdedah dengan serangan virus berjangkit yang boleh menyebabkan demam, batuk, selsema, ekzema, dan sebagainya.
Untuk memastikan anak-anak saya sentiasa sihat, saya telah memberi vitamin ini setiap hari. Ia bukan sahaja untuk kesihatan sahaja tetapi dapat memberikan anak-anak saya (anak tak suka makan sayur) nutrisi lengkap untuk tumbesaran yang sihat dan sempurna. Jom klik link di bawah untuk perinciannya
Vitamin Kanak-Kanak
Anak-anak harta kita. Jangan kita bebani mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Biarkan mereka menerokai alam kanak-kanak mereka dengan gembira dan pastikan anak kita sentiasa kekal sihat.
Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.
Perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Trm kasih...
ReplyDeleteTqvm krn sudi membaca blog saya.
ReplyDeleteGrreat read
ReplyDelete