Jangan berputus asa untuk kurus!
Kekadang kita dah amalkan diet, senaman bagai tapi berat badan macam tak turun-turun. Berbulan-bulan kita istiqamah. Tapi hasilnya tak seberapa. Kalau turun pun setengah kilo mahupun sekilo. Ada yang sampai berputus asa dan pasrah jer bila keadaan in berlaku. Kenapa ini berlaku? Jeng jeng jeng...
Adakah kadar metabolisme boleh berubah bagi setiap individu? Sudah tentu. Sekiranya kita sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan, meningkatkan metabolisme kita boleh membantu mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.
Apakah metabolisme?
Metabolisme bagi setiap individu adalah berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak dalam tubuh seseorang. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemakBerikut adalah 10 langkah mudah untuk meningkatkan kadar metabolisme kita:
- Minum Air Secukupnya. Kita mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh kita untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
- Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan kita berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Kita juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
- Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut kita sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika kita tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan kita mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
- Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
- Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
- Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme kita. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila kita tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari kita juga akan menaikkan kadar jantung kita dan dapat menghirup udara yang segar.
- Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) kita sehingga 40%. Kita tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
- C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
- Pedas! Sekiranya kita suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk kita. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
- Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Amalkan 10 tips di atas. Insyallah kadar metabolisme kita dapat ditingkatkan sekaligus mempercepatkan proses mengurangkan berat badan kita. Tapi uols nak tahu tak? Sekarang dah jadi bualan mulut orang. Tahu tak cinch energy tea Shaklee sekarang laris bak goreng pisang panas. Dikatakan ramai yang berpuas hati dengan Cinch Energy Tea Shaklee ni. Ramai yang telah berjaya mendapat berat badan yang ideal dan tiada lagi masalah berat badan berlebihan.
Jom kita baca. Sila klik link di bawah
Jika ada pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment