Berilah bayi kita susu ibu!
Salam ikhlas, ceria dan gembira semua! Hari ini, hari kelapan saya berpantang dan menyusukan bayi saya Iman Izziqry. Fully breastfeeding hokay. Tolonglah ibu-ibu diluar sana jangan bagi bayi kita ini susu formula atau lembu. Kita yang mengandungkan anak kita, bila lahir bagi susu formula. Adilkah? Tepuk dada tanyalah iman yek!
Sebenarnya ini pengalaman kedua saya dalam dunia penyusuan susu ibu. Pengalaman pertama saya telah berjaya menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra sepenuhnya sehingga 2 tahun lebih. Sangat puas hati! Kini giliran anak ketiga saya pula.
Kalau nak tahu, pada peringkat permulaan penyusuan susu ibu, beberapa soalan pasti bermain di minda kita. Itu semua normal. Kita sahaja yang tak tahu. Apakah soalan itu?
Kenapa baby kerap sangat nak menyusu?
Susu ibu sangat mudah dihadam. Sebab tu baby kerap lapar. Bukan sebab susu ibu yang tak mengenyangkan tapi komponen dalam susu ibu mudah dan tidak kompleks seperti susu formula. Jadi perut anak kita mudah bekerja..
Kenapa anak saya kerap buang air besar?
Sebab dalam susu ibu ada pelawas semulajadi dan itu tandanya perut anak kita menjalankan fungsinya dengan normal dan baik..Kenapa kekadang anak saya tidak buang air besar?
Kerana khasiat susu ibu telah diserap sepenuhnya dan tiada apa yang tinggal untuk dibuang. Tiada saki baki bendasing yg tertinggal kerana keseluruhan kandungan dalam susu ibu bermanfaat untuk tubuh bayi..
Kenapa anak saya suka melekap (menyusu tidak berhenti)?
Sebab anak kita tinggal dalam perut ibu selama 9 bulan. Jadi dia sudah terbiasa dan selesa dalam rahim yang sempit. Tidak hairanlah dia sangat suka apabila menyusu sambil dipeluk. Dia rasa tenang dan selamat. Anak kita mula mengenali dan menyukai bau ibunya selain dapat mendengar degupan jantug kita. Semua ini buat anak kita rasa selesa.
Jadi mommy2 jangan risau bila ada mengalami simptom-simptom itu diperingkat awal. Untuk mengekalkan kecergasan menyusu dalam berpantang dan mendapat bentuk badan kurus ramping dengan cepat, saya telah mengamalkan ini: (klik link di bawah)
Set Slimming Breastfeeding
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan." Jadi kenapa kita nak bagi susu formula kepada anak kita? Susah payah kita mengandung 40 minggu tetiba anak kita diberi susu lembu. Kita punya anak, lembu dapat nama!
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment