Jangan terpedaya dengan MLM haram jadah!
"Niat nak tambah duit, tapi aku terjebak tambah hutang. Hutang yang ada pun tak terbayar, ini dah tambah 1 lagi hutang." Begitulah luahan kesal seorang rakan kepada saya tempoh hari. Tergambar kekesalan dan kerungsingan pada raut wajahnya. MLM menjerat dia berhutang dengan bank.
Saya percaya ramai di luar sana yang menghadapi masalah ini. Bercita-cita membebaskan diri daripada masalah kesempitan kewangan tapi yang dapat hanyalah keperitan. "Masuk angin keluar asap." Kata P.Ramlee.
Kenapa jadi begini? Adakah MLM itu membinasakan? Jangan terjebak dengan MLM haram jadah seperti ini:
Tabur Kekayaan
Cara ini memang selalu dipraktikan oleh geng MLM. Tabur kekayaan. Ajak orang join bisnes dengan tabur duit dan tunjuk duit. Tujuan utama mereka ialah nak dapat ahli baru. MLM seperti ini patut dijauhi kerana ia bukan berlandaskan kekuatan produk tetapi head hunting atau sesuai dikenali dengan cari orang makan orang. Ramai yang gelap mata kerana percaya kejayaan boleh diraih dengan cepat dalam sekelip mata. Ada yang sampai kena register rm20 ribu. Memang pelik ada juga yang percaya. Ishk, ishks ishks.. Kesian... Secara logiknya bukan bertambah kaya tetapi telah menghampiri ke lembah kesengsaraan sebab awal-awal lagi dah keluar modal sebanyak itu. Jangan terpedaya!
Tunjuk Kereta Mewah
Modus operandi ini paling glamour dilakukan. Tunjuk kereta mewah. Adakah kereta mewah itu lambang kekayaan dan berduit? Awas jangan tertipu. Kekadang tu bukan kereta mereka pun. Ada yang pinjam kereta company atau menyewa kereta semata-mata nak memancing orang join MLM. Selalunya orang muda akan cepat kelabu mata. Tanpa berfikir panjang mereka akan menyertainya walaupun yuran pendaftaran berpuluh ribu. Hanya orang buta hati sahaja mudah terpedaya.
Janji Manis
Tanam tebu di tepi bibir. Ayat yang keluar dari geng MLM seperti ini manis belaka. Pendek kata mereka lah hebat. MLM mereka memang superb dooperb. Yang paling best ayat macam ni, "Korang tak perlu menjual, hanya perlu cari orang jer jadi ahli bawah korang. Kalau korang nak aku boleh cari orang sign up bawah korang. Korang hanya goyang kaki jer" Rakyat Malaysia terutama orang melayu memang terpesona dengan ayat ini. Ramai nak jadi kaya tapi tak nak menjual. Tak sanggup nak menebalkan muka jadi penjual. Yang tahu nak goyang kaki jer dapat duit. Dalam dunia ni setahu saya yang goyang kaki dapat duit adalah tukang jahit sahaja. Akhirnya terjebak. Kita menanggung kerugian dan akan dilabelkan kita tak berjaya kerana tak pandai cari orang.
MLM Haram Jadah
Daripada niat suci murni join MLM nak tambah pendapatan tapi yang dapat adalah kerugian penuh penyesalan. Semangat berkobar-kobar ingin keluar dari belenggu kesmpitan kini telah menjadi nostalgia. Nostalgia bukan untuk dikenangkan. Maka MLM dipersalahkan. Ada yang memanggil MLM haram jadah! MLM pula dihukum seteruknya akibat kepandaian manusia memanipulasi dan mengambil kesempatan atas kelemahan yang ada. Jadi stigma MLM haram jadah semakin kuat melekat di sanubari rakyat Malaysia. MLM telah dipandang hina.
Bagaimana iReach menentang MLM haram jadah?
Sebelum itu, mari kita lihat keindahan dan kecantikan MLM yang hebat lagi suci pada video ini. Info: video ini adalah Program Jom Hebat Mega 2014 dan pelancaran iReach pada 15 Mac yang lalu.
iReach
Apakah itu iReach? Kenapa ia dipanggil iReach? Mari kita berkenalan dulu bagaimana iReach tercipta. iReach adalah satu organisasi kumpulan Shaklee hebat dan unggul yang diterajui oleh Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar. Kombinasi kekuatan produk Shaklee, plan permasaran yang unggul dan disulami dengan element murni iREACH, bukan sahaja untuk melahirkan ahli perniagaan MLM Shaklee yang berjaya, tetapi objektif utamanya ialah melahirkan JUTAWAN SHAKLEE yang unggul dari semua aspek modal insan dan mempunyai nilai tambah diri yang tinggi.
- I = Saya/aku
- R = Respect, kalau orang perak kata hormat menghormati
- E = Excel, orang Shah Alam selalu sebut cemerlang
- A = Able, yang ni oghang utagha panggil serba boleh
- C = Care, hok ni orghe kelate sebut ambil berat atau ambil peduli
- H = Humble, orang sabah bah panggil walaupun hebat tapi sangat merendah diri.
Untuk info, group saya iaitu Superb Fantastic berada di bawah naungan Organisasi iREACH. Insyallah sesiapa yang menjadi ahli Shaklee dengan Superb Fantastic tidak akan terlepas dari radar iREACH. Kita bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi kita turut membuat persediaan untuk akhirat. Jom kita jadi modal insan dengan nilai tambah yang tinggi!
|
Peserta Jom Hebat Mega 2014 |
Shaklee bukan Head Hunting
Shaklee adalah satu-satunya MLM yang bukan terlalu 'desperate' atau head hunting. Bukan membina kekayaan untuk orang lain. Kekuatan Shaklee terletak kepada produknya yang semulajadi dan bukan organik. Mari kita baca kekuatan shaklee (sila klik) yang menjadi fenomena rakyat Malaysia sekarang.
|
Vitamin Shaklee siap sedia untuk dipos |
Shaklee bukan sekadar mencari kekayaan
Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain. Shaklee mendidik kita membantu orang lain gembira. Sila klik kebaikan shaklee untuk perinciannya.
|
Layan steam boat bersama keluarga Superb |
|
Aktivit santai mengeratkan ukhuwah |
|
Aktiviti potluck sambil tukar-tukar ilmu |
|
Kaum bapa sangat enjoy dengan aktiviti potluck |
Konsep bisnes online yang mudah
Rahsia kejayaan bisnes Shaklee ialah melalui internet marketing amnya dan blog marketing khususnya. Peranan blog marketing sebagai medium utama untuk menjual produk. Kedai “online”Superbvitamin saya ini sudah menjana jualan puluhan ribu ringgit sebulan secara auto-pilot. Best kan? Barulah dikatakan "Kita tak cari customer, tetapi customer yang ghairah cari kita." Group saya juga selalu mengadakan seminar secara “offline” dimana-mana tempat yang memerlukan kami hadir dan memberikan ceramah berkenaan dengan “Rahsia Menjana Income 4 angka Shaklee Dalam Masa 3 Bulan”. Sila baca best buat bisnes Shaklee (sila klik).
|
Kelas internet marketing |
|
Kelas teknik viral facebook dan blog |
|
Kelas eksklusif untuk blog marketing dari saya |
|
Seisi perkongsian teknik berbloging |
|
Small coaching yang santai |
Hubungi saya untuk daftar ahli Shaklee sekarang di: