Say 'Good Bye' kepada susu formula
Salam mommy2 and mommy to be. Entri kali ini saya nak sharing mengenai susu ibu. Mengapa mommy perlu menyusukan anak? Insyallah apabila membaca nanti, terbukalah hati untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Jom kita baca 10 kebaikan susu ibu.
Sebelum itu mari kita lihat kisah suka duka bayi pramatang survival dengan susu ibu. Susu ibu memang menakjubkan kerana telah.... Oooops! Nak tahu seterusnya kenalah menonton video di bawah ini. Wajib tengok jika tak mahu menyesal di kemudian hari!
Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.
10 Sebab 'Susu Ibu Is The Best'
- Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Susu ibu melindungi bayi dari SIDS (Sudden Infant Death Syndrome atau bayi mati mengejut).
- Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah disediakan. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.
- Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ia mengandungi oxytocin (‘love hormone’) yang membantu membina hubungan erat antara ibu dan bayi.
- Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
- Ia membakar lebih dari 500 kalori sehari. Jadi, menyusu badan adalah cara paling cepat untuk anda menurunkan berat badan selepas bersalin.
- Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- Susu ibu adalah 100% percuma dan menjimatkan kos perbelanjaan anda.
Susu ibu memang yang TERBAIK. Buat ibu yang berazam ingin menyusukan anak sehingga umur 2 tahun, teruskan usaha dan jangan pernah jemu untuk terus berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dilimpahi dengan susu yang banyak dan jangan cepat berputus asa. Setiap kesulitan itu ada jalan penyelesaianya dan semua itu bergantung atas kehendak dan keazaman masing-masing. ^_^
Untuk dapatkan milkbooster boleh pm saya seperti biasa. Saya akan bagi konsultasi dan tips panduan menyusu anak secara percuma kepada mommy2. Yang penting say 'Good Bye' kepada susu formula.
Kepada mommy yang bekerjaya jangan jadikan kerjaya anda sebagai batu penghalang untuk menjayakan misi menyusukan bayi sehingga 2 tahun. Setiap kerumitan pasti ada jalan penyelesaiannya. Jom baca panduan untuk ibu bekerjaya yang menyusukan anak di sini.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment