Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Isteri Hamil - Suami Juga Punya Peranan

with 0 Comment
Ini bukan konspirasi mengada-ngada ibu hamil!

Berita tentang kehamilan isteri pastinya mengembirakan si suami terutama bagi yang pertama kali bakal menjadi bapa. Perasaan teruja pasti dirasai setiap pasangan suami isteri bila Sang Pencipta mengizinkan ciptaannya dihasilkan. Namun senyuman lebar ini saja tidak cukup untuk membantu isteri yang mengandungkan benih si suami. 

Suami juga perlu memainkan peranan supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan dengan seronok, gembira dan mudah. Sebelum anda merungut dan mengelak, anda perlu tahu bahawa tuntutan ini sebenarnya disokong oleh kajian ilmiah dan bukannya hasil konspirasi mengada-ngada ibu hamil.



TRIMESTER PERTAMA (masa penuh emosi)
Ketika hamil terdapat banyak perubahan berlaku kepada tubuh isteri dan yang paling menonjol adalah perubahan emosinya. sebabnya adalah kerana kadar estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah dan ini tidaklah menghairankan mengapa mood ibu yang hamil sering berubah-ubah. jadi sebagai suami anda mesti pandai pengatur peranan ketika itu supaya bayi anda dapat dilahirkan dengan selamat.

Perkara yang dialami isteri
• sering mual dan muntah terutama diwaktu pagi ( morning sickness )
• lekas penat dan mudah mengantuk
• mungkin tiba-tiba meminta atau menginginkan sesuatu yg aneh misalnya makan rojak pukul 2 pagi…( sabar..! sabar..! sabar..! angguk angguk geleng geleng… )
• emosinya cepat berubah,menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Perkara yang boleh suami lakukan
• buatkan isteri anda berasa tenang supaya dapat berehat dan tidur secukupnya, contohnya mengusap lembut kepalanya
• bersiap untuk menghadapi ujian untuk mengukur betapa besarnya cinta anda kepadanya. jangan terkejut jika dia meminta sesuatu yang aneh di tengah malam,kalau mampu apa salahnya memenuhi permintaan ibu kepada anak anda!!
• tunjukkan rasa bahagia terhadap janin dalam kandungannya. sapaan seperti “ baby sedang buat apa, usik mama ye “ boleh menjadikan satu sokongan mental yang menyenangkan hati. selain itu ibu hamil perlukan kasih sayang dan perhatianlebih daripada biasa

TRIMESTER KEDUA (masa-masa bahagia)
Inilah masanya ibu boleh menikmati waktu kehamilan. anda tidak begitu terseksa berbanding tempoh trimester pertama. Waktu ini juga ibu akan dapat merasai gerakan kecil si anak dan juga waktunya suami akan mula merasakan peranannya sebagai calon ayah!

Perkara yang dialami isteri
• emosi lebih stabil dan morning sickness makin berkurang
• ibu hamil mula rasakan gerakan anaknya
• merasa bahagia dengan kehamilan
• cukup selesa dengan keadaannya sehingga timbul keinginan menikmati hubungan intim ( khabar baik buat suami ! )

Perkara yang boleh suami lakukan
• teruskan sikap penuh pengertian. ibu hamil masih mengalami perubahan emosi yang berkailan dengan kehamilannya
• seboleh mingkin dampingi dah hantarlah isteri tiap kali bertemu doktor
• ajaklah dia kembali menikmati hubungan intim

TRIMESTER KETIGA (takut dan cemas)

Perkara yang dialami oleh isteri
• semakin dekat dengan hari bersalin,biasanya isteri akan semakin takut dan cemas
• merasakan penampilannya tidak menarik kerana perubahan bentuk fizikal
• sering mengeluh sakit, sengal, nyilu dan berbagai rasa tidak senang pada tubuh terutamanya pada punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar
• mengeluh kerana sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan tidak selesa untuk berbaring ( bayangkan ada orang sedang mengeletek anda didalam perut ketika anda tidur ..kadang2 dia menendang tak kira masa terutama ketika ibu sedang berehat…jika kita bergerak, bayi akan diam sebab pergerakan kita membuai bayi di dalam perut tetapi apabila ibu mula berehat dan tidur..bayi akan semakin aktif)

Perkara yang boleh suami lakukan
• bantu pasangan untuk mengatasi rasa cemas dan takut untuk menghadapi proses bersalin. misalnya dengan mengalih perhatian dengan mengajaknya berbelanja keperluan bayi ( huh!!! bab shooping ni,tengah sarat pun sanggup naik turun tangga shooping komplek….)
• pujilah isteri anda bahawa dia tetap cantik dan menarik ( ramai orang yang menjadi bertambah cantik dan berseri2 apabila hamil )
• bantulah meringankan berbagai keluhannya dengan mengurut belakang isteri
• bersiaplah untuk membantu dan menemaninya pada masa isteri sukar tidur. (jangan teruskan menonton bola)

Keadaan pasangan anda tidak sama seperti apa yang dialami oleh isteri teman anda, kakak atau nenek anda ketika hamil kerana fizikal setiap wanita adalah berbeza. Begitu juga dengan reaksi dan perubahan tubuh. Apa pun terjadi,bulatkan tekad terus mendampingi isteri tercinta semasa tempoh kehamilan kerana sesungguhnya anda perlu menikmati keindahan keajaiban Allah sebagai Maha Pencipta!
sumber : http://www.kujie2.com/rumahtangga/isteri-hamil-suami-juga-punya-peranan.html

Suami juga perlu tahu tips-tips untuk menjauhi isteri daripada penyakit. Boleh baca perinciannya di sini. Sila klik entri ini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?