Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

10 Pilihan Cara Simpan Susu Ibu (perahan)

with 0 Comment
Tips Penyusuan susu ibu part 1

Apabila saya disahkan hamil anak kedua saya mula menyimpan hasrat untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada cahaya mata saya yang ke2 ini. Mula-mula saya berasa gusar dan tidak yakin bolehke ibu yang bekerjaya seperti saya ni memberi 100% susu ibu kepada bayi saya.

Anak ke2 saya Ilmuna Izzahra
Setelah saya bertanyakan dengan kenkawan yang mengamalkan breastfeed dan mengoogle mengenai ilmu-ilmu  'dunia breastfeeding' baru saya bertambah yakin bahawa tidak mustahil saya juga boleh memberikan susu ibu kpd anak saya. Rasa kesal yang menebal terus menyelubungi dan saya bertanya pada diri sendiri kenapa saya tidak berbuat demikian kepada anak sulung saya Irfan.

Biasalah, ketika baru bergelar ibu pengalaman ini masih cetek lagi. Fasa kehidupan barulah katakan. Malas pula saya nak bertanya dan mencari ilmu mengenai penyusuan susu ibu masa tu.Asyik teruja dengan anugerah Allah membelek anak saje masa tu.

Untuk melaksanakan misi penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun bukan sahaja memerlukan keazaman dan kecekalan yang kuat, tetapi para ibu perlu tahu kaedah2 atau teknik strategi juga. Ingat dalam acara sukan saja ada strategi perlawanan ke? Nak menyusukan anak pon ada strategi jugak! :)

Hari ini saya nak sharing siket bagaimana nak simpan susu perahan. Terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk kita terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun ibu sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti kita harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.

1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.


Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Kita perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian kita perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika kita membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi kita tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

kredit:

Okaylah... Setakat ini sahaja.... Jumpa lagi di lain entri. Insyallah saya akan sharingkan lagi tips2 dan pengalaman saya dalam menjayakan misi 2 tahun breastfeeding! :)

Kepada mommy2 dan mommy to be saya sarankan supaya mengambil suplement tambahan bagi menjayakan penyusuan susu ibu ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:Maznifaeza Md Mustaffa

♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?