Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Apakah Radikal Bebas?

with 0 Comment

Bagaimana radikal bebas terjadi?

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

Bagaimana terjadinya radikal bebas? Bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..

Adakah radikal bebas ini merbahaya?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER

hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.


Carotomax ~ ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Vitamin C Shaklee ~ bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan

Vita-E complex ~ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 




Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee. 

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka2 yg ada penyakit kritikal spt pesakit SLE, Kanser, dll.. malah orang biasa yg ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi. mencegah itu lebih baik daripada mengubati


Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin

Omega Guard, Shaklee Fish Oil

with 0 Comment

Apa itu Omega Guard?

Anak anda suka makan suplemen minyak ikan?

Jika "YA!", apa kata anda cuba suplemen minyak ikan keluaran Shaklee yang dikenali sebagai Shaklee OmegaGuard? Tidak seperti kebanyakan minyak ikan yang berada di pasaran, Shaklee OmegaGuard tidak berbau hanyir, dan enak dikunyah begitu sahaja.

Percayalah cakap saya, kami suami isteri terpaksa menyorokkan botol OmegaGuard di rumah di tempat yang tinggi kerana khuatir anak-anak akan mengambil suplemen minyak ikan yang sedap ini tanpa pengetahuan kami! Begitu sekali sukanya anak-anak saya menikmati suplemen Omega ini dengan dikunyah begitu sahaja, lagak orang dewasa mengunyah gula-gula getah!



Khasiat minyak ikan sudah diketahui umum amat baik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, melawan kolesterol tidak baik (LDL), meningkatkan kolesterol baik (HDL), membantu pesakit sendi, dan amat baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak.

Jika tidak, masakan ibu-ibu mengandung yang sudah memasuki trimester kedua dan ketiga juga turut digalakkan untuk mengambil suplemen minyak ikan. Bukan sekadar untuk kawal kolesterol di dalam badan sendiri, malah, dengan harapan dapat membantu pertumbuhan otak bayi di dalam kandungan.

Protect Your Heart*
OmegaGuard provides full-spectrum potency of ultrapure, pharmaceutical grade omega 3 fatty acids.

Helps Reduce the Risk of Heart Disease*
Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA omega-3 fatty acids may reduce the risk of coronary heart disease.
Research also shows that high levels of omega-3 fatty acids promote cardiovascular health and help retain normal blood pressure and triglyceride levels. In addition, omega-3s support healthy brain, vision and joint function.*

Ultra-pure and Pharmaceutical Grade
OmegaGuard is made with a proprietary, triple molecular distillation process that concentrates the natural beneficial omega-3 fatty acids while removing harmful compounds like mercury and lead that are found in many types of fish.*

The World’s Finest Fish Oil
Contains a full spectrum of seven naturally occurring omega-3 fatty acids: EPA, DHA, ALA, and more. EPA benefits your heart and joints, while DHA is critical for brain development and function.*

Source : Shaklee Malaysia
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Perhatian:
Sila dapatkan panduan pemakanan OmegaGuard untuk kanak-kanak, ibu mengandung mahupun dewasa daripada pengedar Shaklee anda yang sah!


Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin

Petua demam kebah dengan Vitamin C dan Nutriferon

with 0 Comment
Apa itu Nutriferon?

Alhamdulillah, hari ni saya rasa badan saya lebih sihat compare 2-3hari lepas. Jumaat lepas saya MC sebab seluruh badan rasa sakit dan sengal-sengal. Kepala terasa sakit-sakit juga. Balik rumah, lepas breakfast saya just telan vitamin asas iaitu Vitalea, BComplex dan Vitamin C dan juga bancuhan Performance Drink. Saya extrakan Vitamin C. Saya ambil 2 biji sejak hari Jumaat. Ubat dari klinik saya just simpan dalam almari :)


Hari Sabtu, Ahad dan Isnin saya masih rasa badan saya tidak betul-betul sihat, badan masih sakit-sakit. Jadi malam tadi saya ambil lagi 2biji Vitamin C dan juga 1 sachet Nutriferon.. dan rehatkan diri dengan tidur awal. 

Alhamdulillah, pengambilan Nutriferon amat membantu badan saya untuk pulih daripada gejala demam. Pagi ni, sakit-sakit badan sudah hilang, begitu juga sakit kepala. Cuma selsema masih bersisa. Yang saya paling  perasan, tubuh saya semakin pulih tanpa kesan pening-pening lalat seperti yg saya rasa jika saya ambil Panadol atau Paracetamol.

Jadi kepada sesiapa yang sedang demam bersama pakej batuk dan selsema, jom cuba petua Vitamin C bersama Nutriferon. Alhamdulillah, ia berkesan kepada tubuh badan saya.

Nutriferon Shaklee dikenali sebagai Immune Booster. Ia adalah rumusan berpaten yang EKSKLUSIFNutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee dan para pengedarnya. 

Jom kita kenali Nutriferon dengan lebih dekat!!



Apa itu Nutriferon? 
Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang menciptanya?
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.

Apakah kandungan Nutriferon?
NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. 

Siapa yang perlukan Nutriferon?


  • Individu yang ingin mengukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Bagaimana ia bertindak? 

Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan


Cara pengambilan Nutriferon :
- Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat.
- Satu paket sehari (atau, jika perlu) ketika demam sehingga demam sembuh 

. ***Sila makan Nutriferon secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan***


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sila dapatkan nasihat dari Doktor atau pakar berkaitan penyakit-penyakit yang dihidapi.

Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271

♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com
kredit: semuasihatselalu

Strok, Kolestrol dan Omega

with 0 Comment

Bahaya strok!

Strok merupakan punca kematian ketiga terbesar di Malaysia, selepas penyakit jantung dan kanser. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Walaupun kebanyakan kes menimpa orang dewasa, sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak.

Strok melibatkan - Emosi, Imbangan, Koordinasi, Penglihatan, Pendengaran, Deria rasa, dan Pergerakan Terkawal.



Terdapat 2 jenis strok iaitu

(1) Strok Iskemia - Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

(2) Strok berdarah - Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Jika anda pernah mengalami strok, besar kemungkinan anda ada mengambil ubat-ubatan yang ditentukan oleh doktor anda untuk mengurangkan risiko strok berlaku lagi.

Biasanya, ubat-ubatan itu membantu
* Merendahkan tekanan darah.
* Mengurangkan risiko gumpalan darah.
* mengurangkan tahap kolesterol ’tidak baik’.

Penting untuk anda mengambil ubat seperti yang ditentukan oleh doktor. Sesetengah orang berhenti mengambil ubat sebaik sahaja mereka merasa sihat – tanpa mengetahui yang mereka meletakkan diri sendiri dalam bahaya. Sepatutnya, anda meminta doktor anda menerangkan apakah dia ubat-ubat itu, kenapa anda patut mengambilnya, adakah sebarang kesan sampingan, dan jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan yang tidak baik seperti pening atau mabuk-mabuk, anda mestilah memberitahu doktor anda.

*Sumber: NASAM (National Stroke Association of Malaysia)

Jika anda ingin mencuba pengambilan vitamin Shaklee, kami mencadangkan pengambilan Shaklee OmegaGuard, yang diketahui fungsinya sebagai pemecah lemak dan kolesterol 'tidak baik' (LDL), dan dalam masa yang sama bantu menambah kandungan kolesterol 'baik' (HDL).


Jika ada di antara ahli keluarga anda yang mengalami strok, boleh cuba amalkan OmegaGuard ini, namun jangan sesekali meninggalkan ubat dari doktor, melainkan dengan keizinan doktor. Boleh hubungi saya dengan lanjut untuk konsultasi & cara pengambilan (untuk customer SuperbVitamin sahaja!).

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

Vita-Lea atau Obimin?

with 0 Comment

Yang mana satu?

Kerapkali saya diajukan soalan oleh ibu hamil, 
"Saya dah ada Obimin nie, tapi Hb saya low laaa, boleh ker makan Obimin sekali dengan Shaklee Vita-Lea? Sayang laa nak buang..."



Pertama sekali wahai ibu-ibu, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian. Jadi, sekiranya anda memilih untuk mengambil Vita-Lea sepanjang kehamilan, tak perlulah untuk ambil Obimin lagi (dan vice versa), kerana Obimin juga sejenis multivitamin.

Dikhuatiri overdose pula!

Keduanya, tips penting wahai Mama, setiapkali anda menerima apa jua suplemen yang diberikan oleh doktor anda, amalkanlah untuk membaca label pada botol vitamin tersebut. Cuba anda bandingkan unit vitamin-vitamin pada setiap tablet multivitamin itu dengan unit RDA (Recommended Dietary Allowance) yang dicadangkan untuk ibu mengandung.

Biasanya ramai yang rujuk dengan US RDA (U.S. recommended daily allowance). Contohnya, laman americanpregnancy.org ini.

Ketiga, sebaik-baiknya pilihlah multivitamin yang semulajadi, kerana multivitamin ini bukan sahaja untuk ibu, malah untuk bayi di dalam kandungan juga. Vitamin semulajadi lebih selamat, dan tidak mempunyai kesan jangka panjang.

Kelebihan memilih Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah, sebagai vitamin semulajadi, ianya tiada pewarna, perisa, mahupun pengawet tambahan. Vitamin asli nie bila kita genggam selama beberapa minit, ia takkan melekit dan meninggalkan warna di tangan kita. Cubalah!

Saya memilih untuk menggunakan produk Shaklee sepenuhnya untuk kandungan ketiga ini, dan saya juga telah maklumkannya kepada gynae. Beliau menghormati keputusan saya, dan telah mark "Supplement: Own-Shaklee" di dalam rekod pregnancy saya. Maka, dengan rasminya saya tidak dibekalkan sebarang suplemen (baik Obimin, mahupun Neurogain) dari gynae untuk sepanjang kehamilan ini.

Semoga ianya keputusan yang terbaik, Insya Allah.

Walaubagaimanapun, jika anda masih ragu-ragu untuk memilih multivitamin yang mana, saya amat menggalakkan anda untuk mendapatkan konsultasi sewajarnya daripada saya.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

rujukan:GenkiMomma Healthy

Nutrien Hebat Untuk KULIT MUDA dan SIHAT

with 0 Comment
Jangan kita tua sebelum usia
 
Harini saya nak share apakah nutrien-nutrien untuk kulit muda dan sihat menawan.. Apa yang Shaklee rekomen untuk kita semua.. jadi jom baca..

Kolagen merupakan satu daripada empat jenis tisu utama yang terdapat di dalam tubuh badan manusia di mana ia meliputi kira-kira 30% daripada keseluruhan susuk tubuh. Kolagen membentuk pelbagai jenis tisu penghubung di antara bahagian-bahagian tubuh termasuklah kulit, otot, rambut, tendon, ligament, darah, tulang dan tulang rawan yang membentuk struktur untuk menyokong keseluruhan susuk tubuh.

Semakin umur meningkat, jumlah kolagen di dalam tubuh semakin merosot. Ini mula dapat dilihat ketika usia mencecah 20 tahun, di mana kulit semakin kering, kasar, kurang anjal dan garis-garis kedutan mula muncul. Kekurangan kolagen di dalam tubuh akan memberi kesan bukan hanya penuaan pada kulit tetapi rambut juga pudar sinarnya, semakin menipis dan mudah gugur.

Jadi, untuk kekal muda dan menawan, anda perlu menggantikan kolagen yang hilang dengan supplemen kolagen, Vitamin C, dan nutrient polifenol.
 
 

Collagen Supplemen
 
Supplemen kolagen membantu untuk menjana semula serat kolagen dan terus mengekalkan jalinan padu kolagen yang dikeluarkan di dalam lapisan-lapisan kulit yang lebih dalam. Ini membuatnya LEBIH TEGAP dan ANJAL. Kulit kelihatan LEBIH LICIN, LEBIH LEMBUT dan LEBIH MUDA. Kolagen juga membantu MENYUBURKAN RAMBUT di mana rambut LEBIH KUKUH, TEBAL dan BERSINAR.

Nutrien Polifenol
 
Nutrien Polifenol kaya dalam cirri-ciri ANTIOKSIDA dan membantu MELAWAN KEROSAKAN RADIKAL BEBAS yang mempercepatkan kehilangan kolagen. Beberapa kajian juga membuktikan yang campuran ekstrak botani Polygonum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries dan Lobak Ungu dapat membantu untuk menggalakkan PROSES PENUAAN yang sihat.

Vitamin C
 
Vitamin C penting dalam PENGHASILAN KOLAGEN dan lain-lain tisu penghubung yang membantu dalam MENGEKALKAN KULIT YANG ANJAL dan terpelihara. Vitamin C juga merupakan ANTIOKSIDAN yang membantu MELAWAN RADIKAL BEBAS, bahan cemar yang terkenal dalam menyebabkan penuaan kulit pramatang.

Apa yang Shaklee rekomenkan?
 
Shaklee mengesyorkan Shaklee Collagen Powder, VIVIX dan Vitamin C dengan pelepasan masa untuk kulit yang lebih muda dan juga menggalakkan proses penuaan yang sihat.

Shaklee Collagen Powder
 
SEKILAS FAKTA Shaklee COLLAGEN POWDER:
Supplemen kolagen terbaik ini mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) iaitu kolagen yang diekstrak dari kulit ikan merah laut dalam yang tulen dan berkualiti tinggi dengan molekul yang LEBIH RINGAN kurang 1000Dalton, di mana ianya MUDAH DISERAP oleh tubuh dan membantu untuk meningkatkan SINTESIS KOLAGEN di lapisan demis dengan lebih berkesan. Serbuk Shaklee Kolagen juga diperkaya dengan TUJUH BAHAN UTAMA untuk menyokong KEJELITAAN ANDA daripada DALAM KE LUAR.


VIVIX ~ Sekilas fakta:
 
Campuran ekstrak botani proprietary Polyganum Cuspidatum, Muscadine Grape, European Elderberries dan Lobak Ungu. Kaya dalam polifenol tumbuhan. Membantu menggalakkan penuaan yang sihat.

Sustained Release VitaminC:
 
Produk pertama yang menawarkan satu pelepasan mengikut masa Vitamin C semulajadi yang menggunakan satu proprietary, di mana sistemnya melepaskan Vitamin C selama 5 jam bagi menyediakan nutrient antioksidan.

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfafia, kolegan ikan, ekstrak kerang-krerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang memberikan faedah-faedah sperti berikut:
Sustained Release VitaminC:
Produk pertama yang menawarkan satu pelepasan mengikut masa Vitamin C semulajadi yang menggunakan satu proprietary, di mana sistemnya melepaskan Vitamin C selama 5 jam bagi menyediakan nutrient antioksidan.

Shaklee Collagen Powder merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Ia juga dicampurkan dengan tujuh bahan utama seperti ekstrak biji benih Camelia Japonica, ekstrak Pfafia, kolegan ikan, ekstrak kerang-krerangan, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin C dan Vitamin B yang memberikan faedah-faedah sperti berikut:
  • ·         Menyokong produksi kolagen untuk meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • ·         Mengecilkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
  • ·         Kulit yang lebih putih dan licin
  • ·         Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang tebal dan bersinar
  • ·         Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
     
     
    Jadi, kalau nakkan kulit sihat, muda, anjal dan cantik menawan inilah antara supplemen-supplemen yang direkomenkan oleh Shaklee.. yelah bila umur dah semakin meningkat, dah tentu kedutan pada wajah mula kelihatan, kulit yang dulu tegang mula hilang keanjalnnya.. itu semua petanda anda tua sebelum usianya! Jadi, dengan supplemen-supplemen di atas, proses penuaan akan menjadi lebih sihat..InshaALLAH..

    Takdelah orang kata, Cik Kiah tua sebelum usianya! :-))

    Berminat nak cuba, boleh contact saya..
     
    Maznifaeza Md Mustaffa

    ♥ Contact No 016-5199271
    ♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
    ♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

The Basic Building Health: Family Wellness Set

with 0 Comment

Supplemen Asas untuk permulaan yang SIHAT.


Inilah dia The Basic Building Health Set yang dikenali sebagai Family Wellness Set. Set ini adalah "asas" kepada kita semua yang ingin mengekalkan tahap kesihatan luaran dan dalaman dengan sihat.




Vitalea Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 


B-Complex - B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.


Sustained Release Vitamin C - Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

ESP - Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Apa pula kebaikan set ini?
~ membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
~ membantu anda berasa lebih bertenaga
~ menguatkan sistem imun badan anda
~ membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

Set ini boleh diambil oleh semua ..tak kira tua atau muda.

Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?

Jika anda IBU MENYUSU: Add-on Alfalfa dan Ostematrix 
Jika anda IBU HAMIL: Add-on Ostematrix
Jika anda ada PERMASALAHAN KULIT: Add-on Vitamin E atau GLA
Jika anda IBU BERPANTANG: Add-on Zink

Mudah bukan? Sebab itu set ini dikenali sebagai "The Basic Building".. kalau takde yang "BASIC" caner nak ada yang "EXTRA" kan..? :-)))

Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa

♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

Apakah itu Resveratrol?

with 2 comments
Kenali VIVIX dan komponen utamanya RESVERATROL 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 




Apakah itu Resveratrol?

Resveratrol adalah sejenis anti oksida - polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang, manakala kulit anggur merah mengandungi konsentrasi yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Kesan-kesan Utama Resveratrol
  • Melindungi dan mengaktifkan mitokondria - Setiap sel badan mengandungi ratusan mitokondria, ia dikenali sebagai "kilang menjana tenaga" atau "loji tenaga sel". Selain daripada menjana tenaga dan menyelaras metabolisma tubuh, mitokondria juga mengawal proses tumbesaran dan kematian sel-sel. Organ-organ kita akan terpengaruh jika mitokondria mengalami sebarang kerosakan.
  • Mengaktifkan gen anti-penuaan (Sirtuin 1) - Sirtuin 1 adalah gen anti-penuaan yang membawa kesan terapeutik kepada penyakit-penyakit seperti gangguan metabolik, masalh neurodegeneratif, kanser serta penyakit kardivaskular. Apabila gen Sirtuin 1 diransangkan oleh Resveratrol, ia akan:-
  • Mengaktifkan pertumbuhan sel yang normal dan sihat dan
  • Mematikan pertumbuhan virus, bakteria serta sel-sel abnormal seperti sel kanser.
  • Melanjutkan jangka hayat - Penyelidikan oleh Dr. David Sinclair dan ahli-ahli sains Itali memaklumkan bahawa Resveratrol mempunyai kesan melanjutkan jangka hayat.
  • Meningkatkan daya ketahanan - Bagaimana meningkatkan daya ketahanan? Dengan Resveratrol, bilangan dan fungsi mitokondria dalam sel-sel otot ditingkatkan untuk membentuk fiber otot seperti otot ahli-ahli sukan. Daya ketahanan dapat ditingkatkan melalui proses ini.
  • Membina daya ketahanan terhadap kanser -
  1. Fasa Pertama- Mengurangkan kerosakan sel-sel sihat akibat serangan agen-agen karsinogenik.
  2. Fasa Pertumbuhan-Mengaktifkan gen Sirtuin 1 untuk menghalang pertumbuhan sel-sel kanser.
  3. Fasa Pertumbuhan Pesat- Mempercepatkan kadar kematian sel-sel kanser.
Kebaikan-kebaikan lain:- 
  1. Mengurangkan kerosakan kepada DNA dan sel-sel
  2. Mengurangkan kadar penyakit Alzheimer dan Parkinson
  3. Menyelaraskan paras gula dalam darah, memperbaiki fungsi insulin di kalangan pesakit diabetis
  4. Mengurangkan sekatan pada saluran darah dan pemejalan darah
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya di:
maznifaeza@gmail.com
016-5199271

kredit: semuasihatselalu

Rahsia Cantik Ayu Raudhah

with 0 Comment
Cantik dan cunnya dia!



Ayu Raudhah, pelakon jelita adik kepada Rozita Che Wan ini, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman Vivix daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.


Antara lain tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:

Tips kecantikan wajah

- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut

- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan

- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)


Vivix merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak digalakkan kepada wanita hamil, menyusukan anak dan kanak-kanak di bawah 18 tahun.

Pesanan dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Laman web: superbvitamin.blogspot.com

kredit: YourSuperMom

Ulasan Tentang Vivix di Harian Metro

with 0 Comment

Vivix diiktiraf!


Hanya berikan satu sudu teh sehari kepada suami anda. Dia pasti berbangga!


"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 


Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkankebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”


p/s: Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita mengandung dan menyusukan anak.

kredit to YourSuperMom

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?