Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Kalsium Membantu Mengurangkan Komplikasi semasa Bersalin

with 0 Comment
Wanita dan kalsium bagai irama dengan lagu!

Wanita dan kalsium memang tak dapat dipisahkan. Terutama sekali wanita mengandung & menyusu, atau pernah mengandung dan menyusu. Kaum wanita terdedah dengan pelbagai risiko jika kekurangan kalsium. Terdapat satu artikel yang sangat berguna tentang risiko-risiko ini. Saya petik beberapa info menarik. Untuk artikel penuh boleh baca di sini. (Thanks to MamaFaiz)




Kebaikan Kalsium serta Risiko Kekurangan Kalsium buat Ibu Mengandung
  • Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • Kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.  Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
  • Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri.
  • Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih mudadaripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
Antara perkara yang paling saya takuti sewaktu mengandung ialah sakit gigi!! 

Saya telah bertemu dengan Shaklee, dan terus jatuh hati dengan Ostematrix! Ia bukan sekadar pil kalsium biasa. Saya ni bukanlah jenis yang tak suka minum susu. Kat rumah sentiasa ada stok susu full cream dalam peti ais. Namun dengan Ostematrix, terasa perbezannya. Selain baik untuk penyusuan, ia juga salah satu sumber kalsium yang baik utk saya. 



Sebelum kenal dengan Ostematrix, saya sering memandang sinis pengambilan pil kalsium. Ini kerana terdapat artikel yang mengatakan kalsium dalam bentuk pil tidak diserap dengan baik oleh tubuh, seterusnya mengakibatkan penyakit batu karang. Walaubagaimanapun, kini saya dapati pendapat ini KURANG TEPAT. Kerana penyerapan kalsium yang optimum boleh berlaku jika dilengkapi dengan magnesium serta vitamin D!! Dan inilah yang terdapat dalam Ostematrix!

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Tablet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


Sekiranya anda wanita dan masih memandang remeh keperluan kalsium tubuh anda, inilah masanya anda mengambil langkah bijak untuk mencegah! Hindari osteoporosis!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)

Kedutan di muka?? Stretch Mark?? Jom amalkan ESP dan Vitamin C !

with 0 Comment

Amalkan ESP dan Vitamin C boleh menghasilkan kolagen?



Kedut?? Stretch mark?? Dua benda ni lah yg paling mengerikan kaum wanita... Boleh ker guna words "ngeri" ni? Dh mcm cerita hantu pulak... Tak kisah lah apa pun, tapiii bagi saya ianya menang amat mengerikan... Ketahuilah, pengambilan vitamin C dan ESP secara konsisten mampu mengurangkan dan memudarkan kesan stretch mark selepas bersalin.  Eh, ni bukan untuk stretch mark jer… Tapi juga sebagai persediaan awal untuk mengurangkan kedutan di muka.

wajah dulunya kusam kini kembali mulus cantik
Apa fungsi vitamin C? Salah satunya membina kolagen kan? Jom baca tentang kolagen...
Vitamin C ni penting untuk pembentukan KOLAGEN. Kolagen adalah sejenis PROTEIN, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat dalam gigi. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan kekelatan badan. 


strecth mark selepas bersalin
Kolagen bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tak langsung membantu mengurangkan kedutan (stretch mark)… Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan... Ohhh tidakkk

Selain itu, salah satu fungsi kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platlet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka. Jadi, luka2 jahitan akan cepat sembuh…

Jommm amalkan Vitamin C dan ESP...Untuk kulit yang anjal, gebuu, halusss... Jom mulakan dari sekarang...


Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)

Rahsia Kekal Slim Walaupun Masih Menyusukan Bayi

with 0 Comment

Nak tahu vitamin yang selamat untuk ibu breastfeed tapi kekal SLIMMM?

Setiap pagi saya minum ESP.. kalau  tak minum rasa badan lain macam. BESTTTTT sangat ESP ni. Badan superb cergas, kulit licin, susu pun meriah... yg paling best BADAN SLIMMMM!!! wahhh.. teruja kan..

Jika anda baru lepas bersalin dan rasa perut menggeleber tak seperti masa anak dara. Anda rasa dah tal slim seperti dulu.... Anda memang patut risau!

Saya tau mmg sangat risau kalau badan tak kurus-kurus walaupun baby dah keluar. Hmmm.. saya plak memang badan lebih kurus daripada sebelum kawen!! MMG SYOK!!! Ni semua kerana fully breastfeeding dan amalkan makan vitamin Shaklee... ;D

Berhati-hati jika anda memilih set untuk SLIM.. kerana tak semua sesuai dengan ibu yang menyusukan bayi.. ada yang akan menyebabkan susu merudum dan yang paling bahaya jika memberi kesan sampingan kepada bayi seperti cirit birit dan lain-lain.

Diet dengan berlapar pun adalah sangat tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu kerana nutrisi yang mencukupi sangat penting untuk membekalkan susu yang berkhasiat kepada bayi. Malah susu pun boleh merudum jika ibu kurang makan, dan ibu pun mungkin boleh pitam jika penat sepanjang hari menyusu dan mengepam susu tanpa makan yang cukup.


Apa vitamin yang sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi?.. SELAMAT, SESUAI UNTUK IBU MENYUSU, SUSU TIDAK MERUDUM dan BAYI TIDAK CIRIT BIRIT!!!

Jika anda ibu menyusu dan hendak kurangkan berat badan, inilah vitamin yang patut anda amalkan

Basically untuk diet anda perlu Detox (Herblax/ Alfalfa) + Protein (Energizing soy Protein / Cinch) + Lecithin

Tapi kerana anda ibu yang menyusukan bayi, pengambilan Herblax dan Cinch tak sesuai untuk anda.. kerana Herblax boleh menyebabkan bayi cirit birit, begitu juga Cinch tidak digalakkan untuk ibu yang menyusukan bayi kerana Cinch rendah kalori ditakuti memberi kesan sampingan kepada tumbesaran bayi yang menyusu.


Jadi untuk anda yang menyusukan bayi, Energizing Soy Protein, Lecithin dan alfalfa (yang sudah ada dalam set BF shaklee) sudah cukup untuk anda kekal SLIMMM dengan cara yang selamat.

  1. Kenapa protein? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Pengambilan Energizing Soy Protein mengalas perut anda dan membuatkan anda kurang berasa lapar.
  2. Kenapa perlu Lecithin? Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak2 dan mencairkan kolestrol...Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darahn dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan kita
  3. Kenapa perlu detox? Detox adalah proses untuk mencuci usus daripada lendir di dinding usus. Detox penting supaya penyerapan nutrien lebih mudah berlaku. Alfalfa bukan sahaja berfungsi untuk mempercepatkan penghasilan susu, malah juga untuk detox.

Anda digalakkan untuk mengambil bersama SET breatfeeding Shaklee.. iaitu Vitamin C, B complex, Vitalea dan alfalfa.. untuk sentiasa sihat, cergas dan susu pun sentiasa meriah!!

Apa tunggu lagi.. Jangan tunggu sampai esok.. jangan sampai suami tegur baru terkocoh-kocoh nak cari produk yang sesuai. Anda pasti tak nak orang tegur adakah anda mengandung lagi kan, padahal baby anda baru 3 bulan.. hehe ;

Testimoni untuk dikongsi

Aliza Mohammad 
selepas mkn lecitin n fiber..dlm 1hari memang nmpak kesan...skrng dah 1bulan mkn,berat bdn dulu 79kg sekrng dah 70kg...hanya 1bln trn 9kg..tmbh lg mkn vitmin vitelea,B.complex,vit c,vit e..memang best.tak ada lg sakit pinggang,letih,stres kerja,sengugut wktu period dll lain tak ada lg dlm kamus liza..liza syukur alhamdulliah sekrng bdn dah ramping,paling hebt zink maslah rambut gugur tak ada lg...semua nmpak perubhan selepas mkn produk shaklee"shaklee pilihan ku no 1,teman siang dan mlm..
kredit: mamacergas.com

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)

Rahsia Anak Bijak Dengan Susu IBU

with 0 Comment
 Kenapa tak bagi susu ibu kepada bayi anda?


Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.
Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.

Smarter fats
Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi
Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.

Kolestrol
Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.

Smarter sugars
Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.

Perhubungan bijak
Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.



Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.
Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.


Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!


Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)
kredit to: mamacergas.com

VITAMIN SHAKLEE : Lebih dari 'Organik'!

with 2 comments
Lebih dari organik?

Agak hangat sekarang di pasaran mengenai VITAMIN ORGANIK. Rata-rata promosi makanan kesihatan sibuk mencanangkan status ORGANIK tu. Hinggakan ada yang tanya saya, vitamin Shaklee ni ORGANIK tak?

Cuba tengok label botol vitamin SHAKLEE... ada tak tulis 'produk Shaklee adalah Organik'? Takde kan... walaupun piawaian Shaklee memenuhi semua kriteria ORGANIK, kenapa tak dicanang title ORGANIK tu agaknya ye?



Apa itu 'ORGANIK'?


Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang 'lebih dari organik' ni, tahu tak apa maksud organik? 

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan 'Certified Organic' oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.


Macamana nak pastikan 'ORGANIK'?


Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label 'ORGANIK' kerana standard telah dipatuhi.


Kenapa SHAKLEE 'lebih dari organik'?


Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan 'lebih dari organik'. 

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)

Apa bukti SHAKLEE 'lebih dari organik'?


Saya nak kongsi satu fakta benar 'Shaklee Different' yang menunjukkan Shaklee 'lebih dari organik' 

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan  Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia. Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak. 

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti. 

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara. 

Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.   


(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)

Kenapa pilih SHAKLEE?
  • Sentiasa SELAMAT
  • Sentiasa BERKESAN
  • Sentiasa MESRA ALAM

Hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut... 

Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin jemput klik LIKE page fb ini :)

ESP- Perbezaan dengan Soya lain

with 0 Comment
Apa yang best ESP Shaklee ni?


Kat luar sana ada bermacam-macam brand yang menawarkan produk soya. Adakah anda tahu apakah kelebihan Protein Soya Shaklee?

Shaklee Difference

~ Merupakan SYARIKAT PERTAMA yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan 
   kacang soya

~ Dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an

~ Kini banyak ujian klinikal MEMBUKTIKAN Dr. Shaklee telah mengetahui protin soya adalah 
   FAKTOR UTAMA dalam  
   penjagaan KESIHATAN YANG UNGGUL

 ESP DIIKTIRAF SELURUH DUNIA kerana:

1. Mempunyai KAJIAN KLINIKAL yang SANGAT EKSTENSIF dan KOMPREHENSIF

2. KUALITI PROTIN yang TINGGI yang pernah dihasilkan

3. Kacang soya yang digunakan mengandungi NON-GMO (Non-Genetically Modified 
    Organism) - diproses pada suhu yang rendah

4. Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan dari 30kg kacang soya

5. Memberi SUMBER TENAGA SEGERA dan boleh berTAHAN LAMA

SATU-SATUNYA PRODUK yang mengandungi PENYEDIAAN 9 ASID AMINO PENTING yang TIDAK DAPAT DIHASILKAN oleh TUBUH MANUSIA

 Diperkaya dengan 5 VITAMIN, 4 MINERAL
 Sangat sesuai untuk SEMUA PERINGKAT UMUR
 INDEKS GLISEMIK RENDAH iaitu 39 - SANGAT SESUAI untuk penghidap KENCING   
 MANIS

 Satu hidangan ESP bersamaan:
~  2 KALI GANDA DAGING
~  4 KALI GANDA TELUR
~ 12 KALI GANDA SUSU

# RENDAH LEMAK
# TIADA KOLESTROL
# TIADA ASID URIK
# SANGAT MUDAH DISERAP oleh tubuh manusia



Pesanan, konsultasi dan pertanyaan boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ Contact No 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin

kredit:mumlovbabyshop

Anemia Semasa Hamil.

with 0 Comment

Mudarat kepada ibu dan anak?



Zat besi membantu membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu badan termasuk otak. Apabila kadar zat besi dalam darah rendah, tisu akan dahagakan oksigen. Ini menyebabkan badan rasa lemah, kurang daya ingatan, kosentrasi menjadi lemah, kurang motivasi dan kurang daya kerja.



Wanita sering mengalami kekurangan zat besi kerana mereka datang haid setiap bulan, mengandung dan menyusukan bayi. Seorang wanita dewasa memerlukan 15mg zat besi setiap hari dan digunakan oleh tubuhnya kira2 10mg.

Jika seseorang wanita itu mengandung, mereka memerlukan lebih zat besi kira-kira 27mg. Keperluan zat besi mungkin berkurangan apabila bersalin, namun zat besi masih perlu dititik beratkan terutamanya jika ibu menyusu. Kurang zat besi bukan sahaja memberi kesan buruk kepada ibu, malah turut memberi kesan kepada bayi.


Ramai wanita mengandung menganggap kesan letih, emosi terganggu atau lemah badan hanyalah simptom biasa dialami akibat perubahan hormon kehamilan terhadap tubuh. Namun apakah benar sedemikian? 

PERSEPSI ITU SALAH!!

Kajian menunjukkan satu bagi setiap tiga wanita yang mengalami simptom sebegitu sebenarnya mengalami masalah lebih serius iaitu anemia yang bukan saja kekurangan darah, tetapi kurang zat besi. 

Di Malaysia, 35 peratus wanita hamil mengalami anemia ringan dan kebanyakannya kaum India dan Melayu manakala 47.5 peratus wanita luar bandar disahkan anemia ketika lawatan antenatal pertama. 


Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, berkata wanita yang mengalami risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri semasa hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi paras darah mereka.

“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan bagi memastikan kelangsungan hidup dan apabila sel darah merah kurang daripada paras normal (kurang daripada 12-15 mg/dl), wanita itu menghadapi risiko anemia paling umum iaitu kekurangan zat besi. 

“Ia mungkin berlaku disebabkan badan kekurangan zat besi akibat diet tidak seimbang, penyerapan rendah, kesan sampingan ubat tertentu, genetik misalnya penyakit talasemia, kehilangan banyak darah terutama akibat haid dan kehamilan. 

“Faktor lain penyebab anemia boleh juga diakibatkan pengambilan gizi tidak seimbang, hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah), kehilangan darah akibat ulser perut dan buasir serta parasit,”
katanya. 

Jelas Dr Premitha, wanita hamil memerlukan zat besi tambahan bagi menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung keperluan diri dan juga bayi. 

Katanya lagi, dianggarkan bahawa wanita memerlukan lebih banyak zat besi semasa hamil iaitu tambahan daripada 15 kepada 27 mg/dl sehari. 

“Wanita hamil yang mengalami anemia kekurangan zat besi hendaklah sedar, kesannya bukan sekadar gejala pucat, letih, lesu dan sesak nafas saja. 

“Anemia semasa hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan tahap lebih serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, berat badan bayi rendah dan meningkatnya risiko kematian ibu. 

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya,” katanya. 

Dr Premitha berkata, anemia semasa hamil boleh ditentukan melalui proses diagnosis yang bermula dengan menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah. 

Bagi wanita hamil, pemeriksaan hemogblobin darah menjadi saat sukar bagi segelintir bakal ibu, bimbang jika tidak melepasi tahap normal ibu hamil iaitu lebih 11g/dl. 

Justeru, bagi menambah zat besi apabila sedang cuba mengandung, semasa dan ketika menyusukan bayi, wanita digalakkan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijiran penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan serta tauhu. 

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan bagi merawat anemia dan ibu hamil boleh memilih rumusan sesuai tubuh khususnya bagi yang sukar menerima rasa logam pil zat besi dan mereka berdepan kesan sampingan seperti sembelit. 

“Ketahuilah bahawa vitamin C mampu meningkatkan serapan zat besi manakala teh, kopi dan produk tenusu pula merencatkan serapan jika diambil bersama zat besi tambahan. 

“Jadi, sebaik-baiknya pengambilan pil zat besi tambahan diambil secara berasingan dengan teh, kopi dan produk tenusu serta kalsium iaitu sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum. 

“Pengambilan makanan kaya zat besi dan pil tambahan hendaklah diteruskan sehingga ibu berhenti menyusukan bayi atau sehingga enam bulan selepas melahirkan,” katanya.

Sumber
----------------------------
Di Shaklee, kami mempunyai Vitalea Iron Formula.. Multivitamin yang dirumus bersama zat besi. Sesuai untuk semua yang inginkan kesihatan yang optimum, malah sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kurang zat besi atau kurang darah.


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 



Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam 
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan 
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D 
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk 
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah 
      merah.*

Testimoni untuk dikongsi bersama



---------------------------------------------------------------------
Jika anda ambil berat tentang kesihatan diri dan anak yang dikandung, hubungi saya hari ini.. Sms/call 016-5199271 atau 
Fb: www.facebook.com/superbvitamin

kredit: mamacergas.com

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?