Bertemu lagi kita dalam segmen Marhalah Kehamilan Saya episod kedua. Hari ini saya berkesempatan untuk mencoretkan sedikit cerita yang boleh dikongsikan bersama pembaca setia blog Superb Vitamin. Saya baru sahaja melewati minggu ke 13 hamil dan akan masuk ke minggu ke 14.
Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Klinik Ajwa di Seksyen 7 Shah Alam untuk mengetahui keadaan kandungan saya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SAW semuanya berkedaan seperti yang dikehendaki. Pembesaran janin amat baik dan mengikut seperti yang dijangkakan. Jantung kandungan pun berdegup dengan stabil.
Minggu ini saya mengalami alahan yang sangat teruk. Asyik berangin sahaja badan ni. Loya-loya usah cakapla. Hilang selera makan. Kalau makan pun sejam nanti pasti muntah. Saya kehilangan kudrat. Lemah tidak bermaya. Apapun saya mengagahkan diri untuk makan apa sahaja yang lalu dimakan demi untuk mendapat sedikit tenaga dan kesihatan bayi dalam kandungan.
Saya pun tak tahu kenapa kehamilan kali ini begitu teruk ragamnya. Sebelum ini saya tidaklah mengalami pengalaman seteruk ini semasa mengandungkan anak pertama dan kedua. Ini bukan lagi dinamakan morning sickness lagi. Kalau dulu saya alami sedikit sahaja ragam di waktu pagi. Tapi kali ini lain. Sepanjang waktu. Betulah orang kata lain mengandung lain ragamnya. Adakah mommy-mommy juga pernah mempunyai pengalaman macam saya ni?
Laksa menjadi favourite saya masa hamil kali ni |
Kenapa saya rasa loya?
Sebenarnya, rasa loya,mual,mabuk adalah petanda baik. Ia menunjukkan paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi dalam kandungan.
Berapa lama rasa loya ni baru hilang?
Tidak lama. Apabila dah masuk 14 minggu mengandung InsyaAllah kita dah sihat dan berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni mesti rasa tak sabar nak tunggu baby tendang-tendang :)
Boleh jejaskan pembesaran bayi tak?
Ia tidak menjejaskan. Dengan syarat makanan dan minuman cukup untuk bayi dan ibu. Tapi kalau kandungan atau ibu hamil tidak ambil nutrisi secukupnya ia akan menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf bayi mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!
Cara nak atasi ?
Boleh cuba amalkant petua dan cara amalan orang-orang terdahulu. Kaau tak berkesan juga oleh cuba supplemen semulajadi Shaklee kerana ia dah berjaya bantu ramai ibu hamil yang terpaksa melalui pelbagai ragam masa mengandung ni. Untuk atasi masalah ini saya amalkan Peppermint Ginger Plus Shaklee.
Kebaikan Peppermint Ginger Plus Shaklee
- Membantu dalam proses penghadaman
- Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
- Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
- Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
- Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
- Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus
- Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
- Melegakan sakit perut
- Mengurangkan sakit senggugut
- Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
- Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan
- Membantu menghilangkan kembung perut
- Melegakan kesakitan perut
- Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus
- Melegakan masalah pencernaan
- Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
- Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
- Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan
Sekali lagi saya ingin mengingatkan ibu-ibu mengandung supaya sentiasa mengekalkan keperluan nutrisi dalam badan kita dengan cukup. Jangan abaikan keperluan ini. Ibu kekal bertenaga dan anak yang dikandung pun membesar dengan sempurna. Insyallah.
Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
sedapnya laksa! tahniah sis.. :)
ReplyDelete