Apa nak buat hari ni? Asyik mabuk jer. Ini adalah salah satu cara nak kurangkan mabuk mengandung iaitu updet blog. huhuhhuhu... Rasanya baru semalam jer bersalinkan anak kedua saya Ilmuna. Cepat masa berlalu. Kini Ilmuna sudah pun berusia 1 tahun 7 bulan dan masih sepenuhnya menyusu. Terima kasih Allah atas nikmat dan rezeki yang Kau berikan kepada ku.
Saya nak berkongsi tentang peranan kalsium. Pentingkah kalsium ni? Ibu hamil seperti saya ni perlukah dapatkan kalsium yang cukup? Ibu hamil jangan abaikan kalsium. Apa itu kalsium. Jom kita baca seterusnya...
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain.
Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Bagi ibu hamil yang tidak suka minum susu, Ostematrix Shaklee memang sesuai sebagai pengganti susu. Bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa."
Selain itu ostemmatrix dapat mengurangkan rasa lenguh-lenguh, kaki kejang terutama kepada ibu hamil. Ostematrix buat saya mudah bangun dari tidur. Pastinya saya akan berasa segar setiap kali memulakan rutin harian saya. Memang best!
Percaya tak, ostematrix antara vitamin yang bantu boosterkan susu bagi ibu yang menyusu? Bagi yang menyusu, ianya membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.
Bila badan kita segar, tiada kemurungan, ia membantu oksitosin dirembeskan dengan baik sekali. Sebab itu ia antara vitamin yang dimasukkan dalam set 3M. Dalam alfalfa turut ada mengandungi kalsium tetapi dalam nisbah yang sedikit. Kekangan alfalfa bila ambil dengan banyak tetapi kurang air akan buat sembelit ditambah susu akan berkurang dengan sendirinya. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu bergantung dengan alfalfa semata-mata untuk sumber kalsium.
Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tau yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ni adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya bila seseorang tak dapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot dan mengakibatkan OSTEOPOROSIS
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment