“Kak Mazni, Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin,” seorang sahabat mengadu kepada saya.
" Agaknya anak ko sudah pandai buat buih kot." Balas saya sambil cuba berlawak dengannya.
9 perkara yang perlu diketahui:
- Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
- Kita harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
- Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, kita tidak perlu panik kerana kita tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
- Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
- Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
- Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
- Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
- Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
- Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka. sumber: http://pama.karangkraf.com
Apa perlu dilakukan untuk merawat keguguran rambut selepas bersalin ini?
- Tukar kepada syampoo yang lebih rendah kandungan kimia atau syampoo yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
- Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
- Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
- Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea
Untuk mengetahui Vitamin merawat keguguran rambut selepas bersalin sila klik di bawah
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
0 comments:
Post a Comment