Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

CoQ-Trol Plus vitamin kesihatan jantung

with 0 Comment

Jantung sihat bukan untuk diabaikan


Pernah tak kita hadapi situasi ini, orang yang kita kenali sihat walafiat secara mengejut kembali ke rahmatullah?

Sejak akhir-akhir ini ramai kawan yang dikenali pergi mengadap sang pencipta dalam usia yang muda. Sungguh terkejut dan tak sangka. 
Ada yang baru sahaja beberapa hari lepas terjumpa dan bersembang tetapi kini telah tiada. Allahu sedihnya rasa.




Malah beberapa artis terkenal juga turut meninggal dunia ketika usia muda kerana penyakit jantung seperti Hani Mohsin dan Yus Jambu. Alfatihah untuk mereka berdua.

Jadi inilah topik yang kita akan bincangkan kali ini iaitu penyakit kardiovaskular pembunuh nombor satu dan pembunuh senyap rakyat Malaysia.
Berdasarkan perangkaan Organisasi Kesihatan Sedunia, 37 peratus kematian rakyat Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.
Malah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia, penyakit kardiovaskular adalah dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding punca kematian akibat barah.
Fakta mengatakan penyakit kardiovaskular ini boleh dicegah menerusi amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.
Selain itu amalan pengambilan supplement yang mempunyai Coenzyme Q10 (CoQ10) mampu menjaga kesihatan jantung kita.



 Apa pentingnya CoQ10 pada jantung?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak hadir secara semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik.
CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung kita kuat dan sihat. 
Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, kita memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

  • Menguatkan otot-otot jantung.
  • Menyokong fungsi jantung yang sihat.
  • Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.


Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan, begitu juga jantung kita. Tidak susah pun nak menjaganya jika kita mengamalkan cara hidup sihat. Paling penting jangan lupa pastikan CoQ10 pada jantung kita mencukupi. Mujur Shaklee ada menghasilkan vitamin untuk kesihatan jantung. Best tak?
Berita baiknya Shaklee memang serius dengan nasib rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyakit kardiovaskular ini dengan menghasilkan CoQ-Trol Plus vitamin untuk penjagaan kesihatan jantung kita. 



Apakah CoQ-Trol Plus?

Coenzyme Q10 (CoQ10)  merupakan komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. 
Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. CoQ10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. 
Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.
Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.
Walaubagaimanapun, tahap CoQ10  menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap CoQ10 semakin rendah di dalam tubuh.

Keistimewaan CoQ-Trol Plus Shaklee

  • CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.
  • Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.
  • Membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.
  • Bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah.
  • Penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Bagaimana mahu mendapatkan CoQ-Trol Plus Shaklee ini?

Untuk info perinician produk, pertanyaan dan pembelian CoQ-Trol Plus Shaklee,bolehlah hubungi SuperbVitamin  di  016-5199271 atau 019-2249556 
Atau boleh terus watsap dengan klik www.wasap.my/60165199271





0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?