Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Menuduh Isteri Mandul, Sebenarnya Jamil Punca Tidak Subur

with 0 Comment

Jangan mudah menuduh isteri mandul!


Siapa pernah menonton filem Madu 3 arahan Tan Sri P.Ramlee? Jangan beritahu saya tak pernah menonton! Boleh kerat jari saya ini jika ada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak menonton cerita Madu 3. Bahkan ada yang menontonnya berulang-ulang kali tanpa rasa jemu malah boleh hafal dialog dalam filem tersebut. Hahahahaha betul tak? "Butang baju melayu aku mana pah?"

Jamil watak dalam filem itu telah membuat keputusan untuk berkahwin lagi  dengan alasan isteri pertama Puan Latipah mandul dan belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin. 


Saya tak mahu bercerita bab huru hara komedi dalam filem ini  apabila tembelang Jamil pecah. Mungkin sudah skrip cerita diolah sebegitu atau kebetulan, Jamil telah berkahwin lagi dengan isteri ketiga iaitu Puan Rohani beberapa bulan selepas dia berkahwin dengan Puan Hasnah iaitu isteri kedua beliau. Ketika itu tiada tanda-tanda Puan Hasnah berbadan dua. Nampak tak? Kenapa Jamil senang sangat menuduh Puan Latipah mandul? 


Persoalannya di sini siapakah yang mandul? Puan Latipah, Puan Hasnah, Puan Rohani atau Encik Jamil? Kenapa wanita atau isteri selalu dipersalahkan apabila gagal melahirkan zuriat? Adakah wanita sahaja patut dipersalahkan dalam hal ini. Kaum Adam pula boleh mendabik dada dan terus ego untuk tidak meletakkan punca sebenar kegagalan mendapatkan zuriat? Apakah ini memang sudah menjadi lumrah? Oh kejamnya dunia.


Meletakkan kesalahan dan tanggungjawab ke bahu isteri kerana kegagalan menimang cahaya mata sebenarnya tidak relevan. Untuk mendapatkan cahaya mata kedua-dua belah pihak iaitu suami isteri perlulah sihat dan subur. Sebelum kita pergi lebih jauh apa kata kita baca dulu penyebab lelaki tidak subur.



9 penyebab Lelaki Tidak Subur

  1. Berat badan tidak ideal – terlalu kurus atau terlalu gemuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon
  2. Pengambilan ubat terlarang seperti ganja boleh menyebabkan kemandulan atau ubatan antibiotik seperti tetracycline boleh  menurunkan hormone testosterone sehingga 20%.
  3. Tekanan perasaan
  4. Merokok – merokok boleh menyebabkan masalah kesuburan kepada lelaki
  5. Faktor pekerjaan dan persekitaran – sebagai contoh saintis yang sering terdedah kepada bahan kimia berlebihan boleh menyebabkan kemandulan.
  6. Pemakanan yang tidak sihat seperti gemar mengambil makanan sejukbeku atau makanan ringan.
  7. Air mani tidak normal dan tidak mengandungi sperma yang mencukupi
  8. Masalah pada buah zakar seperti jangkitan atau luka pada testis.
  9. Hypogonadism- peningkatan usia menyebabkan lelaki kekurangan hormone testosterone dan boleh menjadi tidak subur.
Bagi lelaki, faktor kesuburan mereka adalah berkaitan dengan kesempurnaan sperma yang dihasilkan oleh mereka. Mari kita tengok gambar-gambar di bawah ini yang menerangkan perbezaan di antara sperma yang sihat (normal) dan sperma yang  tidak sihat (abnormal).




Ujian Kesuburan Lelaki
Ujian air mani merupakan satu-satunya ujian yang boleh menentukan kesuburan lelaki. Dalam ujian ini, sample air mani suami akan diambil dan diuji bagi mengenalpasti kemampuannya  menghasilkan sperma dan tahap kesuburan sama ada  bilangan sperma mencukupi, mempunyai struktur yang normal dan aktif. Para suami dinasihatkan tidak perlu takut untuk membuat ujian ini kerana walaupun mempunyai masalah, ianya boleh dirawat  dan dipulihkan berdasarkan masalah yang dialami.

Justeru itu suami wajib melakukan ujian kesuburan dan bukan mengharapkan isteri sahaja menjalani ujian kehamilan. Nak anak tapi seorang sahaja yang berusaha, mana nak jadi. Memang ternyata bab ini lelaki memang ambil mudah dan langsung tak serius. Mereka anggap diri mereka tidak bermasalah, gagah, perkasa dan sebagainya. Suami perlu rendahkan ego dan pergilah melakukan ujian kesuburan bersama isteri agar masalah sebenar dapat dirungkaikan. Uolls rasa Encik Jamil tu pernah buat ujian kesuburan tak?Hahahaa

Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan lelaki

Amalan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Set kesuburan lelaki Shaklee memang tidak mengecewakan. Malah ramai pasangan suami isteri berpuas hati sejak mengamalkan set kesuburan lelaki ini. Jom kita tengok luahan mereka di bawah ini:

~Testimoni 1

~Testimoni 2
~Testimoni 3

Set Kesuburan Lelaki Shaklee




1. Vita-E Complex
  • melindungi jantung
  • mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • anti-Penuaan
  • anti-oksidan yang kuat
  • meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga
  • memperbaiki arthritis
  • memperbaiki parut

2. Zinc Complex
  • memperbaiki kebolehan seksual lelaki dan meningkatkan keupayaan seks
  • zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki
  • menambahkan keupayaan fungsi seksual lelaki
  • membentuk kolagen
  • memperbaiki masalah berkaitan prostat
  • membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin dan memperbaiki diabetes
  • mempercepatkan pemulihan luka

3. CoqHealth
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan bilangan sperma
  • meningkatkan kelajuan pergerakan sperma
  • mengurangkan peratusan sperma yan abnormal
  • menguatkan fungsi jantung
  • mencegah penyumbatan pada saluran darah.

Kata bidalan, "Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya." Kalau kita tidak berusaha bagaimana kita nak berjaya. Yang penting jangan berputus asa untuk dapatkan zuriat. Setiap pasangan suami isteri patut berusaha untuk mendapatkan zuriat. Janganlah kita berdoa kepada Allah tanpa usaha. Apapun setelah kita berusaha kita hendaklah bertawaqal kepada Allah kerana rezeki itu hak Allah untuk berikan kepada kita.

Jom berusaha untuk tingkatkan kesuburan lelaki dengan mengamalkan set kesuburan lelaki Shaklee. 



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.





Badan Gemuk Selepas Bersalin Umpama Mimpi Ngeri Menjadi Kenyataan

with 3 comments

Aduhai! Bila badan nak ramping semula ni


Mungkin tajuk di atas dipandang sebelah mata kepada wanita yang tak pernah bersalin atau masih bujang. Ada juga wanita yang memang tiada masalah dengan fenomena badan gemuk selepas bersalin. Apatah lagi kepada ibu-ibu yang memiliki susuk badan ramping slim melim walaupun anak 5 berderet. Yang menjadi tanda tanya kenapa mereka yang beranak pinak ini masih kekal cantik kurus langsing? Apa rahsia mereka? Kalau mereka boleh kurus takkan kita tak boleh? Mari kita bongkarkan rahsia ini.



Punca badan gemuk selepas bersalin

Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air. Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak.
Heart emoticon 
Ibu tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika ibu tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan.
Heart emoticon 
Sebab kedua ialah mungkin ibu selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.


Selain masalah berat badan susah hendak turun selepas bersalin, saya pasti perasaan akan bertambah kecewa tatkala melihat banyak pakaian kita jadi mengecut. Eh baju kita mengecut atau kita yang mengembang? Hahahaha. Sendat, terbonjol lemak sana, terbonjol lemak sini, dan ada yang tak boleh pakai langsung. Memang mimpi ngeri menjadi kenyataan ni. Adoooiyai memang sedih perasaan masa ini. Yang pasti duit pasti akan terbang lagi untuk membeli pakaian baru sesuai dengan saiz badan sekarang. 
Alhamdulillah masalah badan gemuk selepas bersalin ini dapat saya atasi setelah mengamalkan tips di bawah ini:

Tips elakkan badan gemuk selepas bersalin

  • Susu ibu : Susukan anak dengan susu badan kita sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Klik untuk dapatkan tips ibu menyusu sehingga 2 tahun
  • Berbengkung : Mungkin ramai di kalangan ibu bersalin yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin. Rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah dengan berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.
  • Bertungku, bertangas, bersauna : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan
  • Kawalan pemakanan : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna kita boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika kita tidak menyusu atau bayi kita tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.
    Jom dapatkan badan langsing macam saya!
  • Cinch Shake: Saya mengamalkan Cinch Shake Shaklee selepas anak saya berusia 6 bulan. Pada masa ini anak saya sudah boleh diberikan makanan yang lain seperti bubur nasi atau nestum. Cinch dapat membantu mengurangkan inci badan kita tetapi dalam masa yang sama tetap memberikan tenaga kepada kita. Jom baca lebih lanjut dengan klik keistimewaan cinch shake. Semasa mengandung berat badan saya 80 kg, kini selepas 10 bulan berat badan saya menjadi 50 kg.
  • Senaman dan aktiviti fizikal : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu kita mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik
  • Detoksifikasi : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan kita mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh kita terutamanya perut. Saya suka detox dengan herb-lax shaklee. Memang best detox dengan herb-lax. Jom klik dan baca kebaikan herb-lax shaklee
Jom saya belanja video berdurasi 2 minit ini. Mesti tonton untuk mengetahui cara dan bagaimana Puan Salwa elak badan jadi gemuk selepas bersalin. Jom kita tonton!

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Sebenarnya nak kurus ni terpulang kepada kita. Jika kita bertekad dan berdisiplin pasti kita akan dapat capai bentuk badan yang kita idamkan. Kalau nak berdiet sihat dan kurus macam saya selepas bersalin bolehlah hubungi saya untuk dapatkan tips dan suplement sihat bertenaga, susu banyak dan bayi tetap kenyang walaupun menyusukan anak. Jangan tunggu sehingga suami benci dengan bentuk badan kita baru nak bertindak! Kita bijak dan pasti kita akan lakukan sesuatu yag terbaik untuk diri kita. Betul tak?



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

10 Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Masuk Syurga

with 0 Comment

Siapa tak nak masuk syurga?


Masa kecil dulu selalu dengar carta pujaan 10 Nescafe di radio yang berkumandang saban Ahad setiap minggu. Bila menjengah alam remaja carta RIM kelolaan Afdlin Shauki selalu menjadi tumpuan di kaca televisyen setiap Ahad. Hari ini pelbagai carta top 10 diadakan. Kenapa manusia suka dengan carta?



Kaki bola pasti asyik dengan carta 10 gol tercantik BPL atau 10 gol tercantik Luiz Suarez di Liverpool. Remaja pula mungkin dengan carta 10 artis paling diminati atau pun 10 artis K-Pop paling digilai! Namun kita seakan terlupa dengan carta 10 sahabat Rasulullah saw yang dijamin masuk syurga. Siapakah 10 sahabat itu? Adakah kita tahu?

1. Abu Bakar al-Siddiq

Sahabat Rasulullah saw yang paling rapat dan akrab merangkap bapa mertua baginda. Sabda Rasulullah yang bermaksud, "Orang yang sanggup bekorban harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi beliau merupakan saudaraku dalam islam." (Riwayat Muslim)

2. Umar al-Khattab

Pengislamannya benar-benar memberi nafas baru kepada Islam. Merupakan sahabat kedua yang paling dicintai Rasulullah saw. Juga merangkap bapa mertua baginda. Sebelum masuk Islam, seluruh penduduk Mekah merasa takut kepadanya. Umar memeluk islam setelah mendengar surah Thoha yang dibaca oleh adiknya. Beliau sangat keras dalam membela agama Allah.

Di zaman pemerintahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari timur hingga ke barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditakluknya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah, rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Uthman bin Affan

Sayangnya baginda kepada Uthman sehingga mengahwinkan dua orang puterinya dengan beliau. “Orang yang paling kasih sayang di antara umatku adalah Abu Bakar dan paling teguh dalam menjaga ajaran Allah adalah Umar dan yang paling bersifat pemalu adalah Uthman. (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al Hakim, At Tirmidzi)

Uthman adalah seorang yang sangat dermawan, dalam sebuah persiapan pasukan, pernah Uthman yang membiayainya seorang diri. Setelah kaum muslimin hijrah, saat kesulitan air, Uthmanlah yang membeli sumur dari seorang Yahudi untuk kepentingan kaum muslimin. Pada masa kepemimpinannya Uthman merintis penulisan Al Qur’an dalam bentuk mushaf, dari lembaran-lembaran yang mulai ditulis pada masa pemerintahan Khalifah Abu Bakar.


4. Ali bin Abu Talib

Sahabat, sepupu dan merangkap menantu Rasulullah saw. Biarpun masih muda, pemikiran Ali seperti  orang dewasa, tubuhnya perkasa dan bersemangat waja. Beliau tidak teragak-agak mengirbankan diri demi Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda kepada Ali, maksudnya, "Kedudukanmu denganku seperti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa. Tetapi tiada nabi selepasku." (Riwayat Muslim)

5. Talhah bin Ubaidillah

Seorang saudagar berjaya. Namun dia keluar dari comfort zone dengan memeluk Islam. Natijahnya badan yang suatu ketika dahulu mulus, kini tembus dengan cacahan pedang, tombak dan panah. 
Talhah masuk islam pada awal datangnya Islam di Mekah. Turut serta dalam Perang Uhud dan peperangan setelahnya. Dia tidak turut dalam Perang Badar karena saat itu ia di Syam untuk berdagang. Tetapi Rasulullah saw memberikannya harta rampasan pPerang Badar dan menetapkannya sebagai ahli Badar. 

6. Zubair bin al-Awwam

Sahabat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah saw daripada pelbagai arah. Beliau ialah sepupu Nabi kerana ibunya ialah kakak ayah baginda. Selain itu beliau ialah anak saudara Nabi kerana Khadijah ialah ibu saudaranya. Beliau juga biras Nabi kerana beristerikan Asma' binti Abu Bakar iaitu kakak Aisyah.

Kepahlawanan Zubair ibnul Awwam pertama terbukti dalam perang Badar ketika beliau berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Zubair ibnul Awwam berhasil menombak kedua matanya sehingga musuhnya tersungkur dan mati sekaligus membuatkan pasukan Quraisy ketakutan.

7. Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Dalam perang Badar, beliau terpaksa membunuh ayahnya yang tidak henti-henti menghalangnya. Lalu Allah menurunkan firmanNya sebagaui pengubat jiwa dan pujian buatnya, mafhumnya, " Engkau tidak akan mendapati orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat akan berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan Rasulnya, walaupun mereka itu bapa, anak, saudara atau keluarga mereka. Merekalah orang yang Allah teguhkan iman di hati." (Surah al-Mujadalah 58:22)

8. Saad bin Abi Waqqas

Beliau sangat mencintai ibunya, namun lebih mencintai Allah. Ibunya yang masih kafir melakukan mogok lapar untuk memaksa beliau kembali kufur. Beliau berkata dengan berat hati, "Sekalipun ibu ada seribu nyawa dan ditamatkan satu persatu, saya tetap tidak akan tinggalkan agama ini."

Allah berfirman, "Sekiranya ibu bapamu mendesakmu supaya syirik kepadaKu dengan sesuatu yang engkau tidak tahu, maka usah patuhi. Namun tetaplah bersahabat dengan mereka di dunia dengan sebaik-baiknya." (Surah Luqman 31:15)

9. Sa'id bin Zaid

Adik ipar kepada Ummar al-Khattab. Beliau boleh dibanggakan dengan peristiwa dilanyak oleh Umar yang menjadi keislaman Umar yang amat diharap-harapkan oleh Rasulullah. Beliau masuk Islam pada awal kemunculan Islam di Mekah. 

Ramai orang yang lemah berkumpul di rumah mereka untuk memperoleh ketenteraman dan keamanan, serta penghilang rasa lapar kerana Said adalah seorang sahabat yang dermawan dan pemuarah.

10. Abdul Rahman bin 'Auf

Beliau hebat dalam perniagaan dan peperangan. Tidak ada satu peperangan besar bersama Rasulullah pun yang beliau terlepas. Bahkan operasi ketenteraan Islam dalam peperangan besar seperti Tabuk dapat digerakkan berkat pakej bantuan yang diberikannya.
Beliau juga menanggung perbelanjaan hidup para isteri baginda selepas kewafatan baginda.

kredit: Solusi isu no49



Terima kasih kerana sudi membaca carta 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Semoga menjadi inspirasi kepada semua muslim sejati. Kita hendak masuk syurga tetapi kita tidak tahu golongan yang telah berjaya mendapat tempat di sana. Ia menjadi motivasi kepada kita dengan moto hidup, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah.




Tips Bibir Merah Jambu Tanpa Menggunakan Lipstick

with 0 Comment

Kenapa Wanita Suka Merah Jambu?


Benarkah bibir yang merah itu seksi dan menggoda? Tetiba topik ini menjadi hangat dibincangkan dalam whatsapp group rakan sekolah saya. Tapi kami membincangkan topik bibir merah jambu. Merah jambu atau pink sememangnya warna kegemaran wanita. Tak wanitalah kalau takde pink! Eh betulkah? Tanpa pink wanita tidak boleh hidup! Hahahaha. Jangan percaya apa yang saya gurau ni yek.



Memiliki bibir merah jambu secara semula jadi menjadi idaman setiap wanita kerana ia membuatkan wajah kelihatan lebih berseri, muda dan menarik. Kadangkala wajah nampak lebih cantik sekiranya tidak disapu solekan tebal dan bibir merah jambu semula jadi menyerlahkan sisi lebih menarik pada wajah. 

Bagaimanapun tabiat suka merokok, kurang minum air, tidak menyapu pelembap bibir atau kurang memberi perhatian kepada penjagaan bahagian bibir boleh membuatkannya kelihatan kering tidak bermaya. 



Walaupun bibir kita tidak setading dan seseksis Angelina Jolie, tidak bermakna kita mengabaikan penjagaan bibir kita. Pastinya kita harus bersyukur dan memeliharanya supaya sentiasa cantik, merah jambu dan merekah. 

Jom amalkan tips bibir merah jambu tanpa perlu menyapu gincu. 


  • Jika bibir kelihatan kusam, gosok bibir dengan lulur yang boleh dihasilkan sendiri. Hanya campurkan satu sudu kecil gula, satu sudu kecil jus lemon dan satu sudu kecil madu, kemudian kacau sebati. 
  • Gosokkan campuran itu pada bibir selama seminit dan biarkan seketika sebelum dibilas. Lulur berkenaan membantu menyingkirkan sel kulit mati, seterusnya mencerahkan kulit bibir dan ia akan kelihatan lebih merah jambu. 
  • Bagi menjadikan bibir lembut dan kemerahan, gunakan teknik mengurut bibir secara perlahan setiap malam sebelum tidur menggunakan berus gigi lembut yang dibasahkan. 
  • Kaedah ini membantu membersih dan menyingkirkan sel kulit mati selain melancarkan peredaran darah. 
  • Jika menginginkan warna merah yang lebih terang tetapi semula jadi tanpa perlu gincu, air ubi bit boleh membantu memberikan warna merah menarik pada bibir. 
  • Bukan sekadar warna, ubi bit juga kaya dengan antioksidan dan vitamin yang memberikan nutrien kepada bibir supaya ia lebih sihat. 
  • Jus lobak merah juga membantu memberikan warna semula jadi kepada bibir, sama seperti ubi bit. Gunakan kapas dan sapu air lobak pada bibir untuk memberikan vitamin A dan sedikit warna ceria semula jadi pada bibir. Nak dapatkan vitamin A dengan mudah? Jom klik di sini
  • Pecahkan biji buah delima dan sapukan pada bibir untuk penampilan lebih merah, terang dan pada masa sama, me­nyerap kebaikan yang ada pada buah berkenaan. 
  • Lenyekkan kelopak bunga mawar dalam mangkuk sehingga keluar jus dan sapukannya pada bibir. Bukan saja warnanya cantik, ia turut melembap dan membuatkan bibir lebih mungil. 
  • Gosokkan hirisan timun pada bibir setiap hari selama beberapa minit untuk menyejukkan bibir dan membuatkannya lebih lembap. 
  • Kulit buah oren boleh digunakan untuk menggosok bibir beberapa minit, mengubah warna kusam pada bibir dan mengubahnya menjadi lebih merah jambu.
Namun bibir merah jambu seakan menjadi tidak berguna jika wajah kita dicemari jerawat, jeragat, kulit kusam dan sebagainya. Ibarat pintu seri sudah cantik tetapi di bahagian dalamannya belum sempurna lagi untuk berseri. Jadi macam mana nak atasi masalah di bawah ini?



Nak muka cantik berseri, bebas jerawat dan jeragat serta tona kulit sekata kenalah amalkan Set Vitamin Skincare Shaklee. Ia merawat masalah kulit kita dari dalam. Apabila dalaman sihat, pasti luaran akan sihat dan cantik. Betul tak? 

Set Skincare menghapuskan masalah jerawat di muka



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556

♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?