Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Testimoni Terbaik Vitamin Shaklee Merawat Ekzema

with 1 comment

Alhamdulillah, syukur!


Salam ceria semua! Salam kebahagian di mana jua uols berada. Entri kali ini saya nak share satu kisah yang awesome! 

Testimoni terbaik vitamin Shaklee merawat ekzema. Bayi comel ini adalah anak kakak saya. Nama dia Irdina Sofea. Tetiba ketika berusia 8 bulan dia diserang ekzema yang sangat teruk. Seluruh badan dijangkiti ekzema.

Sebelum



2 minggu selepas amalkan Shaklee

Selepas mengamalkan vitamin Shaklee seperti Herbal Blend, Mealshakes, Nutriferon dan Basic H selama 2 minggu, inilah hasilnya. Syukur Alhamdulillah!




Saya telah consult cara dan aturan makan dan penggunaan Herbal Blend, Mealshakes, Nutriferon dan Basic H untuk merawat ekzema ini selama 2 minggu. Alhamdulillah akhirnya dapat hasil yang awesome! Syukur sangat!




DISCLAIMER: Segala testimoni/ penulisan tentang produk yang dikongsi di entri ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Ini adalah perkongsian dan ikhtiar. Kita hanya berusaha dan Allah jua yang menyembuhkannya.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vivix Shaklee Membantu Merawat Diabetes

with 6 comments

Awas! Ancaman Diabetes

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.

Vivix Shaklee Membantu Merawat Kencing Manis


Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee. Kenali Vivix Shaklee (jom klik) 

Vivix Shaklee Membantu Merawat Kencing Manis


Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”) 

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

Jom kita lihat testimoni pesakit diabetis yang telah sembuh dengan pengambilan Vivix Shaklee

Vivix Shaklee Membantu Merawat Diabetes
Vivix Shaklee Membantu Merawat Diabetes


Vivix Shaklee Membantu Merawat Diabetes

Vivix Shaklee Membantu Merawat Diabetes


Orang kata mencegah lagi baik daripada mengubati. Beringat sebelum kena. Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan. Jika anda menghidapi diabetes bolehlah berikhtiar dengan Vivix Shaklee. Dengan adanya testimoni-testimoni di atas ternyata Vivix Shaklee membantu merawat diabetes. Kuasa penyembuhan di tangan Allah. Sambil amalkan vivix jangan berhenti menadah tangan memohon kesembuhan daripada yang Maha Berkuasa!

Untuk yang masih sihat pula janganlah mendabik dada bahawa akan selalu sihat selamanya. Jika berkemampuan adalah bagus mengamalkan Vivix Shaklee dari usia yang muda. Kesihatan yang sihat sangat bernilai untuk manusia dan tiada galang gantinya!

Apa tunggu lagi! Pesakit diabetis wajib mengamalkan Vivix Shaklee. Untuk membuat pembelian terus dengan Shaklee dengan cepat dan mudah  sila klik 



Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.




Punca Penyakit Diabetes

with 0 Comment

Rakyat Malaysia di ambang maut!

  • Semakin ramai golongan muda, termasuk kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, menghidap penyakit Kencing Manis Jenis 2 (T2D) dan kini, angka itu semakin meningkat.
  • Dianggarkan 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan jumlahnya boleh mencecah dua kali ganda jika diambil kira kes-kes yang tidak dilaporkan. sumber 
rawat diabetis dengan shaklee

Penyakit diabetes bukan sekadar mempunyai kandungan gula berlebihan dalam sistem darah, malah lebih serius ia boleh menjejaskan organ penting pesakit seperti jantung, buah pinggang, saraf dan mata.
Jom kita baca apa punca penyakit diabetes ini :


Pola makan seseorang 

bagi sesiapa yang sering memakan makanan yang mengandung karbohidrat secara berlebihan akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. Hindari juga makanan makanan yang mengandung lemak atau berlemak tinggi. Pengambilan makanan secara bersesuaian jangan sampai berlebihan. Kurangkan pengambilan makanan yang manis, selalulah minum atau makan sumber yang rendah gula.

Pola pemakanan yang tidak sihat dan tidak teratur adalah penyebab utama berlakunya penyakit ini. Masyarakat moden zaman sekarang memaksa kita mengambil makanan yang cepat dimasak dan mudah didapati seperti makanan di dalam tin atau makan di restoran makanan segera tanpa kita menghiraukan risiko yang akan berlaku. Menjaga pola pemakanan adalah kunci menghindari penyakit ini.


Kegemukan atau obesitis 

rawat diabetis dengan shaklee

Hal ini berkait rapat dengan pola makan, pola makan yang tidak teratur akan menyebabkan kegemukan. Timbulnya lemak yang berlebih didalam tubuh akan mengganggu kerja insulin di tubuh kita, dengan tergangunya hormon ini maka terjadilah gejala penyakit diabetes. Ramai orang terkena diabetes disebabkan kegemukan.


Usia 

Dengan bertambahnya usia maka fungsi organ dalam tubuh kita pun akan mulai berkurangan. Sebuah mesin kalau sudah lama juga akan sering mengalami gangguan.


Kurang bersenam 

Kurang bersenam dan hanya menghabiskan waktu kita untuk bekerja duduk berdiam diri tanpa adanya aktiviti tubuh badan akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetes. Semakin sedikit aktiviti yang anda lakukan maka semakin sedikit pula gula didalam tubuh yang terbakar menjadi tenaga sehingga terjadi pengumpulan gula didalam darah dan menyebabkan diabetes.


Keturunan 

Jika keluarga kita ada yang menghidap penyakit diabetes. Kita berisiko terkena penyakit kencing manis, walaupun kebarangkaliannya adalah sangat sedikit kita mungkin akan menghidap penyakit ini di kemudian hari.

Punca Penyakit Diabetes


Bagaimanapun, Perunding Endocrinologis dan Ketua Unit Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pulau Pinang Dr Nor Azizah Aziz berkata penyakit diabetes kronik boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan permakanan seimbang.
"Bagi mereka yang dijangkiti, komplikasi diabetes boleh dilambat atau dihalang," katanya.

Bagaimana nak mencegah dan merawat diabetes?

Vivix Shaklee membantu merawat diabetis (jom klik)

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

6 Tips Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

with 3 comments

Suami dan Isteri wajib berkerjasama!


Kaum Lelaki atau suami memahami dengan jelas akan kepentingan dan kebaikan susu ibu sebagai pemakanan terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan minda anak. Namun demikian, masih ada segelintir kaum lelaki beranggapan untuk menjayakan penyusuan susu ibu hanyalah dibawah tanggungjawab isteri semata-mata. Bagi mereka, peranan suami terhad dalam penawaran berkaitan kewangan seperti pembelian kelengkapan bayi, pam susu berkualiti dan makanan sihat.



Sebelum itu jom kita tengok video di bawah. Ada pengajaran yang tersirat dalam video ini. Adakah tindakan suami dalam video ini betul?


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Sudah lihat? Apa yang kita boleh dapat dari cerita video berkenaan? Senang ke nak menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun? Nak nak lagi kalau isteri itu seorang yang bekerjaya. Memang kena ada ketabahan dan keazaman yang kuat untuk menjayakan misi murni ini. Suami? Suami kenalah lebih fleksibel dan ambil tahu kehendak dan keperluan isteri yang menyusu ini. Barulah orang kampung saya cakap berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Betul tak?


Untuk menjayakan penyusuan susu ibu ia memerlukan komitmen, keazaman dan pengorbanan tinggi yang bukan sekadar terangkum kepada seorang insan bergelar isteri sahaja. Malahan para suami juga berperanan penting untuk terlibat menggemblengkan tanggungjawab ini sekaligus mejayakan penyusuan susu ibu.

Jom kita baca 6 tips peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

1. Sokongan moral


Suami perlu memberi galakan kepada isteri untuk memberi susu ibu sejak daripada awal isteri hamil dan selepas bersalin. Sokongan daripada suami amat diharapkan oleh isteri. Suami boleh bersama menimba ilmu penyusuan susu ibu. Kalau tak tahu semua pun tidak apa. Memadai tahu perkara asas serba sedikit kepentingan dan kelebihan susu ibu.


2. Sokongan dari segi emosi


Apabila selepas bersalin dan di awal penyusuan, pelbagai masalah yang isteri hadapi dalam menyesuaikan diri dengan dunia susu ibu. Permulaan susu ibu yang sedikit (kolostrum) selalu menjadi tekanan kepada isteri kerana menganggap tidak cukup susu. Tambahan pula jika keluarga menekan supaya bayi diberikan susu formula. Di siniah peranan utama suami diperlukan. Suami perlu memberi sokongan moral yang tak berbelah bahagi kepada isteri demi menjayakan penyusuan susu ibu. Pada peringkat ini memang diuji ketahanan mental. Suami perlu kuat dan sentiasa memberi motivasi galakkan kepada isteri. Jangan cepat mengalah dan berputus asa.

Kadang-kadang pelbagai masalah lain juga berlaku seperti bengkak susu, puting melecet, bayi meragam dan sebagainya. Maka suami perlu memberi sokongan supaya isteri terus tabah dan bersabar.


3. Membantu hal rumah tangga


Suami perlu membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutamanya ketika isteri baru selepas bersalin dan sedang menyesuaikan diri dalam dunia penyusuan. Suami boleh mengambil alih tugasan seperti mengemas rumah, membasuh pakaian, memasak, dan sebgainya. Biarlah isteri berehat seketika dan fokus kepada bayi dan penyusuan. 


4. Bersama berjaga malam


Pada awal kelahiran, bayi kadang kala sering berjaga atau kerap bangun malam untuk menyusu. Para suami sokonglah isteri dan bersama bangun malam walaupun sekadar menemani isteri menyusukan bayi. Ini dapat mengurangkn tekanan stress yang dialami oleh isteri. Jika bayi kerap berjaga malam sehingga pagi, ambillah giliran untuk menjaga bayi dan biarkan isteri tidur dan berehat seketika.


5. Sokongan kewangan


Bantulah isteri untuk bersama membeli peralatan penyusuan seperti pam susu, warmer, botol susu dan sebagainya. Jangan biarkan isteri keseorangan menampung semua barangan keperluan penyusuan. Banyangkan jika isteri tidak menyusukan bayi, berapa banyak wang yang perlu suami keluarkan setiap bulan untuk susu formula yang jauh lebih mahal.


6. Belikan vitamin ibu menyusu


Untuk memastikan isteri sentiasa sihat dan bertenaga, suami boleh membelikan isteri milkbooster atau vitamin ibu menyusu. Jika susu ibu mulai kurang dan merudum, segeralah untuk mendapatkan milk booster set 3M Shaklee. Insyallah dengan amalan pemakanan supplement tambahan dan tips ibu meyusu yang betul, isteri dapat menjayakan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. 


Imam Muda Hizbur  membelikan set vitamin ibu menyusu untuk isterinya

Isteri Imam Muda Hizbur




Kepada suami yang masih tercari-cari untuk membelikan isteri vitamin susu ibu, bolehlah klik Set Vitamin Ibu Menyusu.


Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Marhalah Kehamilan Saya: Set Vitamin Ibu Mengandung Trimester Ketiga

with 0 Comment

Episod kelapan

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog Superbvitamin ini. Apa khabar mommy-mommy? Apa khabar mommy preggy? Apa khabar mommy breastfeed sekalian? Semoga uols berada dalam keadaan sihat sejahtera dan gembira selalu.



Okaylah, saya nak cerita sedikit pengalaman saya ketika menjalani rutin pemeriksaan di klinik ibu mengandung Taman Tun Dr Ismail minggu lepas. Kenalah pergi buat pemeriksaan walaupun sebenarnya malas nak pergi kerana perut ni dah besar sangat rasanya. Nak bergerak pun susah. Almaklumlah dah masuk minggu ke 33. 

Tiap kali check up keputusan hb menten cantek. Nurse pun dok puji jek. Siap tanya makan apa. Saya terus terang kata amik set vitamin ibu mengandung Shaklee. Pastu boleh pulak nurse tu advice saya fully breastfeed dengan set breastfeeding Shaklee sebab dia sendiri consume set 3m Shaklee. Dia tak tau yang saya ni SID bertauliah. Huhuhu.

Jom kita baca apa yang best sangat Set Vitamin ibu mengandung di trimester ketiga ini sampai nurse tu dok puji sahaja.


 vitamin ibu hamil


1. B-Complex

Fungsi:  Lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Vitamin B6 dapat mengurangkan rasa mual akibat morning sickness. Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.


2. Ostematrix

Fungsi: Sebagai sumber kalsium, melegakan kekejangan dan kebas-kebas seterusnya membolehkan ibu mengandung mendapat tidur yang aman dan cukup. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. 


3. Vita-C

Fungsi: Sumber kolagen untuk kulit, merawat selsema ringan, merawat gusi bengkak sepanjang mengandung. Meningkatkan sistem imun ibu mengandung.


4. Vita-Lea

Fungsi: Pelengkap nutrisi harian ibu. Multivitamin yang lengkap dengan zat besi. Membantu membentuk hemoglobin dan mengelakkan keletihan. Membantu menstabilkan bacaan hb darah ibu mengandung


5. OmegaGuard

Fungsi:  Minyak ikan tulen  yang membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin untuk membentuk perkembangan memori. Mengandungi DHA yang merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina bayi


6.  Energizing Soy Protein ESP

Fungsi: Protein membantu pertumbuhan plasenta,uterus dan penghasilan susu. Membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Apa kata mereka tentang set vitamin ibu mengandung shaklee ini:


 Set Vitamin Ibu Mengandung Trimester Ketiga

 Set Vitamin Ibu Mengandung Trimester Ketiga

Testimoni vitamin ibu mengandung

Testimoni vitamin ibu mengandung

Sudah baca testimoni di atas? Terbukti vitamin ibu mengandung Shaklee telah banyak menggembirakan ibu-ibu mengandung! Jika mommy preggy yang ingin menikmati fasa kehamilan yang ceria dan sihat, segeralah dapatkan vitamin ibu mengandung shaklee ini dengan saya. Insyallah saya akan beri konsultasi dan servis superb tip top! Jangan biarkan fasa kehamilan anda berlalu begitu sahaja. Ibu hamil berhak untuk menikmati keseronokan dan keceriaan semasa tempoh kehamilan. Bukan selalu kita nak mengandungkan? Betul tak?


Ibu mengandung yang sedang mencari set berpantang? Nak berpantang dengan sihat, gembira dan ceria? Sila klik set bersalin dan berpantang 



Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vagina Kembali Rapat Dan Mengigit Dengan Shaklee

with 2 comments

Mak dara wajib baca!

Perhatian! Perhatian! Perhatian untuk mak-mak dara sahaja. Sila baca entri ini sampai habis. Tapi kalau yang masih solo nak baca juga, apa salahnya. 

Masalah ini sering dialami oleh wanita selepas bersalin. Hubungan suami isteri kian hambar tidak sehangat malam pertama dulu. Kenapa menjadi hambar? Adakah kerana vagina tidak rapat dan menggigit ketika fasa awal perkahwinan?

vitamin shaklee merapatkan vagina selepas bersalin


Kelazimannya ramai wanita mengalami masalah ini.  Wanita selepas melahirkan anak akan berasa susah hati lantaran alat sulit menjadi longgar dan tidak menggigit seperti malam pertama perkahwinan. Apapun isteri tidak boleh dipersalahkan 100% dalam hal ini. Melahirkan zuriat untuk suami  adalah perbuatan yang sangat mulia dan besar ganjaran pahalanya. Betul tak? Para suami jangan nak menafikan pengorbanan isteri anda!

Semasa proses mengandung, banyak perubahan berlaku kepada wanita terutamanya perubahan hormon, perubahan fizikal daripada segi luaran mahupun dalaman. Size pelvik wanita akan berubah menjadi besar bagi menyokong pembesaran janin. 

vitamin shaklee merapatkan vagina selepas bersalin

Disebabkan lantai pelvik berubah maka vagina pun berubah nak-nak semasa proses kelahiran yang normal. Semasa proses melahirkan anak, dinding vagina dan otot di sekeliling yang menyokong akan meregang bagi membuka laluan bersalin. Bagi yang pertama kali bersalin dan size bayi besar, pembukaan vagina dan dinding berkemungkinan akan koyak. 


Semasa proses kelahiran, doktor akan melakukan episotomi berdasarkan keadaan tertentu bagi memudahkan kepala bayi keluar. Jahitan luka tersebut akan sembuh dalam masa kurang seminggu. Bagi mempercepatkan cantuman jahitan ambik Zinc Complex

Vagina kembali rapat dan menggigit dengan Shaklee

Kini para isteri tidak perlu risau dan bimbang kerana dengan mengamalkan vitamin Shaklee ia mampu membuatkan encik suami kembali gembira dan bertambah sayang kepada isterinya. Aaaauww!

Vitamin E Shaklee

vitamin e shaklee merapatkan vagina selepas bersalin

Peranan vitamin E Shaklee kepada suami adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Tahap ereksi yang lebih lama.
  • Suami akan lebih cepat untuk teransang.
  • Proses orgasme lebih kerap dan suami lebih puas.
Peranan Vitamin E kepada isteri adalah:
  • Memberikan lebih tenaga untuk tempoh yang lebih panjang.
  • Merapatkan dan mengetatkan kembali bahagian sulit.
  • Tahap ereksi isteri juga lebih lama.
  • Isteri juga lebih mudah untuk teransang.
  • Memberikan kestabilan kepada hubungan suami dan isteri memandangkan ibu yang menyusu mempunyai hormon menyusu yang tinggia (kandungan prolaktin).

Alfalfa Complex

 Vagina Kembali Rapat Dan Mengigit Dengan Shaklee

Bagi wanita, disarankan agar mengambil sekali dengan Alfalfa kerana Alfalfa Shaklee berfungsi :
  • Membantu mengatasi masalah pelincir atau bahagian sulit kering ketika bersama suami.
  • Membantu mengatasi masalah keputihan.
  • Membantu untuk detoks dan mengatasi sembelit (kepada yang berkenaan).
Kebahagiaan rumah tangga amat bergantung bagaimana pasangan suami isteri mengemudi bahtera rumahtangga mereka. Jika hubungan keintiman semakin hambar, silalah lakukan sesuatu untuk menghangatkan kembali cinta anda. Perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk sepanjang hayat. Pelaburan yang bijak seperti membeli vitamin cinta Shaklee mampu menyemarakkan cinta suami isteri. Apataknya, vagina kembali rapat dan menggigit membuatkan suami terdampar kepuasan! Alamak sorry terover plak! Aaauuw :)

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

8 Tips Dan Cara Tidur Terbaik Ibu Hamil

with 0 Comment

Episod ketujuh marhalah kehamilan saya


“Susahnya nak tidur bila dah masuk trimester ketiga ni. Tidur sekejap terjaga sebab nak pergi tandas. Kalau tak sebab nak ke tandas pun terjaga sebab bayi bergerak sebab dia pun tak selesa! Tension betul. Esok nak kerja pula.”
Orang Perak kata libang libu dibuatnya. Rimas dan serba tak kena. Apa taknya mengiring ke kiri tak selesa, pusing pula ke kanan tapi perut pula mengeras tiba-tiba. Keadaan ini sering terjadi kepada ibu hamil terutamanya di trimester ketiga. Bayi dalam kandungan kian membesar dan menjejaskan keselesaan ibu mengandung ketika tidur.
Ibu hamil dan juga suami wajib ingat perkara ini! Keselesaan ibu hamil yang tenang ketika tidur sangat berkait rapat dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Jadi apakah tips yag selesa dan selamat untuk ibu hamil tidur? Apakah tips dan cara tidur terbaik ibu hamil?

1. Tempat tidur yang selesa

Tak sabar nak pulang dari kerja jika ada bilik tidur macam ni
Sebelum ibu hamil mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur kita berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari kita. Selain itu boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavender.

2. Mandi atau berendam dengan air panas sebelum tidur


Mandi malam tak bagus ke? Itu hanya mitos lama
Ketika hamil kebanyakan ibu hamil akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. Ini akan menyebabkan ketidak selesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan ibu hamil tidur dengan nyenyak kelak.

3. Tidur dengan posisi mengiring

Posisi mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil
Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk ibu hamil terutamanya kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya ibu hamil terjaga pada tengah malam dan mendapati diri sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi. Ibu hamil cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan diri sendiri.

4. Lebihkan bantal untuk sokongan


Tengok pun dah tahu. Selesakan?
Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu hamil. Namun adakah kita tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur ibu hamil? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada ibu hamil. Jika ibu hamil mahu lebih selesa, saya cadagkan cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

5. Berurut sebelum tidur

Leganya dapat urut dari suami
Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan suami. Minta suami untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan ibu hamil malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

6. Elakkan makanan pedas dan berasid

Lupakan sementara makanan kegemaran kita
Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, ibu hail perlu elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

7. Minum air banyak di siang hari, kurangkan minum air di waktu malam

Minumlah air secukupnya
Pasti ibu hamil tidak mahu tidur ternganggu untuk berulang-alik ke tandas membuang air. Betul tak? Situasi ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam ibu hamil.

8. Makan Ostematrik Shaklee sebelum tidur


Amalan ostematrix shaklee sebelum tidur dapat membantu ibu hamil mendapat tidur yang selesa terutamanya ibu hamil yang sering mengalami kekejangan kaki dan sakit belakang. Ini adalah situasi biasa semasa hamil. Ostematrik memberi nutrisi kalsium dan magnesium lengkap kepada ibu hamil. Semasa tempoh kehamilan ibu hamil jangan abaikan keperluan kalsium. Ibu hamil wajib membaca kebaikan ostematrix shaklee (klik sini) 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada segmen marhalah kehamilan saya kali ini. Semoga dapat bermanfaat dan menjadi panduan berguna kepada ibu hamil sekalian. Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.  

Okay, terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Selamat beramal dan enjoy pregnancy!

Boleh buat pembelian Shaklee dengan saya. Servis & consultation superb tiptop.

Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?