Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Marhalah Kehamilan Saya: Jangan Biarkan HB Rendah Semasa Hamil

with 0 Comment

Episod Kelima

Salam semua mommy preggy. Apa khabar? Bayi dalam kandungan sihat ke? Saya harap mommy-mommy sihat sejahtera dan seronok menjalani tempoh mengandung ini. Nikmatilah dengan perasaan yang gembira. Jangan lupa ini adalah anugerah Allah untuk kita meneruskan legasi ummat Muhammad SAW.

Vitalea Shaklee atasi HB Rendah Semasa Hamil


Hari ini barulah dapat update segmen Marhalah Kehamilan Saya. Kali ini saya nak berkongsi bahaya HB rendah semasa hamil. Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low). Alhamdulillah sejak saya mengamalkan set vitamin ibu hamil shaklee hb saya sentiasa stabil. Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL

Apakah HB Rendah / Anemia?

Anemia adalah satu situasi di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, ianya dikatakan sebagai kurang dari paras normal 9mg peratus hemoglobin.

Punca HB Rendah


Ada beberapa sebab terjadinya masalah ini ketika hamil. antaranya ialah:
  • Ibu kurang mengambil sumber zat besi seperti kerang dan daging
  • Ibu yang kerap hamil 
  • pendarahan dari faraj atau buasir
  • lain-lain penyakit seperti pendarahan, barah atau jangkitan kuman

Tanda-tanda Pesakit Menghidapi HB Rendah

  • Kulitnya kelihatan pucat
  • Rasa mahu pitam apabila mahu bangun
  • Rasa cepat letih dan lesu
  • Cepat mengah
  • Jantung cepat berdebar-debar

Akibat daripada HB Rendah

  • Mungkin mengalami keguguran
  • Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan/berat
  • Mengalami tumpah darah ketika bersalin (paling bahaya) - boleh bawa maut
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung
  • Anak mati dalam perut
Sebenarnya ramai ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini. Kekurangan ini  berpunca akibat pengambilan nutrisi harian yang tidak atau kurang mengandungi zat besi.

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya ibu hamil disahkan anemik!

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) kita.

Mujur  Shaklee ada menghasilkan  multivitamin yang kaya dan dilengkapi dengan zat besi. Ya nama multivitamin itu ialah Vitalea. Pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vitalea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.

Vitalea Shaklee atasi HB Rendah Semasa Hamil

Apa yang uniknya Vitalea shaklee???

  • Tablet disaluti spirulina, sangat larut dalam air dan mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan maksimum di usus kecil
  • The best multivitamin dalam 'Public Interest' tahun 2000. 
  • Ujian klinikal menunjukkan pengambilan vitalea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
  • Disokong oleh 7 kajian klinikal
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk..
Biasanya apabila ibu hamil buat monthly check up, klinik akan bekalkan dengan vitamin obimin. Obimin merupakan vitamin yg memang lengkap dgn zat besi. Tapi saya  tak makan obimin ini. Saya lebih rela memilih untuk mengambil vitalea daripada obimin. Kenapa? 
Ini jawapannya...

Vitalea Shaklee atasi HB Rendah Semasa Hamil

Semoga perkongsian saya kali ini  dapat memberi manfaat kepada ibu hamil. Nantikan segmen ini di episod seterusnya. Jaga diri dan jaga bayi dalam perut tu. Love you all mommies!

Sebelum entri ini berakhir, jom saya belanja video 2 minit kisah kisah ibu hamil yang kuat tak reti duduk diam! Jom kita tonton. Jemput klik video di bawah

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Untuk ibu-ibu hamil yang ingin mencari vitamin ibu mengandung bolehlah klik di sini.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?