Lautan api sanggup ku redah
Alkisah suatu cerita. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Mungkin hanya kebetulan. Kisah pasangan suami isteri ini yang masih lagi belum dikurniakan anak. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun. Sudah jenuh berusaha dan berikhtiar. Tapi...
Hanya isteri sahaja yang berusaha membuat pemeriksaan perubatan untuk mengetahui masalah kesuburannya. Hanya isteri yang berikhtiar amalkan pemakanan suplement kesuburan. Suami? Suami dia tetap ego dan mendakwa kegagalan mendapat zuriat ini disebabkan isterinya. Puas isterinya berendam air mata. Menyerap pelbagai tekanan dan cemuhan mertua, ipar duai dan sanak saudara.
Isterinya puas memujuk suaminya berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan perubatan. Ternyata keegoan suaminya tetap kental. Itu namanya ego tak bertempat! Nak dipendekkan cerita mereka masih gagal mendapat zuriat walaupun usia perkahwinan sudah menginjak setengah dekad.
Lantaran tidak tahan dengan tekanan dan perasaan inginkan anak, si suami telah menceraikan isterinya itu. Alasan utama yang diberikan isterinya mandul. Tapi Allah itu maha berkuasa. Beberapa bulan kemudian pasangan suami isteri yang bercerai itu telah berkahwin dengan pasangan baru masing-masing.
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Dalam masa 4 tahun si isteri yang dikatakan mandul itu telah berbahagia dengan suami barunya beserta 2 orang anak yang comel. Sedangkan bekas suaminya masih gagal memperolehi zuriat walaupun berkahwin dengan isteri barunya yang dikatakan lebih muda, ranum dan subur. Tentu uols sudah tahukan siapa yang mandul sebenarnya? Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?
Masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil tidak semestinya berpunca dari pihak isteri semata-mata.
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count atau masalah kekurangan sperma. Ia juga dikenali sebagai Oligospermia. Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani.
Jika suami ada mengalami masalah bilangan sperma yang rendah, jangan risau. Ia tidak bermakna uols tidak boleh mendapat anak. Peluang uols untuk mendapat anak masih ada. Cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal. Yang penting jangan putus asa berikhtiar!
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count atau masalah kekurangan sperma. Ia juga dikenali sebagai Oligospermia. Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani.
Jika suami ada mengalami masalah bilangan sperma yang rendah, jangan risau. Ia tidak bermakna uols tidak boleh mendapat anak. Peluang uols untuk mendapat anak masih ada. Cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal. Yang penting jangan putus asa berikhtiar!
Jom kita baca perinciannya di bawah.
Punca kekurangan sperma
1. Perubatan.
- Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
- Jangkitan kuman
- Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
- Antibodi menyerang sperma
- Tumor
- Masalah testis (Undescended testical)
- Ketidakstabilan hormon
- Kecacatan saluran yang membawa sperma
- Kecacatan kromosom
- Penyakit Celiac
- Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal
2. Persekitaran
- Kimia industri
- Toksik
- Radiasi atau x-ray
- Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
- Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)
3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.
- Penyalah gunaan dadah
- Ketagihan alkohol
- Merokok
- Stress
- Berat Badan
Apakah simptom kekurangan sperma?
1. Masalah dalam hubungan seksual seperti kurang keinginan atau ejakulasi pramatang.
2. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis.
3. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.
4. Gagal mendapat anak selepas setahun mencuba.
Bagaimana menghasilkan sperma berkualiti?
Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:
1. Berhenti merokok
2. Elakkan alkohol
3. Elakkan penyalahgunaan dadah
4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma
5. Dapatkan berat badan unggul
6. Kurangkan stress
7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain
Bolehkah masalah ini dirawat?
Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan vitamin kesuburan Shaklee seperti berikut:
Vitamin E
Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.
Zinc Complex
Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri. Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.
Vivix
Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.
Orang lelaki janganlah taksub sangat mengatakan dia hebat dan gagah. Suami jangan meletakkan kesalahan di bahu isteri sahaja bila gagal mendapatkan zuriat. Sebaliknya berusaha dan berikhtiar bersama-sama.
Kedua-duanya wajib buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui apakah puncanya dan periksa tahap kesuburan masing-masing. Dulu masa bercinta bukan main lagi bermadah lautan api sanggup ku redah, sehidup semati bagai. Tapi bila ada masalah macam ni nak telan bara api pun tak sanggup!
Kedua-duanya wajib buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui apakah puncanya dan periksa tahap kesuburan masing-masing. Dulu masa bercinta bukan main lagi bermadah lautan api sanggup ku redah, sehidup semati bagai. Tapi bila ada masalah macam ni nak telan bara api pun tak sanggup!
Kita hanya berusaha. Apa yang penting selalulah berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat. Wallahualam.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 019-2249556
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Good info..
ReplyDeleteJom singgah blog saya di https://rahsiajelitahawa.blogspot.my/2017/12/kesuburan-lelaki-bersama-vitamin-shaklee.html