Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Punca Gagal Mendapat Zuriat

with 0 Comment
Siapakah yang bersalah?

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut. Jom kita baca punca gagal mendapat zuriat ini. Apa sebenarnya?


Punca wanita tidak subur:
  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Punca lelaki tidak subur:
  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.
Punca lelaki dan perempuan tidak subur:

  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain.
Jemput baca Set Kesuburan Shaklee



Kita hanya mampu merancang dan berusaha, yang selebihnya hanya di ketahui oleh Maha Pencipta. Dia yang menentukan segala-galanya. Kita sebagai hambanya harus berusaha, berdoa dan bertawakkal, kerana dia Maha Mendengar dan Maha penyayang.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini



Asid Folik Mengelakkan Risiko Keguguran

with 0 Comment
Ibu hamil jangan abaikan asid folik

Hari ini saya berpeluang untuk berkongsi dengan uols tentang kepentingan asid folik untuk ibu hamil.  Bagi yang merancang untuk hamil bolehla ambil asid folik ini sebelum hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil.

Ibu hamil jangan mengabaikan pengambilan asid folik. Wajib ambil asid folik untuk mengelakkan risiko keguguran.

kebaikan set ibu mengandung shaklee


Asid folik dianggap sebagai makanan otak juga dikenali sebagai folat atau folasin yang merupakan salah satu vitamin kumpulan B, dikenali sebagai B9. Badan kita memerlukannya untuk penghasilan tenaga, penghasilan sel darah merah dan juga norefrinefrina serta serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf).

Ia turut memainkan peranan dalam membantu penghasilan DNA (bahan genetik badan), yang akan memulihkan fungsi otak dan merupakan komponen kritikal cecair tulang belakang. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.

Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid folik juga turut terlibat dalam metabolisma protein, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia.

Apa itu asid folik? 
  • Asid Folik adalah vitamin B yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
  • Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 
Mengapa asid folik penting?
  • Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau lansung terbentuk (anecephaly /encephalocele).
  • Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia). 
  • Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi. Sumbing lelangit (cleft palate) Kecacatan pada jantung Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system).


Bila asid folik perlu diambil? 
Sebelum mengandung Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 
Antara vitamin terpenting yang selalu dibekalkan doktor adalah asid folik.

Siapa yang memerlukan asid folik? 
Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf

Sumber makanan yang mengandungi asid folik 
  • Hati ayam 
  • Daging, ayam, telur 
  • Kekacang 
  • Beras perang, barli, oat 
  • Sayuran hijau Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain ( buah sayur warna kuning.  
Untuk mengetahui apakah vitamin yang sesuai untuk ibu hamil sila klik di sini

Mari kita baca beberapa testimoni set vitamin ibu hamil Shaklee


Asid Folik Mengelakkan Risiko Keguguran


Kebaikan vitamin ibu mengandung shaklee


Kebaikan vitamin ibu mengandung shaklee


Kebaikan vitamin ibu mengandung shaklee

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Set Diet Shaklee Membantu Badan Kurus dan Slim di Hari Raya

with 0 Comment
Seronoknya diet bersama Shaklee

"Berat badan aku naik 5 kilo lah." Pengakuan jujur ini sering kali kita dengar selepas Aidilfitri. Sambutan hari raya di Malaysia memang meriah dengan aneka makanan yang lazat. Selama sebulan tidak putus-putus kita akan mendapat jemputan rumah terbuka hari raya. Jika turutkan nafsu makan akibatnya bertambahlah berat badan kita.

Aku berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee!
Entri saya kali ini nak cerita tentang badan kurus dan slim di hari raya. Ramai antara kita terdorong makan sepuas-puasnya sejak hari pertama Aidilfitri atas alasan ramadan sudah berlalu. Impak pesta rumah terbuka bukan sekadar mengeratkan hubungan bahkan ramai mula risau berat badan naik secara mendadak.

Biarpun perlu menghadiri banyak majlis rumah terbuka, ia bukanlah alasan tidak mengawal pengambilan pemakanan atau melupakan amalan diet. Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut, anda tidak boleh membakar kalori seperti anda lakukan sebelum ini. Sebaliknya, berat badan anda bertambah berat. 

Perlu diingatkan, makan secara tidak terkawal pada musim raya adalah berbahaya bagi individu yang mengalami masalah kesihatan dan perlu menjaga pengambilan pemakanan. 


Tapi jangan bimbang. Jom kita amalkan pemakanan diet yang sihat. Set diet Shaklee membantu badan kurus dan slim di hari raya.

Detox badan dengan Alfalfa atau Herba Lax 
Set Diet Shaklee Membantu Badan Kurus dan Slim di Hari Raya
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Herb-lax atau Alfalfa sesuai bertindak sebagai agen detox. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


 

Pecahkan lemak dengan Lecithin atau Omega
Set Diet Shaklee Membantu Badan Kurus dan Slim di Hari Raya

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Membina otot dengan protein Cinch Shake atau ESP


Set Diet Shaklee Membantu Badan Kurus dan Slim di Hari Raya

Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, kita boleh memilih samada Cinch Shake atau jika ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP (ESP juga sumber terbaik untuk kulit gebu dan cerah dan mempercepatkan penghasilan susu badan)


Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot,mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. 


Aku berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee!


Percaya atau tidak ramai yang mengeluh baju raya yang baru ditempah menjadi sendat dan ketat selepas hari raya. Ada yang naik berat badan berkilo-kilo. Awas! Jangan turutkan nafsu makan. Kawal cara pemakanan kita. Nak lagi bagus amalkan set diet Shaklee ini. Set diet Shaklee membantu badan kurus dan slim di hari raya.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Peranan Suami Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

with 0 Comment
Suami pemimpin keluarga

Salam semua! Salam kecerian kepada ibu yang menyusukan bayi. Semoga tabah menempuhi cabaran penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Nampak macam mudah tapi hanya jauhari yang mengenal manikam. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Alhamdulillah. Kini saya masih lagi berjaya menyusukan anak kedua saya Ilmuna Izzahra yang berusia 1 tahun 11 bulan. Banyak pahit manis getir dan cabaran saya sudah tempuhi. Almaklumlah sebagai ibu yang bekerjaya sudah tentu cabarannya agak thrill sedikit. Berkat dengan keazaman yang tinggi saya terus tabahkan hati menjayakan penyusuan susu ibu ini.

suami kena galakkan isteri menyusukan bayi

Sebenarnya nak kata saya kuat semangat pun tidak juga. Sokongan dalaman dan galakkan daripada keluarga tercinta menjadi tonik penting untuk saya terus menyusukan anak saya ni. Yang paling penting sokongan daripada suami kita. Suami juga mempunyai peranan penting dalam membantu isteri menjayakan penyusuan susu ibu ini.

Jom kita baca peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu.

Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi
Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahukan yang terbaik, tetapi kadang-kadang mereka lupa apa aspek penting yang perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status yang diberikan kepada hospital yang mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam pertama selepas kelahiran. Sebagai suami, menjadi peranan anda untuk menggalakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak. 

Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang
Siapkan keperluan si isteri. Perkara ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul semua suami apabila isterinya berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambil alih tugas isteri (sekejap je pun ... hanya untuk tempoh 44 hari). Mungkin pada masa ini anak-anak yang lain akan berasa jauh hati sebab terdapat ahli keluarga baru. Jadi perhatian ibu akan teralih sebentar kepada si adik kecil yang baru dilahirkan. Oleh itu, di sini pentingnya si suami untuk memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak lain supaya mereka belajar menyayangi adik di samping mengalihkan perhatian dengan bermain atau bawa mereka keluar dan memberi ruang kepada si isteri untuk berkenalan dengan adik baru.

suami kena galakkan isteri menyusukan bayi

Bangun tengah malam 
Salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Setakat ini, saya dah dua kali bersalin, dua-dua kali suami saya tak mampu untuk melaksanakan perkara ini. Namun begitu, kalau diikutkan, si suami seharusnya bangun dan kejutkan isteri untuk susukan anak. Selain itu, sebagai balasan kepada isteri yang telah menyusukan anak, suami juga perlulah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain dan bukan sekadar tidur mati. 

Urutan membanyakkan susu
Kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan (suami kenalah ikut sama ke kelas macam ni). Tambahan pula, siapa lagi yang hendak membantu si isteri kalau bukan suami. Gunakan peluang yang ada untuk bermanja dan bermesra sesama sendiri.

Bantu isteri menguruskan anak
Mendukung bayi, memandikan bayi, membuat kerja rumah dan sebagainya. Biasanya si ibu akan rasa merasa keletihan selepas sesi penyusuan. Jadi si suami bolehlah memainkan peranan dengan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga kekal rapat. 

Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama
Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa banyak pertolongan & sokongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dari suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya sukar untuk menemui kejayaan. Suami juga berperanan untuk menyokong/membantu isteri menyusukan anak di depan orang ramai (in public). Dalam kes sebegini, practice makes perfect. Mula-mula mungkin rasa agak kekok dan janggal tapi lama-kelamaan apabila tahap kemahiran dah meningkat perkara tersebut akan menjadi mudah. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila-bila masa dia nak. Jadi adalah penting untuk belajar menyusu di tempat awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa. 

Memberi bantuan kewangan
Khususnya buat isteri yang ingin meneruskan kerjaya kerana kini terdapat keperluan untuk penyediaan peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit biasanya suami confirm akan garu kepala. Sebab itulah perancangan dari awal kehamilan penting agar tidak membebankan poket suami. Kalau si isteri sanggup untuk keluarkan duit sendiri untuk membeli peralatan penyusuan, Alhamdulillah (jangan lupa pula untuk ucapkan terima kasih pada si isteri ya). Dalam pada itu, sebenarnya, ramai yang tidak sedar bahawa kos untuk membeli susu formula jauhhh lebih tinggi daripada bayi yang menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga banyak yang boleh dijimatkan kerana anak yang menyusu badan mempunyai antibodi yang lebih baik dan jarang sakit. Oleh itu, duit tu boleh bawak isteri dan anak-anak pergi melancongkan berbanding ulang alik ke klinik?

Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya 
Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Jadi kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dengan khasiat semulajadi yang dicipta Allah dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial daripada media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya. 

Begitulah kisahnya peranan suami menjayakan penyusuan susu ibu. Untuk menjadi suami yang baik yang sayangkan isteri dan anaknya wajiblah membuat pilihan di bawah ini:

ESP Cantikkan Kulit dan Milkbooster Terbaik!

Milk Booster untuk Ibu Bertenaga & Anak Sihat


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Vivix Shaklee suplement terbaik merawat SLE

with 0 Comment
Vivix Shaklee berjaya merawat SLE

Hai! Hai! Hai! Salam sayang kepada pembaca blog superbvitamin! Bentuklah kehidupan kita yang Fantastic! Berdampinglah dengan orang yang baik-baik semoga aura kebaikan meresap ke dalam diri kita juga.

Apa topik entri saya kali ini? Hari ini saya mengajak uols untuk mengetahui tentang penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE). Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Fakta yang perlu diketahui tentang SLE

  • Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
  • Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
  • Ratio pengidap SLE: Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
  • Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
  • Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini.

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
  • Hanya melibatkan kulit
  • Jarang merebak ke organ lain
Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
  • Boleh merebak ke organ lain
  • Boleh mengakibatkan kematian

Vivix Shaklee berjaya merawat SLE

Vivix Shaklee suplement terbaik merawat SLE. Vivix Shaklee memelihara kesihatan secara total dan sangat bagus untuk memperbaiki kerosakan sel dan DNA.  Vivix Shaklee juga dapat berfungsi sebagai antiaging untuk melambatkan proses penuaan. Vivix Shaklee dapat merawat SLE atau Systemic Lupus Erythematosus.

Jom kita bersual kenal dengan vivix Shaklee. Jemput klik di sini.

Mari kita baca pengalaman pesakit SLE yang bertambah pulih saudari Iffah hasil mengamalkan vivix Shaklee selama 5 bulan. Nak baca? Kliklah di sini

Antara tanda dan gejala yang dikaitkan dengan SLE ialah:
  • ruam-ruam pada kulit muka dan badan 
  • kulit yang sensitif kepada cahaya matahari
  • ulser pada mulut
  • keguguran rambut
  • sakit dan radang pada sendi 
  • demam yang berlarutan
  • rasa letih-lesu 
  • sakit di bahagian dada apabila bernafas (pleurisy) 
  • vasculitis (radang pada saluran darah). 

Vivix Shaklee berjaya merawat SLE

Penyakit SLE hanya boleh dirawat dan dikawal. Ia sering menyerang buah pinggang (lebih kurang 40 peratus daripada pesakit SLE) dan sekiranya rawatan awal tidak diberi, pesakit SLE boleh mengalami kegagalan buah pinggang.

Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah.

Jika anda, saudara mara dan kenalan anda ada mengidap SLE, cadangkan atau belikan vivix shaklee untuk pesakit SLE. Terbukti! Vivix Shaklee suplement terbaik merawat SLE!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Pengidap PCOS Masih Ada Harapan Untuk Hamil.

with 2 comments
Jangan risau! Masih ada harapan untuk hamil

Salam ceria semua! Pastikan hidup kita sentiasa positif. Walaupun sedang menghadapi kesulitan kita mesti sentiasa positif dan berdoalah kepada Allah supaya segala kekusutan terungkai dan kesulitan terhapus.

Entri saya kali ini agak serius iaitu  tentang punca, simptom, diagnos dan rawatan untuk PCOS. PCOS bermaksud Polycistic Ovarian Syndrom.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS

PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. 

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron


PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

sumber pama.karangkraf.com  

Saya selalu menerima sms dan email berkenaan dengan PCOS ni. Ramai wanita yang mengidap PCOS bertanya kepada saya, sama ada mereka boleh mengandung atau tidak. Memang PCOS menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Tapi jangan risau! Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil.


GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS


Sebelum itu mari kita baca beberapa fakta mengenai PCOS

  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. .
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS. 
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi. 
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan. 
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnos secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak? 

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound
Rawatan untuk PCOS:
Setakat ini masih belum ada ubat untuk merawat PCOS. Ia adalah penyakit sepanjang hayat. Pengidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Pengidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil pil hormon seperti GLA Complex Shaklee  dan set kesuburan wanita.

Hamil dengan GLA Complex Shaklee

Jangan memandang enteng jika anda mempunyai masalah haid tidak menentu, darah haid yang banyak dan berat badan berlebihan kerana ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. Berjumpalah doktor dengan segara. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Hubungi Pengedar Sah Shaklee di Kawasan Anda!

with 0 Comment
Dapatkan shaklee daripada pengedar yang betul!

Hari ini saya berbesar hati untuk menyenaraikan pengedar sah shaklee dan merupakan rakan business Superb Vitamin. Alhamdulillah Shaklee semakin menjadi buah mulut orang sekarang. Asyik-asyik cerita tentang Shaklee ajer. Yang seronoknya bila dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan orang lain. Sesungguhnya menyebarkan kebaikan adalah fardhu kifayah kita sebagai umat Islam.
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia

Saya adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia secara amnya (group Euphoria). Saya adalah pengedar sah Shaklee di Selangor secara khususnya. Saya adalah pengedar sah Shaklee di Seksyen U5 Shah Alam secara perinciannya. ID Shaklee saya 880961. Kesimpulannya, semua penduduk di Malaysia ini iaitu dari Perlis Indera Kayangan hinggalah ke Sabah Negeri Bawah Bayu boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan saya.  'Now everyone can grab vitamin!'  :)

Sila beri perhatian! Di bawah ini adalah pengedar-pengedar Shaklee yang berhampiran di kawasan anda. Mereka ini dapat membantu anda mengamalkan vitamin Shaklee. Jangan takut. Mereka ini baik belaka dan akan 'service' uols dari tidak kira panas, hujan, gempa bumi mahu pun gunung berapi. Nak vitamin dengan cepat dan cash on delivery? Hubungi terus pengedar sah shaklee ini.


KUALA LUMPUR / SELANGOR


MAZNIFAEZA MUSTAFFA
  • 016-5199271
  • COD sekitar Subang Bestari, Kg Melayu Subang, Subang Permai, Denai Alam, Bukit Subang, Kota Damansara, Paya Jaras dan Sungai Buloh

HUZAINAH HUSSIN 
  • 016-2296067
  • COD sekitar Shah Alam, Taman Mutiara Subang Batu 3, Subang Jaya, Putera Heights, TTDI Jaya

SYANUL EZLIA MUKHTAR
  • 019-4770923 
  • COD sekitar Putrajaya, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Puchong  


AZLIDA ABDULLAH
  • 012-9906728
  • COD Subang Bestari, Subang Perdana, Kg Melayu Subang, Kota Damansara, Sungai Buloh 

SHARIFAH PUTERI AWIZA
  • 012-3765264
  • COD Dataran Maybank Kuala Lumpur, Kajang 

ERMA HAZIRA 
  • 017-3901192
  • COD sekitar Shah Alam dan Klang SELANGOR

NORMAH SALLAH 
  • 017-3862580
  • COD Sentul, Setapak, Batu Caves, Gombak, Selayang, Batu Muda, Kepong 




KEDAH


NORSALHANA ARSHAD 

  • 019-4640776
  • COD Jitra, Changlun, Bukit Kayu Hitam, UUM, Alor Setar, Pendang KEDAH


PERAK


NORAIZA ABU BAKAR 
  • 012-6178480 
  • COD Kamunting dan sekitar Taiping

ZURAIHASMA MAT AMIN
  • 017- 5915820
  • COD Bandaraya Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Tambun, Medan Gopeng, Taman Cempaka 


JOHOR


NOR ERLINA
  • 012-7419914
  • COD Johor Bahru, Taman U, Skudai, Gelang Patah, Bukit Indah, Larkin JOHOR


SITI NOR HUSNI AB RASHID
  • 012-7215424
  • COD Taman Nusa Idaman, Taman Nusa Indah, Bukit Indah, Taman Perling, Skudai, Gelang Patah, Pelabuhan Tanjung Pelepas



PAHANG




NORLIANA MIOR BURHANUDDIN 
  • 012-2430208
  • COD Sekitar Kuantan

ROHAIDAH MOIDIN 
  • 019-9427248
  • COD Inderasempurna, Inderapura, Kuantan, Taman Tas, Beserah, Balok, Sungai Ular, Cherating, Kemaman, Cendor

SARAWAK 

MAZLINA RAMBLI

  • 013 - 8380644
  • COD Sibu

NUR SHAFIZAH SHAFIEE
  • 016-5727242
  • COD Kapit, Kuching  


SABAH 


MOHAMAD RAMDAN
  • 016-5727242
  • COD Kota Kinabalu SABAH




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?