Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Migrain?? Sakit Kepala?? Bagaimana Mengatasinya?

with 0 Comment
Jangan makan panadol?



migrain yang mengganggu

Sakit kepala adalah gejala biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 
  1. Sakit kepala kerana tekanan
  2. Sakit kepala kerana sinus
  3. Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala kerana tekanan 
disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.


Sakit kepala kerana sinus 
disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Sakit kepala kerana migrain 
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain,
namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  •  Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.


Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.


Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.


Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.




Supplement/vitamin untuk migrain:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.



Nak tahu lebih lanjut? Order?
Jangan lupa untuk hubungi saya seperti biasa:
maznifaeza@gmail.com
016-5199271

kredit to: ummitiqah

VIVIX - Revolusi Terbaru dari Shaklee

with 0 Comment
Apa itu Vivix?


Makanan berkhasiat memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan. Dengan menambahkan nutrien polifenol yang diekstrak daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ke dalam diet pemakanan harian dapat mengekalkan kesihatan yang berpanjangan dan juga meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti seharian.


Shaklee membawakan VivixTM untuk anda, satu minuman botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi mengekalkan kesihatan badan dan enak rasanya!
Kebaikan:

  • Memelihara keseluruhan kesihatan
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun


Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 - Bantu Lambat Penuaan Wajah
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.

Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit.

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.

Vivix boleh didapati menerusi harga ahli Shaklee di semua cawangan Shaklee seluruh negara.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ingin mendapatkan denga harga istimewa, hubungi saya ye:
maznifaeza@gmail.com ~ 016-5199271

kredit to: Jomsinggah

Bagaimana Mengatasi Senggugut (Period Pain) Secara Semulajadi?

with 2 comments
Mengatasi period pain dengan cara semulajadi


Senggugut adalah antara masalah yang biasa dihadapi kaum wanita semasa didatangi darah haid. Ada di antara rakan saya yang perlu mengambil cuti sakit kerana mereka mengalami sakit yang teramat sehingga tidak mampu berjalan. Terasa kesakitannya apabila melihat mereka berguling-guling di katil dan menangis kesakitan. Saya tidak ada pengalaman senggugut yang teruk dan sekali sekala sahaja mengalaminya.



Apakah punca senggugut?
Semasa kelas biologi dahulu, cikgu saya menerangkan senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. Ini antara perkara yang saya masih ingat sampai sekarang walaupun kelas itu 12 tahun dahulu.

Jenis senggugut
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea boleh dikategorikan kepada dua iaitu dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

Jika anda mengalami senggugut sejak daripada awal kehadiran darah haid, anda tergolong dalam dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Antara penyebabnya adalah ketidakseimbangan bahan kimia di dalam badan dan faktor genetik.

Dismenorea sekunder pula adalah golongan yang mengalami senggugut selepas 2 -3 tahun daripada kehadiran darah haid pertama. Golongan ini perlu berhati-hati dan mendapatkan rujukan doktor bagi rawatan lanjut. Sesetengahnya dapat diubati dengan mengambil pil penahan sakit. Kenapa berbahaya? Dismenorea jenis ini boleh disebabkan oleh faktor berikut
  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Bolehkah senggugut dicegah?
Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit.Ala yang macam jenama pa**d*l tu tapi saya tidak pasti dengan kesan jangka panjangnya jika setiap kali sakit, anda telan sebiji.

Cara lain dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kredit to : Kotex Malaysia

Inilah tujuan menulis cerita mengenai senggugut. Pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet boleh mencegah senggugut.

Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption.You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.

Produk Shaklee  yang saya cadangkan?

Shaklee OsteMatrix adalah gabungan calcium+magnesium+vitamin D yang anda boleh ambil untuk mencegah dan mengelakkan senggugut. Pengambilannya dapat mengawal kontraksi otot uterus.

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi saya di  maznifaeza@gmail.com atau SMS 016-5199271 untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Superbvitamin  untuk mendapatkan PROMOSI & TIPS KESIHATAN terkini daripada saya !!!

Suplemen Ini Tidak Berkesan Pada Saya?

with 0 Comment
Tak jadi apa pun?


Kali ni, saya nak share dengan kawan2 antara feedback yang diterima semasa sessi follow up. paling popular, cara nak makan suplemen ; kesan makan suplemen. so, kita dah ada cerita macam mana nak makan suplemen tu.. now ni saya nak share jawapan kepada feedback kawan2 mengenai kenapa ada di kalangan kita makan suplemen ni tapi macam kurang berkesan...(^_^)



KES SATU;

Selepas mengambil vitamin, mata mudah mengantuk dan badan letih.

Golongan ini adalah golongan yang KURANG MINUM AIR ATAS ALASAN MALAS KE TANDAS. Jika ini berlaku pada anda, better jangan amik supplement kerana pengambilan supplement memerlukan banyak air demi penyerapan yang baik oleh badan manusia. Jika pengambilan biasa bagi kita ialah 2 liter air..keadaan ini hanya sesuai jika kita tidak mengambil apa2 supplement.Namun bagi pengamal supplement, pengambilan air perlu banyak demi menyahtoksik dari badan serta melancarkan penyerapan nutrien oleh badan. Pengambilan air juga membantu meningkatkan keperluan oksigen oleh tubuh. Badan akan mudah letih kerana kepekatan darah dan jantung memerlukan banyak tenaga untuk mengepam.

Maka kesimpulannya: kes pertama ini ialah kerana kekurangan air yang kritikal.


KES KEDUA :

Pengambilan supplement membuatkan susu saya PEKAT tetapi kurang dari segi kuantiti.

Ini adalah kesan normal bagi mereka yang baru dengan supplementPengambilan supplement memerlukan pengambilan air yang sekata dan banyak. Seperti yang kita sedia maklum setiap badan adalah tidak sama.

Macam ibu sendiri....ibu suka makan vitamin sekaligus pada waktu malam after dinner. Tetapi sebelum tido ibu pastikan ibu minum 2 liter. Alhamdulillah nampak gaya Addin dan Nasa pun dah ikut jejak ibu sebelum tido minum air kosong sebanyak boleh....hehehehe.

Ada orang yang makan sekaligus pada waktu pagi bersamaan dengan 5 biji contohnya. Si ibu ini akan mendapati susunya pada perahan jam 10am dan 1pm adalah pekat dan sedikit in term of kuantiti. Namun kuantiti susu perahannya akan back to normal selepas jam 5 pm dan perahan berikutnya.

Mengapa ianya terjadi?

Ini kerana kepekatan darah adalah dikemuncak antara waktu jam 10 pagi sehingga jam 2pm. Mungkin waktu ini si ibu kurang minum air....namun selepas jam 2 pm si ibu mula minum semula pada kadar yang lebih seimbang.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Jika kalian adalah ibu yang mempunyai masalah dalam kes KEDUA ini apa yang boleh ibu sarankan ialah:

Selepas makan pagi, amik mana-mana 2 jenis vitamin dalam set B. Manakala bakinya diambil selepas makan tengahari....ini akan membantu keseimbangan air di dalam badan dan dapat mengurangkan kepekatan darah yang tertumpu pada sesetengah masa.

Memang jika ada yang bertanya, pada waktu bilakah terbaik untuk mengambil vitamin, ibu akan menjawab ibu mengambil waktu malam kerana sel badan akan rejuvenate sewaktu kita sedang tidur namun ibu sentiasa memastikan pengambilan air adalah sekurang2nya 2 liter sebelum ibu tidur. Sehingga kini sudah menjadi amalan bagi ibu walau tidak menyusu lagi. alhamdulillah.


KES KETIGA

Tiada perubahan langsung

Setiap apa yang terjadi mesti ada sebab dan musabab namun berapa ramai antara kita yang melakukan MUHASABAH atas segala yang terjadi dalam kehidupan sehariannya?
Ada satu kes yang ibu study...si ibu ini tidak mendapat apa2 manfaat langsung dari pengambilan vitamin. Setelah ditanya dan diselidiki...si ibu ini adalah golongan peminum kopi yang tegar. Sehari mesti minum 3 cawan kopi kerana padanya kopi membantu diirinya menjadi cergas dan kurang mengantuk. TANPA disedarinya pengambilan kopi itulah yang memusnahkan vitamin yang sedia ada dalam badannya. Maka pengambilan supplement tidak akan memberi impak apa2 ke atas dirinya kerana vitamin banyak musnah disebabkan pengambilan kafein tadi.
Tidak kurang juga si ibu yang tidak mendapat manfaat kebaikan vitamin kerana tiada sikap istiqamah dan sabar. Sedangkan inilah yang dituntut dalam agama untuk berjaya dunia dan akhirat. Disiplin sangat penting dalam menjayakan istiqamah.

so kawan2, tepuk dada tanya Iman (^_^). sekiranya kawan2 menghadapi masalah atau kemusykilan tentang suplemen yang kawan2 ambil, jangan segan-silu hubungi kami ya.

Hubungi saya di sms/call 016-5199271 atau maznifaeza@gmail.com

kredit: yoursupermom

Tips Cantik Wanita 30 - an

with 0 Comment

Cantik itu fitrah manusia

Wanita mana yang tak suka kelihatan cantik, sihat dan berseri-seri? Tubuh yang langsing, kulit yang halus mulus gebu, mata dan rambut yang bersinar-sinar, bibir yang kemerahan dan sebagainya .. dah sebolehnya, mahu kelihatan cantik tatkala bangun dari tidur. Betul kan?

Wanita berada pada tahap kecantikan maksimum di usia 30-an. Ini yang pernah saya baca. Namun, kecantikan perlu dipelihara supaya ia lambat hilang. Cantik untuk siapa? Dah tentulah kita sendiri orang pertama mahu melihat diri sendiri cantik.

Tips Cantik Wanita 30 - an

 
  • Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
  • Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
  • Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
  • Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
  • Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
  • Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.


Sumber maklumat: Utusan Malaysia 

Set D (Kesihatan Kulit)

with 0 Comment

Sayangilah kulit kita



Vitamin C - 180 biji
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
 B Complex - 120 biji
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit


Vitamin E - 120 biji  ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

1001 Fungsi 
1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct. Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.
6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten  membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat  pre-menstrual.

Untuk penerangan lanjut hubungi : 

maznifaeza@gmail.com
HP : 016-5199271 (call/sms/WhatsApp)  
www.facebook.com/superbvitamin

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

with 1 comment
Info yang sangat menarik untuk anda baca!!!


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.


credit to http://www.kesihatan.biz/penyakit_jantung.php


Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung ataupun tahap kolestrol tinggi boleh mencuba program kesihatan Shaklee "Love Your Heart Programme";
  • Omega Guard
  • Garlic
  • Vitamin E
  • Lecithin
  • Energizing Soy Protein
Jika anda mempunyai kekangan kewangan bolehlah mencuba dahulu salah satu suplemen di atas, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencapai dan mendapatkan kesihatan yang baik kan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Untuk penerangan lanjut sila hubungi saya:
maznifaeza@gmail.com atau
016-5199271 

Set G (Alergik/Resdung/ Eczema/Gegata/Asthma)

with 0 Comment
Rawat sebelum parah


Mesti runsingkan kalau setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehinggakan bukan aje hidung aje berair, mata pun merah-merah berair kerana bersin akibat resdung.

Mesti runsingkan kalau silap makan sikit dah asyik dok menggaru sana-sini macam kera kena belacan. 

Mesti runsingkan kalau terpaksa berpantang makan sebab risau semput kalau tak jaga makan. 

Mesti runsingkan kalau tengok kulit anak berparut-parut dan merah-merah gara-gara eczema.

Mesti runsing kan kalau terpaksa buang kahak sepanjang masa sampai rasa perit tekak dan hidung.

Ni baru sikit gejala-gejala masalah ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA dan ECZEMA. Orang yang mengalami dah tentu lebih runsing. 



Jangan runsing-runsing. Vitamin SHAKLEE boleh membantu. InshaALLAH - dengan syarat kita konsisten, rajin minum air dan berdoa atas usaha kita. Jom kita baca.....



Vitamin C - 2 biji
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan
B Complex - 1 biji
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit
Alfafa Complex - 1 biji
Alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semulajadi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.
  • Sumber semula jadi dari alfalfa
  • Setiap hidangan mengandungi 300mg kalsium bersamaan dengan segelas susu
Fungsi
  • membantu melancarkan sistem perkumuhan
  • mengandungi klorofil sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli
  • mengurangkan keputihan, berfungsi seperti kacip fatimah bagi wanita
  • memekatkan dan perbanyakkan susu
  • mengandungi 16 vitamin, 17 mineral gentian dan juga protein
  • mengurangkan sakit sendi, alergi, enzema dan resdung
Terkenal untuk merawat 3 A
  • Arthritis
  • Asma
  • Alergi
Pengambilan
Alfafa boleh diambil 2-10 biji sehari dengan syarat pengambilan air masak yang banyak.



Untuk penerangan lanjut hubungi : 
maznifaeza@gmail.com
016-5199271 (call/WhatsApp/sms) 
 kredit - mamayangcekal

10 Sebab Kenapa Anda Perlukan Set Penyusuan

with 0 Comment

Milk Booster

Alhamdulillah saban hari ramai ibu2 yang berpuas hati dengan set penyusuan. Rata-rata menyatakan kesan yang sangat baik dari segi kuantiti dan  kualiti susu ibu itu sendiri. Antaranya ada yang memberitahu sesu bertambah pekat & banyak. Set penyusuan bukan sekadar MILK BOOSTER semata-mata tetapi mempunyai banyak kebaikan yang lain apabila anada mengambil set penyusuan.


D i antara kelebihannya adalah :

Vitamin C - Berupaya meningkatkan sistem imun untuk ibu & baby, di mana badan ibu dan baby akan menjadi lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika deman sekali pun, kita akan cepat sembuh. Ianya juga sangat penting untuk membentuk kolegen yang penting utk kulit cantik berseri.

Vitamin B  - "B for Beauty", vitamin yang menjadikan kulit anda lebih berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai penenang dan berupaya menstabilkan emosi ibu

Multivitamin dengan Zat Besi (Vitalea) - Multivitamin terbaik yang mampu memberikan tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari selain memastikan ibu dan baby dalam keadaan sihat.

Alfafa - bertindak sebagai MILK BOOSTER, juga sangat bagus dalm menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan, kekering ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam badan serta membantu mengurangkan eczema

Osteomatrik (Kalsium dengan Magnesium) - Bertindak sebagi MILK BOOSTER, dimana ia baik utk tulang dan gigi ibu dan baby, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh2 sendi yang di alami oleh si ibu.

Enrgizing Soy Protein (ESP) - Merupakan protein soya yang sangat penting utk setiap sel badan, juga bertindak sebagai MILK BOOSTER terbaik. ESP juga mampun mencantikkan kulit, mengatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur, serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan baby itu sendiri
Secara keseluruhannya, set penyusuan boleh memberi manfaat seperti berikut :
  1. Susu ibu akan menjadi lebih pekat, lemak dan berkhasiat
  2. Susu ibu akan dihasilkan dengan lebih cepat, dengan syarat anda kerap pam setiap 2-3 jam sekali dan minu air yang kuantiti yang banyak
  3.  Kulit akan menjadi lebih cantik, mulus & berseri
  4. Badan akan menjadi lebih bertenaga, tidak mudak letih dan segar sepanjang hari
  5. Mengatasi masalah kepputihan, merapatkan & keintiman hubungan suai isteri makin bertambah
  6. Mengurangkan masalah kulit dan eczema yang dihidapi oleh baby atau ibu
  7. Sistem pertahanan badan anda akan meningkat dan baby akan lebih sihat dan kuat serta jarang demana sebab dia mendapat semua khasiat yang diambil oleh ibu melalui susu ibu
  8. Membentu semula payudara yang lebih cantik & anjal dengan pengambilan ESP
  9. MEngurangkan masalah sakit pinggang, lenguh sendi atau belakang dengan ada kalsium
  10. Membantu mengurangkan atau mengawal berat badan dengan alfafa bertindaks sebagai detoks
Begitu banyak kelebihan set penyusuan ini  dan harga yang sangat berpatutan.  Jika anda tiada masalah penyusuan pun, saya pasti anda tetap akan mencuba kerana set nie berupaya menambah nutrisi dalam susu ibu di samping meningkatkan kesihatan ibu dan baby itu sendiri.
Jom tgk testimoni ibu2 yang telah set penyusuan ni


Untuk info lanjut, konsultasi atau pesanan bolehlah pm kepada saya : maznifaeza@gmail.com atau sms/call 016-5199271

kredit: jomsinggah


Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?