Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Elak Tragedi Bayi Mati Kerana Tali Pusat Berulat Berulang

with 1 comment

Jangan ambil mudah penjagaan tali pusat bayi!


Semalam saya ada terbaca artikel di facebook mengenai bayi mati kerana tali pusat berulat. Beristihgfar panjang saya sambil mengurut dada ni. Tanpa disedari menitis air mata saya ke bumi. Pelbagai perasaan menjelma. Memang saya rasa sedih, kesian, ngeri, marah, kesal dan sebagainya. Bagaimana ia boleh terjadi sehingga menyebabkan kematian? Kenapa ibunya ambil sikap sambil lewa tentang penjagaan tali pusat bayi? Siapa patut dipersalahkan? Adoooiii...  Bertenang dan tarik nafas panjang-panjang untuk saya meneruskan coretan di entri ini.


Mohon kita ambil pengajaran dengan tragedi yang menimpa bayi berkenaan. Jangan ada lagi tragedi seperti ini berulang di negara kita. Setiap ibu bapa perlu ada ilmu tentang penjagaan tali pusat bayi. Kepada yang baru bergelar ibu bapa pasti rasa kekok dan cuak nak uruskan bayi yang belum tanggal tali pusat. Jangan risau! Setiap pengalaman baru itu adalah detik indah yang perlu dilalui dengan tenang dan bahagia. Chewaaah!

Secara normalnya tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu.. siapa yg dah ada anak mesti ada pengalaman ini. Jom kita baca tips penjagaan tali pusat ini sehingga habis.


Aspek yang penting sekali adalah memastikan tahap kebersihan untuk mencuci tali pusat di tahap maksima! Pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bersih dan kering. Sentiasa cuci menggunakan air bersih dan sabun. Kebiasaanya nurse akan memberi panduan kepada kita untuk membersihkan tali pusat menggunakan ubat khas. Terbaru WHO mengatakan bahawa membersihkan pangkal tali pusat ini cukup sekadar menggunakan air bersih dengan sabun, kemudian dikeringkan pada udara suhu bilik.


Kelengkapan wajib diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi


  • Bekas air
  • Bebola kapas
  • Alkohol swap
  • Putik kapas
  • Kain barut bayi
  • Lampin pakai buang
1.  Kebersihan mesti dijaga sebab bayi masih kecil dan sistem pertahanan badan bayi masih belum kuat. Jadi sebelum pegang bayi kita yang comel dan gebu tu, cuci dan basuh tangan kita dengan air bersih.
2.  Sebelum ubat pusat disapu pada pusat bayi kita, pastikan pusat bayi dah dilap kering-kering.
3. Kemudian  ambil kapas, tuangkan spirit atau alcohol yang dibekalkan oleh hospital tu ke atas kapas dan tak perlu banyak-banyak  sampai lencun kapas.  Cukup dengan tekap-tekapkan kapas tu hingga spirit / alkoholnya melekat di kapas. Kemudian perlahan-lahan sapukan kapas tadi ke bahagian pusat yang masih bertali  dan keliling pusat  termasuk  di kawasan yang berlipat (jika ada)
4.  Dah selesai sapu di pangkal pusat, sapu pula di bahagian hujung pusat yang dah di klip tu. Sapu dengan berhati-hati dan lembut untuk elakkan berlaku pendarahan dipangkal tali pusat tu.
5. Selain dari kapas, kita juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi.  Jika sekiranya hujung tali pusat  terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Tujuannya untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi kita.
6. Lepas selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat untuk mengelakkan bayi kita rasa tak selesa. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.
7.  Sama juga bila pakaikan lampin pakai buang pada bayi. Sebaiknya gunakan lampin 'new born' kerana ia ada lekuk di bahagian depan agar pusat bayi yang masih belum tanggal berada di luar dan tidak ditutup oleh lampin. Cara ini amat membantu memastikan tali pusat sentiasa dalam keadaan kering dan sekali gus mengelakkan sebarang jangkitan di bahagian tersebut.
8. Pastikan tali pusat bayi (terutama bagaian tunggul yang melekat dipusat bayi)  tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi.  Jika kawasan pusat menjadi lembab, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria di bahagian pusat.  Tali pusat bayi sebenarnya lebih cepat sembuh jika ia sentiasa dalam keadaan  kering.
Tunggul tali pusat bayi kita akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada juga bayi yang ambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal.
Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi kita
Setelah tali pusat bayi kita gugur, tunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk memastikan sekeliling pusat bayi kita pulih sepenuhnya.  Kita mungkin ternampak sedikit darah di lampin bayi. Ini adalah normal.  Kadangkala kawasan pusat itu mengambil lebih masa untuk pulih, dan cebisan daging berketul akan muncul di tempat luka. Jangan risau, ia tidak merbahaya dan ketulan ini akan hilang dalam sedikit masa. 

Bagaimana nak tahu tali pusat bayi dijangkiti?

Kita perlu sentiasa pantau dan perhatikan tali pusat bayi kita. Jangan ambil mudah sahaja kerana jangkitan kuman boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi kita.

Antara tanda-tanda jangkitan ialah:

  1. Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
  2. Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
  3. Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
  4. Bayi diserang deman panas
  5. Bayi kelihatan lesu
  6. Bayi tak ada selera  untuk minum susu atau menyusui susu ibu
Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.
Jika anda masih tercari-cari supplement untuk bersalin dan berpantang, saya cadangkan anda berpantanglah dengan set bersalin berpantang Shaklee. Pasti tempoh berpantang anda akan sihat, ceria dan gembira selalu. Jom klik link di bawah

Set Bersalin/Berpantang Shaklee



Jom saya belanja uols dengan video ini. Video ini mungkin boleh membantu ibu yang melahirkan anak pramatang. Apa kisah yang boleh mendapat pengajaran. Selamt menonton!


Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

1 comment:

  1. Sesetengah ibu yang tiada pengalaman letak macam-macam di tali pusat.
    Kononnya untuk cepat kering dan tanggal kan.
    Bahaya sungguh.

    ReplyDelete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?