Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Suami Kahwin Lagi Sebab Isteri Gemuk Punca Sukar Hamil Lagi

with 5 comments

Isteri kena pandai jaga badan untuk pikat suami!

Ouuch! Sedih pun ada bila terima call dari seorang sahabat pagi tadi. Mood saya yang ceria positif di waktu pagi tetiba bertukar kepada simpati, kesian, sedih dan marah. Saya cuba tidak terbawa-bawa kesan negatif itu supaya tidak menjejas mood saya sepanjang hari ini. Akhirnya saya buat keputusan untuk berkongsi dengan para pembaca blog Superb Vitamin. 

Suami Kahwin Lagi Sebab Isteri Gemuk



Kawan saya ini baru berusia 33 tahun. Sudah berkahwin 8 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 tahun. Pada mulanya memang hidup rumahtangga mereka ceria, gembira dan seperti sudah diaturkan Allah untuk melaluinya dengan mudah sahaja. Apa taknya baru sebulan bernikah, kawan saya ini sudah disahkan mengandung. Betul-betul 'sharpshooter' suami dia ni. Hahahaha. Sudah rezeki lah katakan.

Entah mana silapnya selepas bersalin dan selesai tempoh berpantang, nafsu makan kawan saya amat sukar dikawal. Asyik nak menguyah sahaja. Itu takpelah lagi. Yang menariknya kawan saya suka memasak. Memang memasak ini hobi baginya. Ada sahaja resepi baru dicubanya. Jadi tidak hairanlah kawan saya ini tidak mengambil berat mengenai amalan pemakanan, kegemukan dan sebagainya. Dulu masa zaman anak dara berat dia sekitar di bawah 55 kilogram. Tapi kini....  Bila ditegur dia akan beri alasan suami dia tak kisah dan cinta dia dan suami sehidup semati.

Suami Kahwin Lagi Sebab Isteri Gemuk


Kapal yang berlayar hingga ke pelabuhan rupanya tenggelam di laut dalam. Tetiba suami dia memberitahu untuk berkahwin lagi. Bagaikan panahan halilintar menusuk ke lubuk hati. Siapa sangka suami yang baik tetiba menyatakan hasrat berkahwin lagi. Alasan utama yang diberikan suami ialah mengidamkan bilangan anak ramai terutamanya lelaki. Masalah kegemukan isteri telah menghalang usaha pertambahan zuriat dilakukan. Kegemukan telah menjejaskan kesuburan dan punca sukar hamil lagi.

Menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi. Akibat tidak menjaga berat badan, banyak perkara negatif terpalit kepada kawan saya ini. Bukan kawan saya itu tidak berusaha untuk hamil lagi, sudah puas dia berikhtiar. Cara moden dan alternatif telah diamalkan. Tetapi masalah kegemukan yang melampau menyebabkan dia sukar hamil lagi. Betulkah gemuk punca sukar hamil?

Gemuk Punca Sukar Hamil Lagi


Kajian oleh penyelidik dari jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerkka Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita gemuk berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.

Kesan kegemukan kepada isteri

  • Kegemukan memberi kesan kepada kesuburan wanita sepanjang hayat mereka.
  • Kegemukan menyebabkan kitaran haid tidak teratur. Ramai wanita yang kegemukan masalah haid tidak normal
  • Gangguan hormon yang berlaku menyebabkan proses ovulasi terganggu. Ia terjadi dalam dua keadaan, samada masalah ketika penghasilan telur atau pun tiada langsung telur dihasilkan. 
  • Ada juga yang kaitkan kegemukan dengan penyakit PCOS (Sindrom Ovari Polistik) iaitu punca utama masalah kesuburan. Ini kerana pesakit PCOS proses ovulasinya yang terganggu samada penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung
Suami Kahwin Lagi Sebab Isteri Gemuk

Kesan kegemukan ketika hamil

  • Kegemukan menyebabkan boleh berlaku pelbagai komplikasi ketika mengandung dan bersalin.
  • Ibu hamil berisiko mendapat penyakit darah tinggi dan kencing manis.
  • Kandungan menjadi tidak stabil ketika trimester pertama
  • Kebanyakan ibu hamil yang gemuk bersalin awal dan tidak cukup bulan
  • Berisiko untuk kelahiran bayi pra matang
  • Risiko kecacatan bayi
Berbalik kita kepada cerita kawan saya tadi. Berat dia sekarang mencecah 95 kilogram dengan tinggi 158cm. Untuk kembali senang hamil dan memulihkan kesuburan, dia kena berusaha untuk menurunkan berat badan di bawah 55 kilogram.


Antara persediaan untuk hamil

  • Kurangkan berat badan sebelum kita merancang untuk mengandung. Sekiranya kita merancang untuk hamil dalam masa terdekat, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai berat badan ideal yang boleh dicapai melalui diet seimbang dan senaman. 
  • Pantau segala pengambilan kalori dan berat badan. Amalkan diet untuk kurus yang betul. Boleh dapatkan supplement tambahan seperti set slimming dan bakar lemak.
  • Gaya kehidupan juga kena berubah. Kena sentiasa cintakan senaman. Setiap hari wajib buat senaman seperti berjogging, berjalan dan sebagainya bagi mempercepatkan pembakaran lemak dan kalori.
  • Jangan lupa untuk amalkan vitamin kesuburan jika mengalami kitaran haid tidak normal. Sambil mengurangkan berat badan, kita juga kena pastikan kesihatan dalaman dan kesuburan kita sentiasa sihat dan tip-top.
  • Sekiranya sudah disahkan hamil, jangan pula ibu hamil berdiet untuk menguruskan badan pula. Boleh amalkan supplement ibu mengandung yang memberi tenaga dan kalori dan indeks glisemik rendah. Ramai ibu hamil suka mengambil set vitamin ibu hamil Shaklee untuk memberi cukup keperluan nutrisi dan diet yang sihat untuk ibu hamil.


Sebenarnya tidak ada yang baiknya berbadan gemuk ini. Penyakit mudah dapat, susah cari saiz baju, mudah penat dan banyak lagi. Jika uols memang bukan gemuk dari lahir, maka jagalah pemakanan seharian. Berusahalah sedaya upaya untuk mengekalkan berat badan yang ideal. Jadikan ikhtibar kisah kawan saya ini. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Kita kurus menawan untuk siapa? Untuk pikat suami kita juga kan? Betul tak?

Sahabat pembaca yang ingin mengekalkan atau mengembalikan badan yang kurus, ramping dan slim, bolehlah hubungi saya. Saya ada rahsia untuk dibongkarkan. Kita sama-sama dapatkan berat badan unggul dan sihat. Jom kurus!

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

Maznifaeza Mustaffa 
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

5 comments:

  1. br ni staff liz kena cerai. umur da 39 tp xblh hamil. hurm.. lelaki mcm tu la ada je alasan xblh trm kekurangan sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sudah jodoh sampai setakat itu shj. Memang tak patut suami dia buat mcm tu. Be positif. Ada hikmah yg kita tak tahu. Allah maha mengetahui dan perancangan Allah adalah terbaik utk kita. Wallahualam

      Delete
  2. Hmmm .... bila lelaki nak kawin lain, alasan tumit pecah pun leh jadi ... hohoho

    ReplyDelete
  3. Hooo suami sebenarnya kena banyak beri sokongan kepada isteri ini,mungkin sebab terlalu stress ,huhuu

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hohohoho... Dilla gebu saya setuju. Tentu awak banyak 'chip code' nak bg suami sayang!

      Delete

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?