Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Atasi Masalah Kekurangan Sperma dengan Vitamin Kesuburan Shaklee

with 0 Comment

Lautan api sanggup ku redah


Alkisah suatu cerita. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Mungkin hanya kebetulan. Kisah pasangan suami isteri ini yang masih lagi belum dikurniakan anak. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun. Sudah jenuh berusaha dan berikhtiar. Tapi... 

Hanya isteri sahaja yang berusaha membuat pemeriksaan perubatan untuk mengetahui masalah kesuburannya. Hanya isteri yang berikhtiar amalkan pemakanan suplement kesuburan. Suami? Suami dia tetap ego dan mendakwa kegagalan mendapat zuriat ini disebabkan isterinya. Puas isterinya berendam air mata. Menyerap pelbagai tekanan dan cemuhan mertua, ipar duai dan sanak saudara. 

Isterinya puas memujuk suaminya berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan perubatan. Ternyata keegoan suaminya tetap kental. Itu namanya ego tak bertempat! Nak dipendekkan cerita mereka masih gagal mendapat zuriat walaupun usia perkahwinan sudah menginjak setengah dekad.




Lantaran tidak tahan dengan tekanan dan perasaan inginkan anak, si suami telah menceraikan isterinya itu. Alasan utama yang diberikan isterinya mandul. Tapi Allah itu maha berkuasa. Beberapa bulan kemudian pasangan suami isteri yang bercerai itu telah berkahwin dengan pasangan baru masing-masing. 

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Dalam masa 4 tahun si isteri yang dikatakan mandul itu telah berbahagia dengan suami barunya beserta 2 orang anak yang comel. Sedangkan bekas suaminya masih gagal memperolehi zuriat walaupun berkahwin dengan isteri barunya yang dikatakan lebih muda, ranum dan subur. Tentu uols sudah tahukan siapa yang mandul sebenarnya? Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?

Masalah ketidaksuburan & kesukaran untuk hamil tidak semestinya berpunca dari pihak isteri semata-mata.

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah low sperm count atau masalah kekurangan sperma. Ia juga dikenali sebagai Oligospermia.  Sperma yang sedikit bermaksud semasa ejakulasi kandungan sperma dalam air mani yang dipancutkan adalah sedikit berbanding jumlah yang normal, iaitu kurang daripada 15 juta sperma dalam satu milimeter air mani. 

Jika suami ada mengalami masalah bilangan sperma yang rendah, jangan risau. Ia tidak bermakna uols  tidak boleh mendapat anak. Peluang uols untuk mendapat anak masih ada. Cuma lebih rendah berbanding orang lain yang mempunyai bilangan sperma yang normal. Yang penting jangan putus asa berikhtiar!



Jom kita baca perinciannya di bawah.

Punca kekurangan sperma

1. Perubatan.
  • Varicocele (Bengkak di saluran yang mengalirkan sperma)
  • Jangkitan kuman
  • Masalah ejakulasi (Retrograde ejaculation)
  • Antibodi menyerang sperma
  • Tumor
  • Masalah testis (Undescended testical)
  • Ketidakstabilan hormon
  • Kecacatan saluran yang membawa sperma
  • Kecacatan kromosom
  • Penyakit Celiac
  • Pengambilan ubatan untuk tempoh yang lama seperti steroid, kemoterapi, ubatan antifungal


2. Persekitaran
  • Kimia industri
  • Toksik
  • Radiasi atau x-ray
  • Menunggang dalam tempoh yang lama (basikal, motorsikal, kuda)
  • Testis terlalu panas ( sauna, hor tub)


3. Kesihatan, cara hidup & lain-lain.
  • Penyalah gunaan dadah
  • Ketagihan alkohol
  • Merokok
  • Stress
  • Berat Badan
Apakah simptom kekurangan sperma?

1. Masalah dalam hubungan seksual seperti kurang keinginan atau ejakulasi pramatang.

2. Bengkak, sakit atau ketulan di bahagian testis.

3. Rambut atau bulu yang semakin berkurangan, petanda bahawa anda mengalami masalah hormon atau kromosom.

4. Gagal mendapat anak selepas setahun mencuba.


Bagaimana menghasilkan sperma berkualiti?

Untuk mendapatkan sperma yang berkualiti:

1. Berhenti merokok

2. Elakkan alkohol

3. Elakkan penyalahgunaan dadah 

4. Elakkan ubat yang boleh memberi kesan kepada kualiti sperma

5. Dapatkan berat badan unggul

6. Kurangkan stress

7. Elakkan pendedahan kepada X-Ray, racun serangga & bahan toksik lain


Bolehkah masalah ini dirawat?

Sekiranya telah disahkan mempunyai masalah kekurangan sperma, suami boleh merawat masalah ini dengan berusaha mengamalkan pemakanan vitamin kesuburan lelaki. Atasi masalah kekurangan sperma dengan vitamin kesuburan Shaklee seperti berikut:

Vitamin E

Berfungsi menyuburkan organ reproduksi. Untuk lelaki, ia berfungsi untuk meningkatkan kelelakian, memekatkan air mani & menghasilkan sperma berkualiti yang sihat, aktif & gagah.

Zinc Complex

Zinc berfungsi untuk menghasilkan sperma yang sihat & berkualiti supaya dapat hidup lebih lama di dalam uterus isteri.  Ia juga bagi menghasilkan sperma yang kuat & mampu berenang dengan laju dalam proses mencari ovum isteri.

Vivix

Membaiki DNA & sel dalam badan, khususnya organ peranakan supaya testis mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.



vitamin power untuk lelaki

Orang lelaki janganlah taksub sangat mengatakan dia hebat dan gagah. Suami jangan meletakkan kesalahan di bahu isteri sahaja bila gagal mendapatkan zuriat. Sebaliknya berusaha dan berikhtiar bersama-sama. 

Kedua-duanya wajib buat pemeriksaan doktor untuk mengetahui apakah puncanya dan periksa tahap kesuburan masing-masing. Dulu masa bercinta bukan main lagi bermadah lautan api sanggup ku redah, sehidup semati bagai. Tapi bila ada masalah macam ni nak telan bara api pun tak sanggup!

Kita hanya berusaha. Apa yang penting selalulah berdoa kepada Allah mohon dikurniakan zuriat. Wallahualam.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 019-2249556
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?