Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

3 Persoalan Tentang Saya dan Shaklee

with 0 Comment
Kebaikan dan Lumayan!

Coretan entri saya kali ini adalah ingin berkongsi kisah saya bersama Shaklee. Jom kita imbas semula mengapa saya boleh terjebak dengan Shaklee. Apakah 'push factor' yang menyebabkan saya sangat enjoy berbisnes Shaklee. Kita enjooooy! (Sila lakukan gaya Nora Danish)


generate income with shaklee


Kenapa saya sertai dan buat bisnes Shaklee?

Selepas dapat gaji, biasanya kebanyakan kita akan membayar bil utiliti, rumah, ansuran kereta, bayaran pinjaman dan sebagainya. Selebihnya barulah belanja makan minum, barangan dapur, anak-anak dan lain-lain. Kitaran ini terus berulang pada setiap bulan, tahun berganti tahun. Ya, memang betul semua pembiayaian perkara yang disebut itu telah dilakukan oleh suami saya.

Hidup di bandar besar ini memang mencabar. Semakin hari kos sara kehidupan semakin meningkat. Sedangkan kualiti kehidupan semakin menurun. Sebagai isteri saya berusaha untuk tidak membiarkan keluarga saya hidup sekadar cukup. Saya juga berhasrat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya juga ingin mendapatkan perlindungan takaful dan kesihatan terbaik untuk ahli keluarga. Pendek kata saya mahu keluarga saya menikmati kehidupan yang berkualiti disamping membantu meringankan beban suami.

Pada mulanya gaji saya digunakan untuk melengkapkan apa yang tidak lengkap. Tetapi akibat prinsip saya untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dan juga akibat terbelanja berlebihan tanpa planning, akhirnya saya melalui situasi kekeringan wang, yang kita panggil sengkek.  Asyik sengkek  saje..



generate income with shaklee


Adakah saya patut berpeluk tubuh sahaja? Mungkin sudah ditentukan Allah saya berjodoh dengan Shaklee. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya berusaha dan memberi fokus kepada bisnes Shaklee. Saya ingin mengubah nasib saya dan keluarga. Alhamdulillah kini saya sudah boleh mencapai pendapatan 5 angka secara konsisten walaupun saya tahu perjalanan saya bersama Shaklee baru suku sahaja. Target saya kini adalah ingin menjadi work at house mother WAHM. Insyallah selain memperolehi pendapatan yang lumayan saya juga akan dapat memberi tumpuan pada keluarga. Keluarga bahagia jiwa negara.

Apa yang saya perolehi dengan Shaklee?

Haaaa! Ini semua orang nak tahukan? Tentulah yang utama bonus 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Tapi yang lebih bermakna bila saya selalu dapat sms/whatsApp macam ni:

"Akak, Alhamdulillah saya dah hamil setelah 4 tahun berkahwin. Set kesuburan Shaklee memang best."

"Terima kasih Mazni. Selepas ambil vitamin milkbooster Shaklee susu saya melimpah ruah. Anak saya puas menyusu"

" Mazni, hari ini rakan-rakan pejabat puji saya. Diorang kata kulit saya cantik! Tqvm kerana memperkenalkan saya dengan ESP.

"Akak, saya baru dapat call dari adik saya di kampung. Emak saya sudah boleh sujud dan duduk antara 2 sujud setelah mengamalkan Joint Health dan Ostematrix."

"Tangan akak sudah tidak menggigil lagi. Semakin sembuh sakit parkinson akak ni. Terima kasih adik Mazni kerana memperkenalkan vivix"

Cuba bayangkan! Cuba bayangkan uols di tempat saya. Tak mengalirkah air mata saya ini dek kerana perasaan yang amat gembira dan terharu bila dapat berita macam tu? Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain.

Selain itu dalam group Shaklee saya telah diajar untuk meningkat amalan kerohanian. Setiap bulan saya mampu mengeluarkan zakat, memberi wang kepada ibu bapa di kampung, bersedekah, infaq dan membayar hutang piutang. Sebenarnya banyak lagi ilmu dan kebaikan yang saya perolehi. Nak tahu lagi sila baca tips berjaya bisnes Shaklee

Adakah saya akan berjaya?

Insyallah saya akan berjaya! Allah sahaja yang akan menunaikan impian saya ni sama ada lambat atau cepat untuk berjaya. Saya tahu saya sedang berada di lebuhraya yang betul untuk mencapai kejayaan. Saya begitu menikmati bisnes Shaklee ini. 



generate income with shaklee

generate income with shaklee

Mengapa saya begitu yakin? Saya tidak kisah jika uols percaya atau tidak kekuatan Shaklee ini terletak kepada produknya. Produk vitamin Shaklee diyakini ramai, bermutu, selamat, semulajadi dan tentunya halal. Kini semua orang sokseh sokseh pasal Shaklee. Ramai yang mencari vitamin Shaklee. Tugas saya telah dipermudahkan dengan produk Shaklee yang hebat. Saya hanya sebarkan kebaikan Shaklee kepada orang lain dan saya terus mengorak langkah menuju ke puncak kejayaan bersama Shaklee!

Coretan entri ini sudah sampai ke penghujung. Uols pun sudah dihidangkan kisah benar saya dengan Shaklee. Jika anda tercari-cari sesuatu pekerjaan yang mulia tapi mampu menjana pendapatan lumayan anda wajib membaca ini. Jom klik di sini

Nak follow saya?
Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com

DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati Kita

with 3 comments
Jagalah hati kita!

Salam ceria buat pencinta-pencinta Superb Vitamin! Sentiasalah positif dalam kehidupan kita. Jaga tingkah laku diri dan elakkan menyinggung perasaan orang lain. Sentiasalah berbaik sangka dan jangan menyakiti hati orang lain. Sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain akan menyebabkan hati kita sentiasa bersih murni.





Bercakap pasal sakit hati ini, tentu ramai yang tahu apa ubat penawar untuk melembutkan hati. Dah tentulah amalan kerohanian mampu membentuk jiwa dan hati kita supaya sentiasa tenang. Tapi bagaimana nak menjaga kesihatan hati kita? Aaaargh ramai yang memandang sebelah mata sahaja tentang penjagaan kesihatan hati kita. Betul tak?


Pakar Gastroenterologi dari sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, Dr. Loong Yik Yee, berkata :
"Amalan gaya hidup kurang sihat boleh menjejaskan fungsi hati yang menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita."
"Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dilakukan."


Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:
1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:
  • Biji ‘milk thistle’
    • Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
    • Merupakan bahan utama dalam DTX
    • Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida
  • Biji schizandra chinensis
    • Menghalang Toksin berada dalam badan
    • Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
    • Mengandungi Antioksida
  • Cendawan Reishi
    • digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida
  • Dandelion
    • Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
    • Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu
  • Kunyit
    • Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu
  • Ekstrak artichoke
    • Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal
Beberapa pakar perubatan mengatakan, kerosakan hati dapat dilihat dengan menggunakan CT scan. Namun, gangguan organ hati dapat dilihat dari bentuk fizikal seseorang.
 
Berikut adalah bahagian tubuh yang menunjukkan ada masalah hati, 

Lingkaran gelap pada mata

Lingkaran gelap pada atas dan bawah mata berkaitan dengan kerosakan organ hati. Memang pada dasarnya banyak yang beranggapan bahawa lingkaran hitam di sekitar mata hanya bentuk kelelahan tubuh. Tetapi hitamnya lingkaran mata adalah satu tanda bahawa seseorang mengidap penyakit hati.

Mata berwarna kuning

Mata yang berwarna putih akan berubah menjadi kuning. Ini merupakan tanda agar kita harus segera melakukan pemeriksaan perubatan.




Perut menjadi buncit

Perut yang membesar tetapi tidak mencerna banyak makanan merupakan tanda dari gangguan organ hati. Sebabnya perut yang membengkak akibat adanya infeksi dan kerosakan di hati.

Bau mulut yang menyengat

Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkait dengan faktor kelebihan ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.

Selain mengamalkan vitamin DTX Complex ini, gaya hidup seseorang perlu diubah. Pengarah Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan Pengguna Sanofi, James Wong, berkata membran sel hati boleh terjejas disebabkan gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan berminyak, minum arak, merokok, pengambilan terlalu banyak ubat atau jangkitan daripada virus tertentu. 

''Apabila membran sel hati dibaiki dan digantikan secara beransur-ansur, hati sembuh secara perlahan-lahan, seterusnya memulihkan kesihatan," jelasnya. 

"Pendekatan menyeluruh perlu digunakan untuk mencegah penyakit hati. Selain daripada mengambil ubat, individu perlu mengubah gaya hidup dengan mengamalkan diet yang sihat dan bersenam. 

''Amalan gaya hidup yang sihat meningkatkan kesihatan hati sambil menggalakkan kesejahteraan umum," tambahnya.

Jom kita baca testimoni di bawah
DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati Kita

Kesihatan bukan untuk diabaikan. Jika anda ada tanda-tanda di atas segeralah berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakit anda. Selain ubat dari doktor, kita boleh berikhtiar dengan DTX Complex. Boleh dapatkan segera dengan klik gambar di bawah


Atau



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Keguguran Rambut Selepas Bersalin

with 0 Comment
Bayi dah pandai buat buih, rambut akan gugur?

“Kak Mazni, Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin,” seorang sahabat mengadu kepada saya.
" Agaknya anak ko sudah pandai buat buih kot." Balas saya sambil cuba berlawak dengannya. 
vitamin Shaklee merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Masalah keguguran rambut selepas bersalin bukan lagi satu yang aneh kepada wanita. Kenapa ia terjadi selepas melahirkan si comel? Apakah faktor keguguran rambut itu?

9 perkara yang perlu diketahui:

  1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
  2. Kita harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, kita tidak perlu panik kerana kita tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
  4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
    vitamin Shaklee merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin

  5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
  6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
  7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
  8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
  9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka. sumber: http://pama.karangkraf.com

Apa perlu dilakukan untuk merawat keguguran rambut selepas bersalin ini?


  • Tukar kepada syampoo yang lebih rendah kandungan kimia atau syampoo yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.


Syampoo merawat Keguguran Rambut Selepas Bersalin


  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea 
Untuk mengetahui Vitamin merawat keguguran rambut selepas bersalin sila klik di bawah


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Kitaran Haid yang Normal

with 0 Comment
Alamak kenapa lambat period ni?

Entri kali ini saya nak bagi info sedikit mengenai lambang wanita yang normal. Apa dia? Wanita yang normal pasti mengalami 'bunga raya' atau haid setiap bulan. Wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal akan didatangi haid setiap bulan. Secara purata bilangan hari dalam kitaran haid  ialah 28-42 hari. Tetapi jangan risau jika jumlah hari dalam kitaran haid anda adalah berbeza dan berubah setiap bulan. Jom kita baca seterusnya!

mengatasi masalah kitaran haid tidak normal


1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.

Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas. Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.

2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. 

Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. 

Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal.

Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaan istihadhah yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. 

Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid kita yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang kita alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada kita. Jika kita merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah

3. Kitaran haid yang normal pada puratanya ialah 28-32 hari.

Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. 

Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat.

Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.

4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid

Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu.

Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.

5. Senggugut

Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.
Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.
vitamin untuk senggugut

Jika anda mengalami masalah kitaran haid tidak normal sila klik di bawah ini 

GLA Complex Shaklee - Mengatasi Masalah Haid Tidak Teratur


Jika anda mengalami keputihan jemputlah klik di bawah ini

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Joint Health Tablet Shaklee Alternatif Untuk Merawat Arthritis

with 1 comment
Kaedah alternatif merawat arthritis
Akhirnya dapat juga saya meluangkan masa untuk update blog kesayangan saya ini. Agak bersawang jugak sejak dibiarkan lebih kurang seminggu ni. Harap para pengunjung setia ini tidak bersawang. Moga sentiasa ceria dan dikurniakan kesihatan yang sihat sentiasa.

Entri kali ini saya nak mengajak uols semua mengenali penyakit arthritis. Biasa dengar tak? Pernah tak berjumpa mereka yang mengidap penyakit ini? Lumrah setiap penyakit pasti ada ubat dan penawarnya. Yang penting kita kena berusaha ikhtiar.


Kebaikan Advanced Joint Health Shaklee

Sebelum saya bercerita tentang alternatif untuk merawat arthritis, ada baiknya kita bersual kenal dengannya terlebih dahulu. Jom baca!


Definisi
Arthritis adalah radang yang berlaku di sendi-sendi yang menyebabkan sendi sakit, bengkak dan kaku. Ianya boleh di sebabkan oleh mekanisma "autoimmune", jangkitan, perubahan "degenerative" atau kecacatan pada baka. 
Jenis-jenis arthritis adalah:
  • Osteoarthritis (OA)
  • Rheumatoid Arthritis
  • Infectious arthritis
  • Polymyalgia rheumatica


Tanda-tanda dan gejala
  • Sakit sendi  (lengan, pergelangan tangan, jari-jari, pergelangan kaki, lutut, pinggul dan bahagian bawah tulang belakang terutama semasa dan selepas aktiviti.
  • Bengkak di bahagian sendi dan dalam OA terdapat bengkak yang tegang di persekitaran sendi.
  • Kekerasan sendi.
  • Sakit di sekitar sendi.
  • Deformiti.
  • Krepitus semasa pergerakan (dalam OA).
  • Otot mengecil (Otot peha bagi arthritis sendi lutut).
  • Pergerakan sendi dan fungsi adalah terhad serta kurang upaya.
  • sukar melakukan tugasan tertentu.
  • sakit bertambah teruk apabila pergerakan berlebihan.


Kebaikan Advanced Joint Health Shaklee



Faktor-faktor risiko osteoarthritis
  • Peningkatan umur
  • Kegemukan :di kedua - dua sendi lutut yang mendapat OA
  • Keturunan:terutamanya OA yang terjadi pada semua sendi.
  • Pergerakan yang keterlaluan.
  • Kecederaan sendi yang teruk:Kepatahan tulang.
  • Koyak pada bahagian meniscus.
  • kerosakan pada ligamen
  • Pekerjaan:OA sendi lutut dikalangan pekerja.
  • OA sendi paha di kalangan petani.


Perawatan
Perawatan OA melibatkan pendekatan pelbagai disiplin bertujuan untuk menghilangkan gejala dan memperbaiki fungsi sendi.
Ia melibatkan rawatan tanpa ubatan dan penggunaan ubatan.
Bagi kes-kes tertentu, pembedahan diperlukan.

Pendidikan pesakit
  • Pesakit yang mengidap OA perlu diberitahu tentang penyakit tersebut dan kesan jangka panjangnya perlu di bincangkan.
  • Pesakit yang memahami tentang penyakit tersebut dan kesannya akan dapat mengatasinya dengan lebih baik dan kurang mengadu sakit.
  • Matlamat utama adalah untuk menanam sikap yang positif.
  • Penurunan berat badan.
  • Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan harus berazam mengurangkan berat badan.
  • Penurunan berat badan akan mengurangkan kesakitan OA sendi lutut.
  • Penurunan 5 kg berat badan akan mengurangkan tekanan keatas sendi lutut sebanyak 15-30 kg bagi setiap langkah.


Fisioterapi
Fisioterapi perlu dimulakan secepat mungkin untuk memperbaiki pergerakan sendi. meningkatkan kekuatan otot, mengurangkan kesakitan dan mencegah hilang upaya yang berlarutan.
Semua pesakit perlu mengambil bahagian didalam program senaman untuk menggerakan sendi-sendi dan menguatkan otot-otot sekelilingnya.

Program senaman
Program senaman perlu di khususkan untuk setiap individu.
Gabungan senaman termasuk pergerakkan, meningkatkan kekuatan dan senaman aerobik berintensiti rendah yang bersesuaian.
Terdapat 2 jenis program senaman:
  • Senaman gerakan sendi dan senaman meningkat kekuatan.
  • Senaman isometrik adalah di galakan pada mulanya, diikuti dengan senaman berrintangan yang menggabungkan rangkaian senaman. Senaman ini perlu dilakukan setiap hari.

Kebaikan Advanced Joint Health Shaklee

Rawat dengan Joint Health Tablet Shaklee
  • Tidak mengandungi  kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap dengan baik bila diambil secara oral.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap .
  • Ekstrak Jagung, menambahkan fungsi kusyen kepada sendi. Menyebabkan pergeselan antara sendi yang menyakitkan menjadi lega dan kurang sakit.
  • Vitamin C, Tembaga, Zinc dan Mangan, beri kesan tisu penyambung yang sihat. Ini akan mengurangkan risiko sendi rosak dan seterusnya, tulang juga dapat dipelihara.
Lagi best kalau Joint Health Tablet ini diamalkan bersama Ostematrix dan Omega Guard. Jom kita baca bagaimana ia menjadi lagi best?

Cara Ostematrix Membantu?
Dikenali sebagai calcium-magnesium. Pengambilan kalsium penting untuk pembentukan tulang yang kuat. Jika kita kekurangan kalsium tulang akan mudah retak, patah juga rosak. Pengambilan kalsium sangat memberi kesan yang baik kepada tulang. Tulang yang sihat menyumbang kepada sendi yang sihat. Jom kita baca perincian mengenai ostematrix di sini.

Bagaimana Omega Guard Membantu?
Dihasilkan dari ikan laut dalam yang berkualiti tinggi. Dengan proses begitu teliti, untuk penghasilan Omega 3 dan Omega 6 yang 'mantap'. 
Secara semulajadi, minyak ikan Shaklee ini bersifat anti radang atau anti imflamasi. Jadi, ini akan mengurangakan keradangan yang berlaku akibat sakit sendi arthritis. Ia juga bertindak memelihara sendi. Caranya? Asid lemak Omega 3 mencegah kemusnahan enzim yang bentuk tisu rawan untuk perlindungan sendi. Hasilnya sendi yang lebih sihat akan dinikmati oleh pesakit sendi. Jom kita mengenali dengan lebih dekat Omega Guard ini di sini.

Selagi kita bernyawa kita perlu berikhtiar mengubati penyakit kita. Islam tidak suka umatnya berputus asa. Selagi hayat dikandung badan, selagi ajal belum menjemput kita wajib berbuat yang terbaik untuk diri kita. Jika ada ibubapa, pak atau mak sedara kita yang mengidap arthiritis boleh berikan Joint Health Tablet Shaklee untuk merawat penyakit ini. Insyallah boleh sembuh.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa (Sid 880961)
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?