Kasihan si comel!
Hati kita pasti runsing apabila anak yang kita sayangi tiba-tiba mengalamai kegatalan akibat ekzema. Lebih meruntun hati mendengar rengekan sambil tangannya tidak berhenti menggaru-garu kulit yang gatal.
Ekzema bukan ruam biasa. Ruam bayi bersifat sementara manakala ekzema boleh kekal lama dalam kulit.
Ekzema boleh menjadi serius jika dibiarkan dan akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan sehingga menjadi kudis. Ada juga yang bernanah.
Ini menyebabkan anak yang mengalami ekzema menjadi libang libu bak kata orang Perak atau runsing sehingga menyebabkan aktiviti kelaziman seperti tidur terganggu.
Jadi sangat penting untuk ibu bapa mengetahui apakah punca berlaku ekzema ini. Jangan ambil mudah ya, nanti merana.
Ekzema ada 2 jenis iaitu ekzema Atopik dan Dermatitis.
Ekzema Atopik Terjadi daripada penyakit seperti asma dan demam alergik. Kesannya ialah kulit menjadi kering, gatal, merah dan merekah. Ada juga meleleh cecair seperti berdarah.
Jika ada sejarah keluarga mempunyai penyakit asma dan ekzema, kemungkinan besar anak kita boleh terkena kegatalan ekzema.
Ekzema Atopik lazimnya berlaku di tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Terdapat 6 punca kegatalan ekzema ini.
Alahan makanan
Alah kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya, atau gandum. Ini adalah punca utama ekzema yang biasanya berlaku dari dalaman badan dan bukan luaran. Bukan sekadar penyakit kulit luaran.
Faktor persekitaran
Cuaca yang terlalu sejuk atau kering akan memberi keradangan kepada kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi terlalu kering dan gatal, sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama, habuk, debunga, lipas, kotoran juga boleh menyebabkan kegatalan ekzema
Bahan pencuci
Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, sabun mandian dan sabun pakaian juga boleh menjadi punca ekzema
Alah dengan bahan tertentu
Antara punca ekzema juga ialah alah dengan baha tertentu seperti fabrik bulu, logam, emas, sintetik dan lain-lain
Jangkitan kulit
Apabila menggaru kegatalan ekzema, kulit akan menjadi lebih radang dan merebak ke tempat lain
Perubahan hormon
Anak yang mengidap ekzema tidak boleh stress. Gangguan emosi dan tekanan menjadi puncanya kegatalan ekzema berlaku.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun.
Langkah-langkah pengawalan ekzema
- Mengawal kitaran ekzema dengan melembapkan kulit
- Mengubati keradangan
- Mengelakkan penggunaan sabun atau bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
- Mengelakkan makanan yang menyumbang kepada ekzema
- Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal dan persekitaran.
- Kurang berada di luar rumah terutama mereka yang alergik terhadap debunga (pollen)
Mari kita baca
♥Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee
♥ Maznifaeza Mustaffa ♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 019-2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini
Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.