Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Fenomena Shaklee Melanda Malaysia !!

with 0 Comment
Kenapa nak tunggu esok sedangkan hari ini boleh?

Assalamualaikum semua! Semoga uols sihat dan mendapat aura-aura positif sentiasa. Kepada pencinta-pencinta blog SuperbVitamin jangan risau dan bimbang. Saya still bershaklee sambil menyebarkan kebaikan shaklee untu orang lain. Cuma kekadang tu tidak berkesempatan untuk berkongsi cerita Shaklee dengan uols di blog ini.


Menjana pendapatan dengan Shaklee

Alhamdulillah hari ini dapat juga saya meluangkan masa untuk berkongsi sedikit cerita yang mungkin boleh memberikan aura positif kepada kita. Fenomena Shaklee melanda Malaysia!! Wow! Betulke? Tapi sebelum tu kita baca ini dulu.

18 sebab kenapa Shaklee berbeza dengan jenama yang lain.
  1. Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
  2.  Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
  3. Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
  4. Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
  5. Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
  6. Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
  7. Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
  8. Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
  9. Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
  10. Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
  11. Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid..yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain)
  12. Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
  13. Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
  14. Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
  15. 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
  16. Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
  17. Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
  18.  Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti. kredit
Semalam adalah Sabtu yang luar biasa bagi Shaklee. Sabtu minggu terakhir September 2013 telah mencatat sejarah tersendiri. Shaklee hq telah diserbu oleh pencinta-pencinta Shaklee sejak awal pagi. Penuh sesak dengan manusia. Ramai yang menghabiskan masa 4 atau 5 jam semata-mata kerana Shaklee. Sehinggakan pihak Shaklee terpaksa membuat kauter tambahan sementara untuk memudahkan orang ramai berurusan. Sehingga pukul 8 malam ada lebih kurang 100 pelanggan masih belum selesai berurusan dengan Shaklee. Wow! Hebatkan kan kan....

Menjana pendapatan dengan Shaklee
Sesak. Terpaksa beratur panjang untuk mengambil shaklee

Menjana pendapatan dengan Shaklee
Orang ramai tetap sabar. Sabar itu separuh drpd iman

Menjana pendapatan dengan Shaklee
Beratur panjang sampai keluar dari pintu Shaklee. Hebatkan?
Menjana pendapatan dengan Shaklee
Sesak!
Kenapa Fenomena Shaklee ini berlaku?

Jawapannya telah saya senaraikan di atas. Itu adalah sebahagiannya sahaja. Yang penting kita kena rebut peluang ini. Shaklee always hotselling item.memang rugi siapa yang tak ambil peluang untuk buat bisnes ni...Bisnes ini bersifat independent. Maksudnya kita bebas nak mencorakkan bagaimana perniagaan kita dijalankan Kita adalah bos pada bisnes kita sendiri.... Sambil bershaklee sambil  menjana pendapatan. Tak kisahla full time atau part time. Kalau anda seorang ibu..seorang suri rumah..atau seorang mom yang berkerjaya... anda masih boleh menjana pendapatan bersama Shaklee.. Part time pun ok. Sebabnya ianya mudah dan simple.
  • Tidak perlu keluar mencari customer, cuma duduk di hadapan laptop / PC sahaja!
  • Memberikan masa kerja yang fleksibel
  • Tidak perlu menyimpan stok banyak-banyak
  • Siapa yang berusaha lebih dia yang akan berjaya
  • Produk yang dipercayai. Suplemen Shaklee adalah semulajadi selamat, berkesan, mesra alam dan terbukti selama lebih 50 tahun!
  • Mempunyai rangkaian kumpulan memberikan sokongan dan panduan kepada ahli-ahlinya

Menjana pendapatan dengan Shaklee


Uols nak join saya berbisnes dalam Shaklee? Sebelum tu sila tanya diri sendiri. Adakah uols sanggup memberi komitmen pada bidang yang pilih, kapasiti diri, modal, kekuatan mental dan fizikal. Jangan memilih sebab ikut ikutan. Dan ingin saya ingatkan tiada istilah goyang kaki kalau nak berjaya. Ini bukan skim cepat kaya tau. 

Menjana pendapatan dengan Shaklee


Jika uols sudah bersedia terjebak dalam fenomena Shaklee di Malaysia, jangan berlengah lagi! Saya mengalu-ngalukan sesiapa sahaja diluar sana  untuk menyertai group saya iaitu Superb Fantastic Group. Best buat Shaklee business ni!

Nak follow saya?
Hubungi saya sekarang di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com

Kebaikan ESP Shaklee: Non-GMO Soya Terbaik!

with 0 Comment

Kenapa kita wajib merasai kebaikan ESP Shaklee?

Salam semua pencinta blog SuperbVitamin. Hari ini dapat juga saya memaksakan diri untuk membersihkan blog saya yang bersawang dan kusam masam ni. Huhuhuhu... Terasa rindu sangat bila tidak dapat berkongsi kebaikan Shaklee dengan uols.

Entri kali ni saya nak kongsi kebaikan ESP Shaklee. Pernah dengar tentang ESP Shaklee? Supplement berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya  terbaik dalam pasaran supplement kesihatan zaman ini.

Faedah dan Kebaikan ESP  Shaklee

Apakah keistimewaan ESP Shaklee ini:
  • ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Protein kacang soya adalah 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.
Faedah dan Kebaikan ESP  Shaklee

Faedah dan Kebaikan ESP  Shaklee yang utama:

Kekal Muda 
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajad
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal 
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera 
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Antara manfaat ESP untuk golongan ibu adalah:
  • ‘Milk booster’ bagi ibu yang menyusukan anak
  • ‘ENnergy booster’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
  • Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
  • Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
  • Membantu ibu yang ingin re-laktasi
  • Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
  • Menjadikan kulit anjal, gebu & licin
  • Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
  • Memelihara kestabilan hormon wanita
  • Menegang & menganjalkan payudara
  • Mengekalkan awet muda
ESP juga boleh digabungkan dengan pelbagai vitamin Shaklee yang lain bagi memberikan kesan yang lebih optimum seperti berikut:

Faedah dan Kebaikan ESP  Shaklee

Apa kata mereka yang telah 'bercinta' dengan ESP Shaklee ini?

Kebaikan ESP Shaklee: NON-GMO SOYA TERBAIK!

Kebaikan ESP Shaklee: NON-GMO SOYA TERBAIK!

Kebaikan ESP Shaklee: NON-GMO SOYA TERBAIK!


Orang kata setiap perkara yang baik tak elok dilengah-lengahkan. Uols wajib untuk merasai kenikmatan kebaikan ESP Shaklee ini! Jom dapatkannya!

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

11 Tips Menjaga Luka Bersalin Pembedahan (Cesarean) agar cepat sembuh

with 0 Comment
Berdebar bersalin secara pembedahan?

"Puan kena menjalani pembedahan. Puan tak boleh bersalin normal kerana kandungan puan ada masalah" Kata-kata keramat dari seorang doktor ini memang menggerunkan terutamanya kepada ibu hamil yang pertama kali bersalin secara cesarean.

Tapi jangan risau. Zaman sekarang ni dunia perubatan sudah canggih. Apa yang penting anak dan ibu selamat. Cuma ibu hamil perlu kuatkan mental untuk menghadapi pembedahan ini. Apabila bersalin pembedahan ini cara berpantangnya berbeza sedikit. Malah perlu dijaga dengan lebih rapi lagi.



Mungkin ibu-ibu yang akan bersalin secara cesarean boleh mengguna pakai tips di bwah ini. Jom kita baca 11 tips menjaga luka bersalin (Cesarian) agar cepat sembuh.

1. Bergerak lebih awal
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.

2. Makan makanan berzat dan seimbang
Anda kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin dengan banyak selepas bersalin dan anda perlu menggantikannya dengan kadar segera sekiranya anda ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. Jangan terpedaya dengan cakap orang tentang makanan sejuk dan panas, kerana ia tidak ada dalam istilah sains. Sebagai contoh, bayam dan lobak merah mengandungi antioxidant berupaya membuang toksin dalam tubuh. Brokoli dan kangkung mengandungi zat besi yang berupaya meningkatkan tahap hemoglobin anda.

3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan jangan percaya kepada mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Elak daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga anda.

5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan, anda kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini menyebabkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempuh pemulihan anda.

Energizing Soy Protein Shaklee ESP hilangkan parut bersalin Cesaran
6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

Energizing Soy Protein Shaklee ESP hilangkan parut bersalin Cesaran
Jenis-jenis cesarean.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

10. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceas
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.
(Sumber :http://www.portal.alamhamil.com)

Bagaimana nak hilangkan kesan parut bersalin pembedahan Cesarian ni? Jom kita tengok gambar testimoni di bawah.

Energizing Soy Protein Shaklee ESP hilangkan parut bersalin Cesaran.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Cara Pengambilan Set Kurus Shaklee dengan Saya

with 5 comments
Jom kurus dengan Shaklee
Kurus dan Ramping itu menawan! Memang tidak disangkal lagi! Siapa kata gemuk itu menawan? Memang ada yang berkata 'gemuk itu menawan' tapi hanya dibibir sahaja tapi di hati tidak begitu. Mungkin sekadar menjaga hati sahaja. Memang rugi bila berat badan kita meningkat. Nak cari saiz pakaian susah, nak jenjalan cepat penat, penyakit senang dapat, katil roboh dan kekadang tu spring kereta pun boleh patah.

Kurus dan Ramping itu menawan!


Saya mohon maaf entri saya kali ini berbaur provok. Bukan menghina orang yang obesiti tapi lebih untuk memberi kesedaran bahawa mengawal berat badan unggul ini banyak faedahnya. Justeru itu saya mempelawa mereka yang menghadapi masalah kegemukan ini untuk mengamalkan cara pengambilan set kurus Shaklee dengan saya.

Sebelum tu mari kita berkenalan dengan konsep detox --> bakar --> bina

Alfalfa sebagai agen detox


Supplemen yang disyorkan untuk detoks adalah Alfafa.
Kedua-dua suplemen ini berfungsi merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Yang paling penting ia semulajadi

Kenapa Perlu Detoks?

Detoks adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/supplemen diserap dengan lebih sempurna.

Sekiranya organ yang terlibat dalam penyerapan vitamin seperti usus mengalami masalah, kemungkinan besar vitamin tidak boleh diserap dengan sempurna.


Kurus dan Ramping itu menawan!

Lecithin membakar lemak

Fungsi utama Lecithin adalah sebagai 'pemecah/pencair lemak' ataupun 'fat emusifier'. Apabila Lecithin 'bertemu' dengan lemak lemak degil, ia akan 'memecahkan dan bercampur/bergabung' dengan lemak-lemak tersebut dan seterusnya membawa ia keluar. Tahukah kita? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan. 

Membina dengan Cinch Shake


Kandungan dalam Cinch diperkaya dengan Leucine dan ianya dirumus khas untuk membantu anda memecahkan kitaran diet yo-yo.
Untuk setiap hidangan Shaklee Cinch, anda akan mendapat:
  • 24 gram protein, 
  • 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 
  • 6 gram serat larut
Kurus dan Ramping itu menawan!
Protein amat diperlukan bagi pembinaan otot. Dengan otot yang sihat mampu menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori dengan baik. Kelebihan protein juga membantu anda merasa kenyang dan secara langsung membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Kebaikan Cinch Shake
  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis.
Dari kajian klinikal, Cinch membantu menghilangkan lemak yang terdapat pada otot dan dengan bantuan Leucine, akan membina otot dan mengekalkannya dalam bentuk jisim tanpa lemak (lean muscle). 

Jika ada bajet lebih, boleh add onn Cinch Energy Tea

Cinch Energy Tea Mix ini diambil bersama-sama dengan Cinch Shake Mix Shaklee dan produk-produk untuk tujuan pelangsingan lain yang telah dicadangkan oleh Shaklee. Energy Tea Mix dapat diminum sebagai snek ataupun minuman ringan waktu petang terutamanya bagi penggemar teh. Energy Tea Mix Shaklee adalah kurang gula dan semestinya sangat bagus untuk kesihatan. Selain itu, keistimewaan Enerygy Tea Mix ini ialah:

Kurus dan Ramping itu menawan!

  • Selamat dan merupakan penggalak tenaga semulajadi
  • Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • Tanpa gluten, tiada perasa tiruan, pewarna dan bahan pemanis 

Cara pengambilan set kurus Shaklee dengan saya.

Alfafa
5 biji alfafa sebelum breakfast
5 biji sebelum tidur

Lecithin
3 biji selepas lunch
3 biji selepas dinner

Cinch tea
1-2 sticks sehari bila2 masa.blh hidang sejuk atau panas. Blh dipelbagaikan variasi penyediaan.add honey, ginger, mint blh. Suka hati nak minum cmne..boost energy ..fokus bertambah..

Cinch shake.
1 scoop dicampur dengan 250ml susu rendah lemak atau plain water. Guna shaker.
Untuk permulaan ambil sekali sehari sebagai meal replacement.nak biasakan badan dengan pengmbilan cinch shake sebagai meal replacement. Samada bfast,lunch atau dinner. Apabila habis 1 canister. Ambil 2 kali sehari.. kesan penurunan lagi cepat..ambil bfast-lunch, bfast-dinner atau lunch -dinner.
Pastikan sehari mesti minum air paling sikit 2 liter. Boleh minum air segelas setiap sejam

Sila kawal kalori pemakanan setiap hari. Ambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan deep fry serta bergoreng.. Blh guna minyak zaitun sebagai ganti minyak masak utk menumis. 
Exercise secara berkala dan jangan lupa  berdoa kepada Allah untuk menunaikan hasrat dan impian kita

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:

Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?