Syukur, Alhamdulillah......
Salam Ramadhan Al Kareem semua! Selamat berpuasa semua! Lama sudah saya tidak bersiaran berceloteh dengan pembaca blog SuperbVitamin. Ada yang dah merajuk. Mohon jutaan kemaafan kerana meminggirkan uols semua. Saya tidak sengaja untuk melakukan sedemikian.
Apa pun Ramadhan kali ini saya tidak berkesempatan untuk berpuasa. Hanya boleh melihat orang lain begitu semangat melipat gandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Apa nak buat dah nasib kita... hukhukhuk.
Kenapa saya tidak boleh berpuasa? Adakah saya sengaja nak ponteng puasa? Jemputlah baca entri ini sampai habis yek. Inilah kisahnya.....
Ouuccchhh, sakit nak bersalin muncul sekitar pukul 3 pagi. Selang 30 minit pasti berlaku kontraksi. Saya terus kemaskan barangan keperluan yang sepatutnya. Sekitar pukul 5 pagi suami terjaga dari tidur. Saya terus beritahu pukul 10 pagi kita balik kampung. Memang dah buat perancangan awal nak bersalin di Hospital Teluk Intan my hometown. Jangkaannya 25 Jun nak balik Teluk Intan sebab due saya 28 Jun.
Suami: Dah sakit nak bersalin ke? Berapa minit selang kontraksi?
Saya: 5 minit sekali kontraksi
Suami: Alamak! Sekarang juga kita kena balik! Dah sampai masanya. Nak tunggu pukul 10 pagi kang terberanak pulak jap lagi. Suami terus bergegas mandi, solat subuh dan masukkan barang dalam kereta.
Pukul 7:15 pagi kami meninggalkan Subang menuju ke Hospital Teluk Intan. Saya tetap berkeras nak bersalin di sana walaupun suami ada memujuk untuk bersalin di Hospital Sungai Buloh. Masa tu kontraksi berlaku selang 2 minit. Perlahan-lahan saya usap perut sambil berkata, "Baby jangan keluar lagi yek. Tunggu mama sampai Teluk Intan dulu." Alhamdulillah keadaan traffic pagi itu agak selesa untuk memandu laju. Saya tak tahulah berapa kelajuan kereta dipandu suami. Kereta kami berluncur di lebuhraya plus tu dengan pantas. Memang laju macam Michael Shumacher!
Pukul 8:45 pagi selamat sampai di Hospital Teluk Intan. Terus ke wad bersalin. 5 cm pintu sudah terbuka.
Pukul 9:00 pagi ummi dan abah sampai di wad bersalin. Bertambahlah kekuatan semangat saya. Saya keluar ke ruang meunggu dan sempat lagi menjamah nasi lemak dalam keadaan sakit kontraksi tu. Nak bersalin ni kena kumpul tenaga banyak-banyak tau! Kalau perut kosong nanti kita tak bertenaga nak 'push' pula.
Selepas sarapan pagi dengan nasi lemak saya terus melangkah ke labour room. Alhamdulillah jururawat dan doktor di sini mesra dan baik belaka. Saya sempat request hanya jururawat dan doktor perempuan sahaja dibenarkan untuk urusan bersalin saya. Alhamdulillah permintaan saya diterima dengan senang hati. Ketika ini 'pintu' sudah terbuka 10 cm. Kemudian air ketuban pecah dengan sendirinya. Nampaknya proses bersalin saya dipermudahkan dan akhirnya tepat jam 10.45 pagi saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.57 kg.
Berakhir sudah kisah marhalah kehamilan saya pada tanggal 24 Jun bersamaan 26 Sya'ban. Nantikan kisah saya dalam kisah 'Sihat dan Ceria Semasa Berpantang' pula. Setialah membaca blog saya yang tak seberapa ini.
Selamat menjalani ibadah puasa semua! Salam Ramadhan Al Kareem
Mommy-mommy bersalin dan mencari set berpantang terbaik boleh klik link di bawah:
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini