Saya suka tidur berbantalkan lengan suami saya!
Bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.
Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak dinafikan isteri akan peroleh pengalaman yang cukup rileks dan tenang.
Ianya tanda bahawa bau phero suami kita sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon kita (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya).
Ini fakta yang mesti suami isteri tahu
Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.
Peringatan penting untuk suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cube ye
10 cara untuk suami pamerkan rasa cinta pada isteri
- Berikan Isteri Rasa Selamat, elakkan diri menjadi agresif.
- Ucapkan "Assalamualaikum" ketika pulang ke rumah, Ia akan menghalang
- syaitan masuk ke dalam rumah kita.
- Sabda Rasulullah SAW : Wanita itu ibarat kayu bengkok yang rapuh, jika kita berkasar dengan nya ia akan patah. Jika kita biarkannya, ia tidak akan terus membengkok. Maka didiklah isteri dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
- Apabila ingin menegur isteri, lakukan di tempat privisi dan tenang. Jangan sekali-kali menegur isteri dihadapan orang lain atau di tempat awam. Ia akan melukakan hati dan menjatuhka maruahnya.
- Sentiasa berlembut hati kepada isteri kita. Ia akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada kita.
- Sentiasa didik di sebelah isteri, sentuh atau peluk badannya, ia akan membuatkan hatinya tenang.
- Elakkan marah, caranya dengan sentiasa berwuduk. Maksud hadis, jika kamu marah pergilah berwuduk, jika belum reda, duduk, jika belum reda berbaring.
- Sentiasa kemas dan wangi kerana wanita sukakan kebersihan.
- Jangan bersikap keras dan kasar, ia akan merosakkan hubungan kita dan isteri. Sentiasa mendengar luahan dan kata-kata isteri. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri tercinta.
Cara Syukur Nikmat Agar Happy & Tenang Sokmo from iReach HD on Vimeo.