Banyaknya nak beli!
Bermula sebulan dari sekarang setiap ibu bapa pasti akan memikirkan belanjawan yang akan dileburkan untuk persiapan persekolahan anak hujung tahun ini. Masing-masing mencongak bajet berhemat bagi memastikan segala kelengkapan persekolahan anak sempurna disediakan. Pastinya bajet pembelanjaan persekolahan anak untuk tahun ini meningkat kerana dikenakan GST berbanding tahun lepas yang tiada. Aduhaaai nasiblah......
Senarai pembelian kelengkapan persekolahan perlu dibuat. Takut-takut ada benda yang terlepas pandang. Lagi pun senarai ini dapat membantu meringankan keserabutan otak. Almaklumlah kalau seorang anak takpa lagi, cuba 2, 3 atau 4 anak yang bersekolah? Macam mana? Apa yang perlu dibeli dulu? Berapa helai baju nak beli? Jenis beg sekolah apa yang tahan lasak? Ini semua nampak macam mudah tapi sebenarnya tetap memeningkan kepala terutama kepada ibu bapa yang anak mereka pertama kali melangkah ke alam persekolahan.
Tahun depan anak saya darjah 2. Jadi untuk persiapan persekolahan anak kali ini saya tidak lagi canggung dan terkial-kial. Pengalaman lalu kita jadikan panduan. Buat ibu bapa yang anak sulung masuk darjah 1 tahun hadapan, saya pasti perkongsian dalam entri ini sedikit sebanyak dapat membantu uols membuat persiapan persokalahan anak masing-masing. Jangan pening-pening. Mari baca tips beli keperluan persekolahan anak masuk sekolah di bawah ini.
Pakaian sekolah anak lelaki
- Baju kemeja putih 3 helai (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian)
- Seluar panjang 2 helai
- Seluar trak sukan 2 helai
- Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
- Baju melayu putih 3 pasang (sekolah agama)
- Samping sehelai (sekolah agama)
- Songkok hitam untuk sekolah agama
Pakaian sekolah anak perempuan
- Baju kurung 5 atau 6 helai
- Kain kurung 2 helai untuk sekolah kebangsaan (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian) dan 3 helai untuk sekolah agama
- Tudung 3 helai untuk sekolah kebangsaan dan 3 helai untuk sekolah agama. (sempat rotate masa basuh)
- Seluar trak sukan 2 helai
- Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
Kasut sekolah
- Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
- Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
- Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
- Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
- Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
- Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.
Beg Sekolah
- Beli 2 beg sekolah. 1 untuk sekolah kebangsaan dan 1 untuk sekolah agama.
- Jenama terbaik ialah SWAN. Agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloi. Harga dalam rm69 ke atas dah boleh dapat beg SWAN yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Jenama yang biasa-biasa ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak.
- Jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah untuk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah. Kena anak kelas tingkat tinggi kasihan dia kena pikul beg naik tangga yang berat tu.
- Saiz beg sekolah tak perlu yang paling besar. Saiz medium sahaja dah mencukupi. Lagipun buku teks zaman sekarang ni nipis-nipis (ada 2 jilid) sahaja, bukan lagi tebal macam zaman kita sekolah dulu.
Alat tulis
Ini adalah kelengkapan yang penting untuk anak kita menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan gembira. Ibu bapa kena pastikan alat tulis lengkap seperti:
- Pensil case
- Pensil 3 batang
- Pembaris
- Pemadam
- Pengasah Pensil
- Gunting
- Gam
- Pensil warna
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu uols dalam membeli keperluan persekolahan nanti. Tapi kita jangan lupa dan hanya membuat persiapan fizikal sahaja. Bagaimana pula untuk persiapan mental dan kesihatan anak kita? Apakah keperluan vitamin yang sesuai untuk anak kita?
Boleh klik di sini untuk vitamin otak cerdas dan bijak,
Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.