Itulah tak nak berpantang, kononnya hidup cara moden
Hidup di zaman modenlah katakan, mana perlu pantang-pantang selepas bersalin ini. Manusia sudah pergi ke bulan, dunia sudah maju ke hadapan, peralatan gajet canggih manggih, cakap sahaja sakit apa pasti ada ubatnya. Lantaran itulah yang menyebabkan sahabat saya ini mengalami gejala rahim jatuh selepas bersalin kerana memandang remeh fasa berpantang selepas bersalin. Senang cakaplah kawan saya ni tak berpantang langsung! Nauzubillah! Jangan kita mencontohi dia. Modenlah sangat!
Berpantang selepas bersalin sangat sinonim dengan masyarakat melayu turun temurun. Tempoh normal berpantang ialah 44 hari sahaja tetapi ada yang berpantang selama 100 hari. Bukan kaum melayu sahaja ada tempoh berpantang ini, kaum cina turut mempunyai amalan berpantang mereka sendiri. Tetapi generasi muda zaman moden sekarang ni ramai yang dah tak amalkan berpantang selepas bersalin. Lapuk ketinggalan zaman atau pun dah tak releven dakwa mereka.
Yang lama kita hormati. Yang lama kita kasihi. Yang baru takkan wujud jika tiada yang lama. Jadi jangan mentah-mentah ketepikan amalan berpantang selepas bersalin ini. Ada sebabnya mengapa kena berpantang. Sekarang memang tak nampak kebaikannya. Percayalah dah tua nanti baru kita rasainya kebaikan berpantang. Semasa berpantang mak-mak kita akan suruh kita jaga makan, berurut, bertungku, berpilis, berbengkung, makan jamu dan minum air akar kayu. Itu semua ada kebaikan dan sebabnya.
Bertungku memang best awesome! |
Berpantang ini sebenarnya adalah masa untuk ibu bersalin 'recovery'. Proses kehamilan dan melahirkan banyak menggunakan kudrat si ibu. Dengan berpantang tenaga dapat dikembalikan malahan memberi masa kepada luka-luka dalaman sembuh sepenuhnya dan juga luka luaran. Hayatilah 'tempoh bertenang' ini, badan kita perlu relaks setelah penat bekerja. Oleh itu itu ibu berpantang kena jaga makan minum segala bagai.
Wajib baca: Jamu vs Set Berpantang Shaklee
Salah satu perkara yang saya suka semasa berpantang adalah bertungku. Bila bertungku terasa selesa perut dan hilang lenguh-lenguh badan. Tujuan bertungku adalah untuk melancarkan peraliran darah dan memecahkan darah beku yang masih ada di dalam rahim, mengecutkan rahim dan membuang angin.
Menu berpantang: Nasi putih ikan kering |
Semasa berpantang semuanya kena panas, makan makanan yang panas, mandi air panas, bertungku, pilis, pakai stokin dan baju panas semuanya bertujuan untuk memastikan badan kita sentiasa panas bagi mengelakkan angin masuk. Kenapa bahaya sangat kalau angin masuk ni? Sebab bila badan berangin, ibu akan tidak selesa kemudian emosi mula terganggu dan perkara yang paling nak dielakkan adalah “meroyan” tapi orang teluk intan panggil “baby blues”, hahahaha. Ada yang terkena meroyan yang teruk sampai lupa diri sampai perlu dirawat kerana itulah orang tua kita selalu berpesan dalam pantang jangan suka nangis. Pastikan kita sentiasa bertenang, ceria dan gembira.
Kesan buruk jika wanita tidak berpantang selepas bersalin
Rahim Jatuh atau Prolapse
Prolapse Rahim ialah keadaan rahim jatuh ke bawah dan kadang kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligament dan otot yang memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat proses kehamilan dan kelahiran. Akibat itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj. Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat
- Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa.
- Peringkat kedua dimana pintu Rahim jatuh sampai kepermukaan faraj.
- Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan Rahim terkeluar dari saluran dan permukaan faraj, keadaan ini digelar "tombong”.
Gangguan Kencing
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah buang air kecil seperti:
- kerap membuang air kecil
- sakit ketika nak buang air kecil
- kencing yang tidak dapat dikawal khususnya semasa batuk, ketawa yang kuat (Stress Incontincence).
Keadaan ini menyusahkan dan menganggu tugas harian khususnya dalam menjalankan amalan ibadah seperti solat.
Gangguan Hubungan Kelamin
Oleh kerana berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang dipanggil Pelvic Floor Muscle telah menyebabkan kekuatan cengkaman atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu. Ini meyebabkan kepuasan dan kenikmatan seks berkurangan. Suami pula pasti merungut kurang berpuas hati kerana kenikmatan seks tidak lagi menyeronokkan. Perkara ini berpunca daripada pelbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.
Sakit Pingang & Tidak selesa dibahagian Sulit Wanita
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada proplapse rahim ialah rasa tidak selesa dibahagian sulit, kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj. Ini berlaku ketika berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab Rahim jatuh ia menarik otot dan sering kali urat dibahagian pingang juga akan tertarik menyebabkan ramai diantara wanita mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
Dalam kes Proplapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman dan menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka masa panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeseran yang berpanjangan.
Tips elak rahim jatuh selepas bersalin
- Pastikan berpantang dengan cara yang betul.
- Ibu berpantang perlu makan makanan yang berkhasiat supaya proses penyembuhan selepas bersalin berjalan lancar.
- Amalkan set berpantang yang terbaik dan betul. Ibu berpantang bukan nak sihat luaran sahaja (nak kurus), bahkan sihat bahagian dalaman juga penting.
- Set Berpantang Terbaik yang lengkap dengan khasiat semulajadi menjadi pilihan kebanyakan ibu selepas bersalin. Antara kebaikan set berpantang Shaklee ialah dapat membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim.
- Air dan fiber yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Ostematix kalsium membantu mengatasi masalah sembelit. Awas! sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada masalah rahim jatuh.
- Lakukan senaman pelvis 2 minggu selepas bersalin.
- Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.
Jika nak pakai lama rahim tu, jagalah ia sebaik yang mungkin. Mesti ingat, rahim adalah lambang kewanitaan. Ia aset berharga kepada setiap wanita. Justeru itu ibu bersalin wajib berpantang dengan cara yang betul. Lagi best jika ibu bersalin ini mengamalkan Set berpantang Shaklee. Jom berpantang dengan Shaklee!
Pertanyaan, konsultasi dan order vitamin boleh hubungi saya di:
♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271 atau 0192249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kelebihan Berpantang
ReplyDeleteMemang betul...jika tak jaga pantang ngan betul kita juga yg merana nantu
ReplyDeletebetul tu. kenalah berpantang sehabis baik. Nak pakai lama kan. Kenalah jaga dgn rapi
Deletememang penting ibu berpantang dengan betul kan. klu tak boleh jgk jadi meroyan.
ReplyDelete