Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Awas! Tanpa Disedari Kita Makan Garam Berlebihan Setiap Hari

with 0 Comment

Tanpa garam tawarlah makanan itu


"Aku dulu makan garam daripada kamu." Uit, tak takut kena darah tinggi ke pakcik ni. Hahahaha. Makan garam berlebihan memang mengundang bahaya untuk kesihatan kita. Betul tak? Sebenarnya orang lama memang mempunyai idea yang best untuk menyampaikan sesuatu kepada kita dengan cara berhikmah. Jadi kata-kata pakcik tu kita janganlah risau. Dia tak makan garam banyak pon. Dia nak bagitau orang lama ni banyak pengalaman hidup dan generasi gen Y perlu hormati orang lama seperti dia.



Ramai tidak menyedari telah memakan garam secara berlebihan sama ada nyata atau tersembunyi setiap hari.

Ini kerana, kira-kira 75 peratus daripada garam dalam diet seharian datangnya daripada makanan terproses. 

Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian Kesihatan, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, pengambilan garam secara berlebihan berkait rapat dengan penyakit darah tinggi atau hipertensi. 

"Penyakit hipertensi merupakan faktor risiko utama serangan jantung dan strok, iaitu punca utama kematian kalangan rakyat di negara ini.

"Kajian saintifik menunjukkan dengan pengurangan garam kepada 5 gram atau satu sudu teh sehari mampu mengurangkan kejadian strok sebanyak 24 peratus, dan penyakit kardiovaskular (18 peratus). 

"Dengan kata lain, ia boleh mencegah 2.4 juta kematian akibat strok dan penyakit kardiovaskular di seluruh dunia," katanya dalam sesi interaksi Kementerian Kesihatan Bahagian Kawalan Penyakit bersama Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
Dalam sesi itu, beliau membincangkan tajuk "Inisiatif pengurangan garam di Malaysia", kemudian disusuli oleh Pegawai Dietetik, Viola Micheal dengan topiknya "Garam dan kaitan dengan darah tinggi".

Dr Feisul Idzwan berkata, sempena sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia yang diraikan pada 9 hingga 15 Mac ini, kementerian mengambil pendekatan kempen bertemakan 'Makan di luar, kurang masin, pilihan sihat' untuk diterapkan dalam budaya pemakanan pengguna. 

"Kami menyasarkan tiga kumpulan iaitu murid, pekerja dan pengusaha makanan melalui objektif khusus. Kumpulan tersebut terdedah dengan pengambilan garam berlebihan di luar rumah," katanya. kredit sinarharian

Bahaya Garam

Terlalu banyak mengambil garam akan menyebabkan peningkatan cecair dalam tubuh. Jika cecair yang berlebihan itu berada di otak, ia mungkin menjadi faktor risiko salur darah otak pecah yang menyebabkan angin ahmar.



Bagi jantung pula, ia mungkin menjadi penyebab masalah koronari arteri dan tekanan darah tinggi. Bagi dewasa yang sihat, garam boleh disingkir dari tubuh melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan sodium yang terkumpul di badan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut. Ini kerana, bayi tidak memiliki keupayaan untuk memproses kuantiti garam yang banyak kerana ginjal yang belum sempurna pembentukannya.


Tip Kawal Pengambilan Garam


  • Gunakan ramuan semula jadi seperti jus limau atau rempah
  • Kurangkan penggunaan garam dan bahan diawet
  • Kurangkan pengambilan kiub, makanan segera, sos, mayonis dalam masakan
  • Kurangkan pengambilan makanan dalam tin seperti sosej, burger, kekacang
  • Kurangkan mengambil makanan diawet, ikan masin, udang kering, jeruk.
Namun begitu apa yang penting adalah cara gaya hidup kita. Kalau sebelum ini kita tidak pernah bersenam, maka lakukanlah senaman ringan setiap hari demi kesihatan yang sihat. Mari kita tonton video pendek di bawah ini. Lelaki ini telah mengubah gaya hidup beliau. Apakah yang beliau telah lakukan? Joms layan video ini.

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

Kepada yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dan ingin mendapatkan vitamin Shaklee, 

Boleh hubungi saya untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  019-2249556 atau 016-5199271
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?