Rahsia waktu tidur Rasulullah SAW
Kebiasaannya Rasulullah SAW tidak akan tidur lewat malam jika tidak ada urusan penting untuk dilakukan. Jika tiada urusan dakwah dan jihad untuk dilaksanakan, baginda akan menyegerakan tidur selepas solat Isya'. Kemudian bangun di pertengahan malam atau sepertiga malam untuk solat tahajjud atau qiyamullail.
Sebenarnya tanpa disedari tidur awal amat bermanfaat untuk diri kita. Tidur awal dapat memberikan kesihatan tubuh badan yang sihat. Beberapa kajian perubatan mendapati tidur terlalu lewat akan memberi kesan negatif kepada kesihatan diri manusia.
1. Sistem Imuniti Badan Menjadi Lemah
Lewat untuk tidur malam boleh merosakkan sel-sel darah putih. Akibatnya sistem imuniti badan menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.
2. Diancam Diabetes
Lewat tidur malam juga boleh memberi kesan tidak baik kepada hormon. Akibatnya tubuh tidak boleh bertindak balas terhadap glukosa kerana jumlah insulin yang kurang. Orang yang tidur terlalu malam menjadi lebih mudah mengidap penyakit Diabetes.
3. Sering Sakit Kepala
Tidur terlalu malam membuat tubuh tidak dapat rehat dengan baik. Meskipun waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang yang tidur sebelum tengah malam dan bangun sepertiga malam akan merasakan keadaan fizikal yang lebih segar. Sebaliknya tidur larut malam membuat rehat kita seperti terganggu. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Awas jika sering tidur lewat malam penyakit kerosakan otak akan mudah menyerang kita.
4. Kanser Hati
Dintara penyakit berbahaya akibat tidur terlalu malam adalah kanser hati. Subhanallah… Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan baginda:
مَا نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَلَا سَهِرَ بَعْدَهَا
Rasulullah SAW tidak pernah tidur sebelum waktu isya’ dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)
Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma’ad: “Termasuk kebiasaan beliau adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang beliau begadang di awal malam untuk mengurus pelbagai kepentingan orang-orang miskin.”
Ingat yek pembaca blog saya di luar sana. Dalam kita kesibukan mencari rezeki janganlah kita abaikan waktu tidur kita. Zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba mencari rezeki tambahan lantaran desakan kos kehidupan yang semakin meningkat. Dalam hal ini kita perlu bijak membuat pilihan. Carilah pendapatan tambahan yang fleksibel dengan masa harian kita. Jom kita baca kerja part time paling santai dan mudah dilakukan. Klik di sini.
0 comments:
Post a Comment