Coretan entri saya kali ini adalah ingin berkongsi kisah saya bersama Shaklee. Jom kita imbas semula mengapa saya boleh terjebak dengan Shaklee. Apakah 'push factor' yang menyebabkan saya sangat enjoy berbisnes Shaklee. Kita enjooooy! (Sila lakukan gaya Nora Danish)
Kenapa saya sertai dan buat bisnes Shaklee?
Selepas dapat gaji, biasanya kebanyakan kita akan membayar bil utiliti, rumah, ansuran kereta, bayaran pinjaman dan sebagainya. Selebihnya barulah belanja makan minum, barangan dapur, anak-anak dan lain-lain. Kitaran ini terus berulang pada setiap bulan, tahun berganti tahun. Ya, memang betul semua pembiayaian perkara yang disebut itu telah dilakukan oleh suami saya.
Hidup di bandar besar ini memang mencabar. Semakin hari kos sara kehidupan semakin meningkat. Sedangkan kualiti kehidupan semakin menurun. Sebagai isteri saya berusaha untuk tidak membiarkan keluarga saya hidup sekadar cukup. Saya juga berhasrat memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya juga ingin mendapatkan perlindungan takaful dan kesihatan terbaik untuk ahli keluarga. Pendek kata saya mahu keluarga saya menikmati kehidupan yang berkualiti disamping membantu meringankan beban suami.
Pada mulanya gaji saya digunakan untuk melengkapkan apa yang tidak lengkap. Tetapi akibat prinsip saya untuk menikmati kehidupan yang berkualiti dan juga akibat terbelanja berlebihan tanpa planning, akhirnya saya melalui situasi kekeringan wang, yang kita panggil sengkek. Asyik sengkek saje..
Adakah saya patut berpeluk tubuh sahaja? Mungkin sudah ditentukan Allah saya berjodoh dengan Shaklee. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya berusaha dan memberi fokus kepada bisnes Shaklee. Saya ingin mengubah nasib saya dan keluarga. Alhamdulillah kini saya sudah boleh mencapai pendapatan 5 angka secara konsisten walaupun saya tahu perjalanan saya bersama Shaklee baru suku sahaja. Target saya kini adalah ingin menjadi work at house mother WAHM. Insyallah selain memperolehi pendapatan yang lumayan saya juga akan dapat memberi tumpuan pada keluarga. Keluarga bahagia jiwa negara.
Apa yang saya perolehi dengan Shaklee?
Haaaa! Ini semua orang nak tahukan? Tentulah yang utama bonus 4 angka setiap bulan. Alhamdulillah rasa bersyukur sangat. Tapi yang lebih bermakna bila saya selalu dapat sms/whatsApp macam ni:
"Akak, Alhamdulillah saya dah hamil setelah 4 tahun berkahwin. Set kesuburan Shaklee memang best."
"Terima kasih Mazni. Selepas ambil vitamin milkbooster Shaklee susu saya melimpah ruah. Anak saya puas menyusu"
" Mazni, hari ini rakan-rakan pejabat puji saya. Diorang kata kulit saya cantik! Tqvm kerana memperkenalkan saya dengan ESP.
"Akak, saya baru dapat call dari adik saya di kampung. Emak saya sudah boleh sujud dan duduk antara 2 sujud setelah mengamalkan Joint Health dan Ostematrix."
"Tangan akak sudah tidak menggigil lagi. Semakin sembuh sakit parkinson akak ni. Terima kasih adik Mazni kerana memperkenalkan vivix"
Cuba bayangkan! Cuba bayangkan uols di tempat saya. Tak mengalirkah air mata saya ini dek kerana perasaan yang amat gembira dan terharu bila dapat berita macam tu? Saya bersyukur kerana saya mampu membuat orang lain bahagia dan gembira. Saya berjaya menyebarkan kebaikan kepada orang lain. Sesungguhnya inilah yang saya cari selama ini. Selain mencari rezeki, kita berpeluang untuk berbuat kebaikan. Shaklee sangat membahagiakan saya dan orang lain.
Selain itu dalam group Shaklee saya telah diajar untuk meningkat amalan kerohanian. Setiap bulan saya mampu mengeluarkan zakat, memberi wang kepada ibu bapa di kampung, bersedekah, infaq dan membayar hutang piutang. Sebenarnya banyak lagi ilmu dan kebaikan yang saya perolehi. Nak tahu lagi sila baca tips berjaya bisnes Shaklee
Adakah saya akan berjaya?
Insyallah saya akan berjaya! Allah sahaja yang akan menunaikan impian saya ni sama ada lambat atau cepat untuk berjaya. Saya tahu saya sedang berada di lebuhraya yang betul untuk mencapai kejayaan. Saya begitu menikmati bisnes Shaklee ini.
Coretan entri ini sudah sampai ke penghujung. Uols pun sudah dihidangkan kisah benar saya dengan Shaklee. Jika anda tercari-cari sesuatu pekerjaan yang mulia tapi mampu menjana pendapatan lumayan anda wajib membaca ini. Jom klik di sini.
Nak follow saya?
Hubungi saya sekarang di:
Maznifaeza Md Mustaffa
♥ sms/whatsApp: 016-5199271
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
♥ Emel : maznifaeza@gmail.com atau superbvitamin@gmail.com
0 comments:
Post a Comment