Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

Tips Terbaik Beli Keperluan Persekolahan Anak Masuk Sekolah

with 0 Comment

Banyaknya nak beli!


Bermula sebulan dari sekarang  setiap ibu bapa pasti akan memikirkan belanjawan yang akan dileburkan untuk persiapan persekolahan anak hujung tahun ini. Masing-masing mencongak bajet berhemat bagi memastikan segala kelengkapan persekolahan anak sempurna disediakan. Pastinya bajet pembelanjaan persekolahan anak untuk tahun ini meningkat kerana dikenakan GST berbanding tahun lepas yang tiada. Aduhaaai nasiblah......

vitamin otak cerdas dan bijak


Senarai pembelian kelengkapan persekolahan perlu dibuat. Takut-takut ada benda yang terlepas pandang. Lagi pun senarai ini dapat membantu meringankan keserabutan otak. Almaklumlah kalau seorang anak takpa lagi, cuba 2, 3 atau 4 anak yang bersekolah? Macam mana? Apa yang perlu dibeli dulu? Berapa helai baju nak beli? Jenis beg sekolah apa yang tahan lasak? Ini semua nampak macam mudah tapi sebenarnya tetap memeningkan kepala terutama kepada ibu bapa yang anak mereka pertama kali melangkah ke alam persekolahan. 

Tahun depan anak saya darjah 2. Jadi untuk persiapan persekolahan anak kali ini saya tidak lagi canggung dan terkial-kial. Pengalaman lalu kita jadikan panduan. Buat ibu bapa yang anak sulung masuk darjah 1 tahun hadapan, saya pasti perkongsian dalam entri ini sedikit sebanyak dapat membantu uols  membuat persiapan persokalahan anak masing-masing. Jangan pening-pening. Mari baca tips beli keperluan persekolahan anak masuk sekolah  di bawah ini.

vitamin otak cerdas dan bijak


Pakaian sekolah anak lelaki

  • Baju kemeja putih 3 helai (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian)
  • Seluar panjang 2 helai 
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan
  • Baju melayu putih 3 pasang (sekolah agama)
  • Samping sehelai (sekolah agama)
  • Songkok hitam untuk sekolah agama

Pakaian sekolah anak perempuan

  • Baju kurung 5 atau 6 helai
  • Kain kurung 2 helai untuk sekolah kebangsaan (biasanya 2 hari akan memakai pakaian senaman seharian) dan 3 helai untuk sekolah agama
  • Tudung 3 helai untuk sekolah kebangsaan dan 3 helai untuk sekolah agama. (sempat rotate masa basuh)
  • Seluar trak sukan 2 helai
  • Stand by baju sukan sehelai kerana nanti kena beli baju sukan mengikut rumah sukan

Kasut sekolah


  • Elok beli sepasang dulu. Pertengahan tahun baru beli sepasang lagi jika kasut ketat sebab kaki cepat panjang atau kasut rosak. Secara normalnya menjelang bulan keenam kasut sekolah akan rosak.
  • Kalau beli kasut jangan yang semua kain, nanti cepat koyak dan reput bila diberus ketika basuh.
  • Budak sekolah rendah terutama tahun 1 tak pandai lagi nak pakai kasut bertali. Jadi pilih yang gamnya boleh tahan sikit dan tidak mudah tercabut.
  • Jangan beli jenama Ben10 ata princess ke. Upin ipin pun jangan. Jenis ni cepat rosak dan tiada kualiti.
  • Antara jenama kasut sekolah yang bagus kualitinya ialah  jenama BATA Spark atau Pallas. Ada banyak lagi yang bagus dan pandai-pandailah uols survey.
  • Stokin kaki beli 3 pasang paling kurang sebab anak kita seharian pakai stokin dan ia cepat kotor dan busuk.

Beg Sekolah



  • Beli 2 beg sekolah. 1 untuk sekolah kebangsaan dan 1 untuk sekolah agama.
  • Jenama terbaik ialah SWAN. Agak mahal sedikit tapi berbaloi-baloi. Harga dalam rm69 ke atas dah boleh dapat beg SWAN yang tahan lasak dan tidak mudah koyak. Jenama yang biasa-biasa ni tahan tak sampai sebulan dua dah mula koyak.
  • Jangan beli yang beroda sebab agak berat dan susah untuk naik kenderaan seperti bas mahupun van sekolah. Kena anak kelas tingkat tinggi kasihan dia kena pikul beg naik tangga yang berat tu.
  • Saiz beg sekolah tak perlu yang paling besar. Saiz medium sahaja dah mencukupi. Lagipun buku teks zaman sekarang ni nipis-nipis (ada 2 jilid) sahaja, bukan lagi tebal macam zaman kita sekolah dulu.

Alat tulis


vitamin otak cerdas dan bijak

Ini adalah kelengkapan yang penting untuk anak kita menjalani proses pembelajaran dengan sempurna dan gembira. Ibu bapa kena pastikan alat tulis lengkap seperti:

  • Pensil case
  • Pensil 3 batang
  • Pembaris
  • Pemadam
  • Pengasah Pensil
  • Gunting
  • Gam
  • Pensil warna
Semoga perkongsian tips ini dapat membantu uols dalam membeli keperluan persekolahan nanti. Tapi kita jangan lupa dan hanya membuat persiapan fizikal sahaja. Bagaimana pula untuk persiapan mental dan kesihatan anak kita? Apakah keperluan vitamin yang sesuai untuk anak kita?

vitamin otak cerdas dan bijak


Boleh klik di sini untuk vitamin otak cerdas dan bijak,

Vitamin Untuk Otak Cerdas dan Bijak



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Jangan Ambil Mudah Gejala Kencing Kotor Ketika Hamil

with 0 Comment

Cegah lagi baik daripada mengubati


Sejak akhir-akhir ini banyak benar cerita buruk tentang Shaklee. Isu yang tak betul tapi diulang-ulang saban tahun. Saya malas nak layan cerita negatif yang tidak betul ini. Memang nak bisnes Shaklee ni banyak cabarannya. Almaklumlah produk Shaklee ini kan bagus dan terbaik. Ada yang dulu benci tapi sekarang tangkap cintan dengan Shaklee. Ada yang dulu benci tapi sekarang menjana pendapatan dengan Shaklee. Hahahahaha

Set vitamin kencing kotor


Barang yang baik tidak memerlukan kata-kata indah untuk dicanang. Kalau benih yang baik tu campak ke laut mana pun, ia tetap hidup dan menjadi pulau. Betul tak? Tadi saya baru dihubungi oleh seorang bakal ibu muda yang mengalami masalah kencing kotor ketika hamil. Ibu ini baru sahaja membuat pemeriksaan rutin ibu mengandung dan doktor mengesahkan beliau mengalami gejala kencing kotor ketika hamil.

Kencing kotor ketika hamil ini jangan kita ambil mudah. Jangan pandang enteng! Jangkitan kuman boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan buah pinggang rosak. Paling menakutkan apabila kuman berjaya merebak ke dalam darah dan boleh menyebabkan kematian. Bukan itu sahaja, ibu hamil kemungkinan risiko tinggi berlakunya bersalin bayi pra matang. Dahsyatkan? Kata kunci di sini jangan ambil mudah!



Kencing kotor atau Urinary Tract Infection (UTI) ialah  jangkitan kuman di saluran kencing. Jangkitan kuman telah melibat ke bahagian pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing. Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggang melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Apakah punca wanita hamil mendapat kencing kotor?

  • Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.
  • Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 
  • Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. 
  • Dalam masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing akan menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. 
Set vitamin kencing kotor

Simptom dan gejala kencing kotor
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak (kencing tak lawas)
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Demam dan seram sejuk, sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang.
  • Sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Alhamdulillah, pengalaman 3 kali saya mengandung tidak pernah mengalami gejala kencing kotor ketika hamil ini. Saya sentiasa aware dan amalkan setiap tips mengandung dengan cara yang betul. Paling penting kena pastikan nutrisi ibu hamil sentiasa mencukupi.

Tips pencegahan kencing kotor ibu hamil

  • Minum lebih banyak air masak Sekurang-kurangnya lebih 8 gelas sehari. Air kencing yang jernih menunjukkan kuantiti air dalam badan kita mencukupi. Jika masih lagi bewarna kuning itu menunjukkan badan kita masih lagi kekurangan air. 
  • Jangan risau dengan kekerapan membuang air kerana ia sangat bagus untuk proses penyigkiran air kencing kotor ini.
  • Segeralah pergi membuang air kecil jika terasa berbuat demikian. Jangan bertangguh atau menahan kencing terlalu lama kerana ia menggalakkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
  • Wanita hamil perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas. Ia bertujuan untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walaupun hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Amalkan pemakanan vitamin ibu hamil shaklee bagi memastikan tiada komplikasi ketika hamil. Insyallah fasa kehamilan kita sentiasa sihat, bertenaga dan ceria!

Set Vitamin Kencing Kotor

Set vitamin kencing kotor

  • Garlic Complex -  Bertindak sebagai antibiotik secara semulajadi
  • Sustaine Vitamin C - Meningkatkan sistem badan. 
  • Ostematrix - Membantu proses penyimpanan dan pelepasan sesetengah hormon. Membantu perkembangan tubuh badan normal , membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.

PERHATIAN

  • Jika ibu hamil masih lagi mendapati air kencing kotor dan kelihatan berdarah atau demam yang teruk selama 3 hari,  dinasihatkan agar terus berjumpa doktor 
  • Doktor akan segera memberi rawatan antibiotik. Janga lambat berjumpa doktor kerana kencing kotor mudah dan cepat merebak ke buah pinggang. 



Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016 - 5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?