Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

15 Tips Terbaik Untuk Ibu Hamil Amalkan di Trimester Kedua

with 0 Comment

Seronoknya rasa baby gerak dalam perut!



Salam semua mommy preggy. Apa khabar? Bayi dalam kandungan sihat ke? Saya harap mommy-mommy sihat sejahtera dan seronok menjalani tempoh mengandung ini. Nikmatilah dengan perasaan yang gembira. Jangan lupa ini adalah anugerah Allah untuk kita meneruskan legasi ummat Muhammad SAW. Rindu pula saya nak rasa baby bergerak-gerak dalam perut lagi. Rindu nak rasa 'senak' akibat kena siku dan lutut baby lagi. Huhuhu



set vitamin ibu mengandung shaklee
Nostalgia hamil anak sulung

Pada kehamilan trimester kedua iaitu usia kandungan 4 ke 6 bulan, perkembangan janin membentuk beberapa bahagian tubuh seperti kaki dan pergelangan kaki. Selain itu hormon kehamilan meningkat pada trimester kedua. Kadang kala berlaku gangguan pencernaan dan menyebabkan sembelit kepada ibu hamil. Jadi ibu mengandung pada fasa ini perlu banyak minum air masak dan makan makanan serat seperti buah-buahan.

set vitamin ibu mengandung shaklee


Ada beberapa perkara yang boleh dan tak boleh dilakukan oleh ibu hamil ketika trimester kedua. Apa kata kita baca tips terbaik untuk ibu hamil amalkan di trimester kedua di bawah ini:


  1. Jangan mengambil barang dengan cara membongkok supaya janin tidak tertekan di dalam rahim.
  2. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat seperti mengangkat barang berat, menolak atau menarik perabot, memanjat, berjogging dalam waktu lama dan sebagainya.
  3. Jangan melakukan perubahan aktiviti secara mendadak seperti memusing badan dengan cepat atau melompat-lompat kerana ia akan membahayakan janin dan ibu hamil akan mengalami kekejangan otot.
  4. Lebihkan aktiviti rehat dan santai kerana ketika trimester kedua beberapa organ vital di dalam tubuh ibu hamil seperti jantung, hati, ginjal, dan paru-paru terpaksa bekerja lebih keras
  5. Gunakan Bra yang mampu menyokong payu dara supaya ibu hamil selesa. Ketika ini saiz payudara mula meningkat.
  6. Biasakan mandi dengan air panas suam agar otot-otot boleh rileks dan ibu hamil dapat cepat tertidur dan berehat
  7. Apabila ibu hamil hendak berehat santai, pastikan duduk atau tidur yang mana sebaiknya posisi kaki lebih tinggi berbanding tubuh agar peredaran darah dalam tubuh tidak hanya berkumpul di kawasan kaki. Ia dapat mengelakkan kaki menjadi bengkak dan kekejangan.
  8. Gunakan bertumit leper dan mendatar.  Ketika hamil saya suka pakai kasut scholl yang bertumit leper kerana ia selesa dan lembut.
  9. Hindari makanan yang digoreng atau pedas.
  10. Pastikan ibu hamil tidur dengan posisi yang sesuai.
  11. Pastikan perubahan tubuh badan kita. Ketika ibu hamil berdiri, berjalan, duduk, dan tidur yang baik adalah tidak condong ke belakang kerana dapat menyebabkan tulang punggung melengkung dan mengakibatkan belakang sakit.
  12. Ibu hamil hendaklah selalu kerap makan dengan skala kecil.
  13. Sebaiknya ibu hamil jangan berdiri terlalu lama. Janha berdiri lebih satu jam. Ia boleh menyebabkan kaki bengkak.
  14. Selalu berfikir positif ketika hamil dan elakkan mengalami perasaan murung dan stress.
  15. Amalkan set vitamin ibu mengandung trimester kedua ini. Ia sangat membantu ibu hamil menjalani fasa kehamilan dengan sihat, ceria dan gembir.

Apakah set vitamin ibu mengandung trimester kedua?


set vitamin ibu mengandung shaklee



Ostematrix



  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


  • Energizing Soy Protein


  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
  • Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


  • Omega Guard


  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.
  • Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
  • Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


  • B Complex


  • B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B.
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’.
  • Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.
  • Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.
  • Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


  • Vitamin C


  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?
  • Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


  • Vitalea


  • Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi.
  • Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia.
  • Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.



  • Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

    ♥ Maznifaeza Mustaffa
    ♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
    ♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

    0 comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Flickr Images

    Like us on Facebook

    Facebook

    Terima Kasih kerana Sudi membaca!

    Agent Shaklee Kawasan Anda

    Agent Shaklee Kawasan Anda
    Mudah, Cepat dan Pantas

    Promosi September 2016

    Promosi September 2016
    Jangan lepaskan peluang ini

    Superb and Hot!

    Superb and Hot!
    Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

    Set Breastfeeding Milk Booster

    Set Breastfeeding Milk Booster
    Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

    Vitamin Untuk Ibu Hamil

    Vitamin Untuk Ibu Hamil
    Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

    Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

    Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
    Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

    Artikel Popular

    Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

    Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
    Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

    Nak tahu mengenai apa?