Cerita Tentang Shaklee Ajee

Welcome and thank you for visiting Superb Vitamin here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation and natural supplement

10 Tips Memberi Nama Yang Sesuai Kepada Bayi Baru Lahir

with 0 Comment

Indahnya didengari! Sedapnya nama dia!


Menantikan kelahiran buah hati adalah saat-saat yang paling mendebarkan. Saat inilah yang dinanti-nantikan oleh semua calon ibu dan ayah. Anak pengikat hubungan suami isteri akan menjenguk dunia menyerikan suasana keluarga. Oh indahnya saat itu!

Selesai sahaja urusan bersalin ada perkara lain yang perlu dipersiapkan iaitu memberi nama yang sesuai kepada bayi baru lahir. Pelbagai nama yang muncul untuk dipilih. Ada yang dirujuk dari buku panduan nama, ada juga hasil kreatif ibu bapa  dan ada juga mengikut nama berdasarkan trend semasa.


Islam menganjur umatnya untuk memberi nama si buah hati kita dengan makna yang baik. Selain sebagai identiti dan doa, nama juga memberikan pengaruh terhadap arah kehidupannya kelak. Oleh sebab itu, nama yang diberikan kepada bayi yang baru lahir haruslah mesra didengar, indah ditulis, dan mengandungi makna yang mulia.


Nama yang indah dan baik tidak hanya akan menambah keistimewaan di mata manusia, tapi juga di hadapan Allah SWT. Nama itu mengandungi doa bagi setiap pemiliknya. Kelak di akhirat dengan nama itu pula setiap peribadi akan dipanggil. Alangkah malu dan meruginya jika kita mendapatkan panggilan nama yang buruk untuk anak kita

Oleh sebab itu, setiap ibu bapa diberikan kewajiban untuk memberikan nama bagi setiap anak kesayangannya dengan memilihkan dan merangkaikan nama Islam yang indah. Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu sekalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-namamu dan nama-nama ayahmu. Maka baguskanlah nama-namamu"

Jom kita baca 10 tips memberi nama yang sesuai untuk bayi baru lahir di bawah:

  1. Berikan nama serta rangkaian nama yang merujuk pada kebaikan sifat, keunggulan perwatakan atau pada kebesaran Allah semata
  2. Memberi nama dengan nama nabi dan rasul, nama imam perawi hadits atau para sahabat rasululah saw yang soleh dan berbudi baik.  Seiring dengan harapan kita  agar anak kita juga beroleh akhlak mulia seperti nama besar yang dia  sandang itu. 
  3. Jangan beri nama anak mengikut emosi perasaan kita seperti gambar di bawah ini. Kot ya pun nak ingat kekasih lama, cukuplah sekadar 'Sabrina' sahaja. Biarlah kenangan lama itu kita simpan dan hanya kita sahaja yang tahu. Janganlah mengaibkan anak. Saya pasti anak ini akan diejek oleh rakan-rakannya nanti.
    Berikanlah nama anak yang baik maksudnya dan jangan ikut emosi
  4. Hindari penggunaan nama yang menghamba pada kekuatan selain Allah contohnya: Abdul Uzza (hamba matahari), Abdul Qamar (hamba bulan) atau Abdul Nar (hamba api), juga pada nama berhala dewa-dewi yang disembah oleh orang-orang jahiliyah
  5. Diriwayatkan dari Hani bin Zaid bahawa ketika ia datang menghadap Rasulullah sebagai utusan beserta kaumnya, baginda mendengar mereka memanggil salah seorang dari mereka dengan Abdul Hajar. Lantas Nabi bertanya, “Siapa namamu?” Lalu dia menjawab, “Abdul Hajar.” Baginda bersabda, “Tidak, kamu adalah Abdullah (hamba Allah) bukan Abdul Hajar (hamba batu)!
  6. Hindari memberi nama yang seperti Malikul Malik (raja diraja), Haakimul Hukkaam (hakim segala hakim) dan sebagainya kerana maksud nama tersebut adalah milik Allah sahaja.
  7. Jangan menggunakan nama-nama Allah, kecuali didahului oleh kata ‘abdun’ sehingga didahului oleh kata yang mengandung arti ‘hamba...’. Misalnya, Abdullah (hamba Allah) dan Abdurrahman (hamba Yang Maha Pengasih) 
    Jangan beri nama anak terlampau panjang
  8. Berikanlah nama anak yang mudah dibaca dan senang ditulis. Jangan terlampau panjang sangat kerana mungkin akan merumitkan si anak pada masa depan seperti dalam urusan persekolahan, peperiksaan, pengisian borang dan pernikahan.
  9. Kebiasaanya pilih nama yang senang kita panggil. Bila kita sebut atau panggil nama itu ia menimbulkan kesan positif dan aura kepada pemunya nama. Berikanlah maksud yang baik-baik dan indah-indah sahaja untuk anak kita.
  10. Sebelum mendaftar nama di JPN, pastikan sekali lagi ejaan nama adalah tepat. Pastikan makna nama itu memang sesuai untuk anak kita untuk sepanjang hayatnya.
Semoga artikel ini dapat membantu anda memilih nama yang terbaik untuk anak anda!

Ibu bersalin pasti sedang berusaha nak dapatkan 'body' ramping macam anak darakan? Saya ini dah beranak 3 tapi masih menten ramping. Nak tahu rahsianya? Kenalah hubungi saya! Joooooom ramping!




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan mengenai Shaklee boleh hubungi saya di:

♥ Maznifaeza Mustaffa
♥ sms/whatsApp:  016-5199271 atau 019 - 2249556
♥ Fb: www.facebook.com/superbvitamin sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan saya anda wajib menerima konsultasi percuma daripada saya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Flickr Images

Like us on Facebook

Facebook

Terima Kasih kerana Sudi membaca!

Agent Shaklee Kawasan Anda

Agent Shaklee Kawasan Anda
Mudah, Cepat dan Pantas

Promosi September 2016

Promosi September 2016
Jangan lepaskan peluang ini

Superb and Hot!

Superb and Hot!
Set Eu-Four Pack memang terbaik untuk wanita bekerjaya!

Set Breastfeeding Milk Booster

Set Breastfeeding Milk Booster
Susu pekat, meriah dan menggiurkan. Bayi cepat kenyang dan tidak meragam waktu malam!

Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Untuk Ibu Hamil
Jangan abaikan keperluan vitamin semasa hamil! Ibu sihat, kandungan selamat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!

Set Bersalin/ Berpantang Hebat!
Nak berpantang tapi tak yakin dengan jamu? Apa kata kali ni berpantang dengan vitamin2 Shaklee :) Badan kuat, susu banyak, baby tak banyak ragam.

Artikel Popular

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet

Peluang Menjana Pendapatan 5 Angka Melalui Internet
Gaji statik, kos sara hidup meningkat. Jom jadi warga Superb Team dengan saya. Sambil-sambil pon boleh dapat Income 5 angka. Kita mampu mengecapi kejayaan!

Nak tahu mengenai apa?